Friday, August 29, 2008

Dia yang meyatukan hati


"And He united their hearts.
If you had spent all that is in the earth,
you could not have united their hearts,
but Allah united them.
Surely He is Mighty, Wise."

(Surah Al-Anfal:63)


p/s: rindu pada shbt2 semua.. Selamat menyambut Ramadhan 1429H buat shbt2 tersayang. Ayuh, sm2 kita manfaatkan bulan penuh berkah yang bakal tiba nanti.. InsyaAllah.

Monday, August 18, 2008

Ku menanti..


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum sahabat2 sekalian..

Alhamdulillah, mari kita perbanyakkan bersyukur padaNya atas anugerah kehidupan yang melimpah ruah.. atas nikmat yang paling utama.. nikmat Islam dan Iman. Jadikan syukur itu ucapan yang sentiasa kita lafazkan, agar nikmat ini sentiasa diberkatiNya, agar diri ini sentiasa hidup dalam kasihsayangNya. Juga basahilah lidah kita dengan mengingatiNya sentiasa, agar hati kita sentiasa tenang.

Ramadhan yang dinanti bakal menjenguk halaman hidup kita.. InsyaAllah, andai masih punyai kesempatan masa yang diizinNya, bulan penuh keberkatan itu akan dapat kita lalui. Mudah2n..
Mari kita persiapkan diri untuk menyambutnya agar kesediaan kita itu akan membuahkan peluang yang lebih baik buat diri. Peluang mengaut sebanyak mungkin kebaikan, peluang mentarbiyyah diri sebaik mungkin, peluang menghidupkan hati padaNya sedekat mungkin.. InsyaAllah..
Allahumma bariklana fii rajab wa sya’ban wa balighna Ramadhan.. Ameen

------------------------------------------------------


p/s: InsyaAllah, bermula esok ana akan 'outstation' selama 3minggu,bagi meneruskan perjuangan ilmu ini.. May Allah ease everything.
InsyaAllah, bakal menyambut bulan kemuliaan di sana juga. Mudah2n hamba ini berpeluang ya Allah..
Andai diizinNya, kita bertemu lagi di laman ini. InsyaAllah.. Ilalliqa' shbt2 yang kukasihi sekalian..

Jalan ini

Para petugas 'amal Islami mestilah benar-benar memahami bahawa mereka beramal dengan bekerja semata-mata kerana Allah dan berjihad pada jalanNya.

Mereka juga mesti memahami bahawa jalan ini adalah jalan yang panjang dan jauh, penuh dengan kesukaran. Sesungguhnya syurga itu dikelilingi oleh perkara2 yang tidak diingini manakala neraka pula dilingkungi oleh perkara2 yang menarik nafsu.



Jalan ini merupakan satu jalan yang tidak sanggup dilalui oleh
mereka yang hidup dalam suasana mewah,
mereka yang bimbang akan kesempitan rezeki dan kemewahan hidup.

Jalan ini juga tidak sanggup dilalui oleh
orang yang mementingkan kerehatan dan menurut runtunan nafsu,
orang yang sempit dada dan tidak memiliki kekuatan,
orang yang tidak sabar menghadapi cemuhan dan cacian,apatah lagi pengorbanan wang ringgit dan harta benda..


Sesungguhnya jalan ini adalah
jalan pembersihan jiwa,
jalan penyucian hati dan pengawalan diri,
jalan kerahmatan dan kemuliaan,
jalan kesabaran dan ketetapan,
jalan kebebasan dan kehormatan,
dan jalan kebenaran dan keikhlasan.

Sesungguhnya jalan yang mempunyai sifat-sifat seperti ini tidak akan sanggup dilalui melainkan oleh orang mukmin yang hati-hati mereka mempuhyai ikatan yang kukuh dengan Allah, yang menggantungkan harapan dan pertolongan kepadaNya.

FirmanNya yang bermaksud:

" Dan (Ingatlah), Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka Allah akan mencukupkan keperluan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah
telahpun menentukan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(Surah At-Talaaq, Ayat: 126).
Firman Allah s.w.t lagi yang bermaksud:

"Dan barangsiapa yang melanggar janjinya maka akibat perlanggaran itu akan menimpa dirinya dan barangsiapa yang menepati janjinya kepada Allah, maka Allah
akan memberi kepadanya pahala yang besar."
(Surah Al-Fath, Ayat: 10).


~Petikan dari buku Maza yakni intima'i lil Islam, Ustaz Fathi Yakan~

p/s: Semoga kita terpilih untuk terus thabat di jalan ini.. InsyaAllah

Sunday, August 17, 2008

Letaklah harapan dan impianmu padaNya..

Bismillahirrahmanirrahim

Kehidupan adalah sekolahku yang terbaik..
Ya, kehidupan anugerah Allah inilah yang telah mentarbiyyah diri ini.


Bila mengimbau kembali sejarah kehidupan, banyak manfaat yang diperoleh. Ada saat suka, ada saat duka.. ada kesalahan yang dijadikan teladan dan ada kejayaan yang dijadikan pendorong semangat.
Bila memandang ke hadapan pula.. ada impian dan harapan,berusaha dan merancang, namun semua tetap dalam ketentuan Tuhan!

Warna warni kehidupan mematangkan insan.. mendidik diri..
Saat gembira, jangan terlalu alpa dan leka, hingga terlupa pada Dia yang memberi, hingga terlupa pada mereka yang memerlukan diri, tapi harus memperbanyakkan syukur, harus terus memberi kebaikan kepada yang memerlukan.
Saat berduka, jangan putus semangat, hingga jatuh keperitan, tapi harus bangun meneruskan usaha, harus berjuang sedaya upaya.

Semalam ana bertemu sahabat sematrik ana yang telah berbaitul muslim. Belum pernah bertemu untuk mengucapkan tahniah. Alhamdulillah, berpeluang bertemu pasangan pengantin baru ini. Wajah mereka penuh ceria.. inilah hikmah yang Allah berikan.. nikmat sakinah, mawaddah, dan rahmah.

Pertemuan itu juga mengingatkan ana pada sahabatnya.. yang juga sahabat sematrik ana yang telah kembali ke rahmatullah beberapa bulan lalu. Teringat ana pada sahabat ana, ukht yang kehilangan arwah sebelum sempat membina impian keluarga.

Minda ana membawa hati ini berfikir.. tentang roda kehidupan hamba2Nya. Seorang hambaNya ini telah Allah kurniakan kebahagiaan dengan kehadiran seorang isteri disisi.. sedangkan seorang lagi hambaNya ini Allah kurniakan kedukaan kerana kehilangan insan tersayang disisi.

Sesungguhnya masa kehidupan ini akan terus berputar dan makhlukNya terus hidup dengan izinNya untuk menunaikan amanah kehidupan. Setiap kita punya sejarah kehidupan yang telah ditentukan oleh Allah. Kita tidak tahu apa yang bakal kita hadapi di masa hadapan.. bahagiakah, berdukakah..?

Yang mampu kita lakukan saat ini adalah membuat yang terbaik pada ketika ini, kerana kita tidak tahu bila kita bakal dipanggil Tuhan. Kerana kita tahu pengakhiran kehidupan yang baik adalah hanya untuk mereka yang benar2 layak memiliki.

Dan tetapkan dalam hati.. SABAR dan SYUKUR pada setiap ujian hidup..
Sabar pada ujian kesusahan dan Syukur pada ujian kebahagiaan.

Manusia yang beriman itu takkan gundah gulana dengan kehidupan, kerana dia yakin Allah akan sentiasa bersamanya setiap ketika, kerana dia tahu apa jua yang dikurnia Allah buatnya adalah yang terbaik tanda kasihsayangNya.

Jadi, dalam usaha kita, pada siapa lagi harus kita bergantung harap? Meletakkan segala impian dan harapan?..melainkan pada Dia yang Maha Menentukan.. Maha Memberi..


Allahu'alam

Saturday, August 16, 2008

Berusahalah..


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, tenang hati ini bila pulang ke pangkuan rumah.. tempat bermulanya sebuah kasihsayang seorang insan. Kasih dan sayang yang Allah hadirkan seawal hadirnya kita di dalam kandungan ibu. Itu fitrah yang Allah kurniakan buat semua manusia.. tidak ada yang dapat menafikannya bukan? Malah sesiapa yang memandang wajah kedua ibubapa akan beroleh ketenangan..

FirmanNya yang bermaksud:
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."
(Surah Luqman:ayat 14)
Pulang ana turut membawa 'misi'(he2), ingin membawa ibu bertemu doktor kerana masalah mata kirinya. Alhamdulillah, Allah izinkan.. Pada pandangan ana yang masih muda di bidang ini, ibu mungkin menghadapi masalah pterygium dan immature cataract. Hati hanya mampu berdoa, mudah2n keadaan ibu tidak membimbangkan. Syukur, hasil pertemuan dengan doktor baruni akan disusuli dengan appointment dengan doktor pakar selepas raya nanti. InsyaAllah.. ana berharap mudah2n keadaan ibu tidak serius dan moga ibu tak begitu khuatir dengan keadaannya.. "Ibu jangan risau ye.."

Apabila bertemu dengan doktor, ana seboleh2nya tidak mahu mengexposekan diri sebagai medical student. Kenapa ye? entahla..=). Tapi doktor itu mampu juga mengecam ana, mungkin kerana medical term yang terkeluar dari lidah ana ini.

"Sekarang ngaji mano? tahun brapo doh?".. tanya doktor itu. Ana pun mula 'memperkenalkan diri' ana..
"Dah final year, dah bleh check sendiri la ni".. kata doktor tu sambil tersenyum.
"Saya dah check dr. , tapi kena la dr. jugak yang check".. kata ana sambil memandang ibu.

Differential diagnosis kami hampir sama, cuma dr. tak dapat memastikannya lagi. Katanye.. serahkan pada yang pakar =). Dan punca masalah mata itu mungkin disebabkan oleh cataract tersebut bukannya pterygium. Dr. juga menerangkan tentang rawatan yang ada untuk masalah tersebut. Ana pula kecut perut mendengarnya, walaupun ana sememangnya sudah tahu hanya itu rawatan yang ada buat masa ini.. mudah2n keadaan ibu tidak serius.

Sambil menunggu tarikh appoinment baru, dr. sempat berbual dengan ana. Rupa2nya dr. juga adalah di antara kenalan senior ana disini walaupun dr. dari kampus berlainan. Kemudian dia menceritakan tentang pahit manis kehidupan seorang doktor. Panjang juga bicaranya..he2. Ana hanya memandang ibu ana sambil tersenyum, khuatir ibu ana mulai bimbang tentang perjalanan yang bakal ditempuhi ana kelak.

Dr. juga bertanya 1 soalan (katanya ni soalan fevret for medical student.Emm, ye ke?). Ana mengiyakan soalannya. Ya.. ana di antara insan yang telah Allah pilih untuk mengharung ujian tersebut. Ujian yang ana rasakan amat sukar untuk ana hadapi.. namun, alhamdulillah, berkat kasihsayang Allah buat diri ini.. jatuh ana, Allah masih bangunkan kembali. Allah juga telah menghadiahkan ana shbt2 dan adik2 yang menjadi penguat semangat ana, yang sudi menjadi teman ilmu ana. Alhamdulillah.. Kata dr. itu, dirinya pun diuji dengan ujian tersebut, dan alhamdulillah, hingga kini dia tetap berada disini, memikul amanah ini.. Sempat lagi dr. bertanya.."Nangis tak masatu?".. "Nangisla dr.." jawab ana sambil memandang ibu =).
Teringat saat itu, mata ini mampu bertahan apabila mendapat berita itu, namun tatkala menyampaikan berita itu pada ibu, dengan izinNya, air mata itu berjuraian tanpa henti.. Allahu rabbi..

Firman Allah swt yang bermaksud:

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."
(Surah Al-Ankabut:ayat 2-3)
Sesungguhnya semua ini adalah sebuah warna kehidupan yang telah Allah takdirkan buat diri ini. Setiap dari kita punyai ujian masing2 yang sesuai dengan kemampuan diri yang telah ditentukan Allah. Syukur, saat ini, Allah masih beri peluang kepada kita semua untuk menggalas impian, menunaikan amanah ilmu yang masih belum lengkap.. untuk menjadi amalan bila keluar ke medan sebenar kelak.. InsyaAllah.

Bak kata sahabat ana tadi.. "kita okk senafas!!".. ya, bersusah untuk mendapat kesenangan kelak. Bersusah untuk mendapat ilmu.. bukan sekadar untuk di tuliskan di kertas ujian, namun yang paling penting, untuk perjuangan kehidupan kita kelak.

FirmanNya yang bermaksud:

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(Surah Al-Insyirah:ayat 5-6)
Sesungguhnya Allah telah memilih kita untuk berada di bidang ini, maka mari sama2 kita usahakan yang terbaik dan jadikan bidang ini sebagai platform untuk kita menyempurnakan tanggungjawab sebagai khalifatullah.. InsyaAllah. Allahughoyatuna!

Sebelum melangkah untuk kembali ke kampus, ibu tetap menasihati ana.. "rajin2kan bangun solat malam, mohon dikabulkan hajat dan rezeki dari Allah".
InsyaAllah ibu..

Teringat lagu Tekad semasa orientasi dahulu..

Perjalanan kehidupan
Di kiri kanan dugaan cabaran
Keseorangan menempuh ujian
Meneruskan perjuangan

Takdir Maha Esa
Restu ayah bonda
Mencapai cita-cita
Usah putus asa
Kelak kau berjaya
Membela nasibmu
Masamu kan tiba

Keimanan keyakinan
Sinar cahaya penunjuk haluan
Walaupun payah kau harus tabah
Demi mencapai segala impian

Jika satu ketika
Langkah tidak terdaya
Berkat doa usaha
Tuhan Maha Esa

Mencapai cita-cita..

*ana terjumpa video ni.. video orientasi 03/04

p/s: Bersama teruskan perjuangan.. kerana Allah! InsyaAllah

Tuesday, August 12, 2008

Harapanku

Bismillahirrahmanirrahim


"O my Dear ALLAH,
make my Love for You,
the most beloved thing to me..

and my fear for You,
the most fearful thing to me..

and remove from me,
all worldly needs and wants,
by instilling a passion for meeting You..

and when You have given the people of the world,
the pleasures of their world,
make the coolness of my eyes,
(pleasure) in worshipping You..
Ameen.."

Ya Allah, Beri ku kekuatan utk meletakkanMu sebagai tujuan Utama dalam setiap langkah hidupku..
Ameen..

~masih mencari CintaNya~

p/s:alhamdulillah, insyaAllah, berpeluang pulang ke pangkuan rumah kasihsayangku.. Hepi holiday buat shbt2 kampus.
Buat my beloved sis, Chek.. welcome to Nik's blog.. =)
Buat shbt2 tersayang.. Hepi Convocation's Day..

Thursday, August 07, 2008

Learn Medicine from your heart

Bismillahirrahmanirrahim.

"Learn medicine from your heart".. kata Prof Dr. KJ, salah seorang specialist di department anaest disini. Suka dengar pengalaman doktor merantau hampir separuh benua dunia mempraktiskan ilmu perubatan yang dimilikinya sambil menimba ilmu.

Bercakap tentang ilmu perubatan Islam, Dr. Danial Zainal Abidin ada menyatakan dalam bukunya "Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden" tentang kepentingan ilmu perubatan dalam Islam. Disini ana ringkaskan sekadar kefahaman ana.

Buku pinjam kat library =)

Ilmu perubatan merupakan salah satu ilmu fardhu kifayah yang mesti dikuasai oleh sebahagian umat Islam pada hari ini. Matlamat perubatan Islam adalah untuk melahirkan individu yang bersih jiwanya, sihat fikirannya, mantap tubuh jasadnya dan mewujudkan persekitaran yang selamat, bersih serta cara hidup yang suci. Semuanya bertujuan untuk mengabdikan diri kepada Allah swt dengan pendekatan yang selamat dan halal. Perubatan Islam ini tidak sekadar menekankan pengubatan penyakit fizikal semata2 tetapi turut juga mementingkan pengubatan jiwa manusia. Dan inilah pendekatan yang terbaik!

Namun, keyakinan bahawa penyakit dan kesembuhan adalah daripada Allah swt haruslah wujud di dalam hati pengamal perubatan. Keyakinan inilah yang mendidik jiwa kita agar tidak takabbur sekiranya kita berjaya menyembuhkan penyakit. Juga menghilangkan putus asa sekiranya pesakit tidak sembuh daripada penyakitnya kerana hanya Allah swt yang berkuasa. Keyakinan inilah juga melahirkan peribadi yang sentiasa berdoa pada Allah, mengharap bantuan hanya padaNya.

FirmanNya yang bermaksud:

"Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku. Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum. Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku. Dan (Dialah) yang mematikan daku, kemudian Dia menghidupkan daku."
(Surah As-Syu'ara: ayat 78-81)

Mereka yang bergelar pengamal perubatan hendaklah mereka yang jujur dan berkelayakan. Ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan kelayakan yang sah lagi diiktiraf sebelum mengizinkan seseorang merawat pesakitnya.

Nabi saw bersabda, "Sesiapa yang mengubati dan ia tidak pernah diketahui sebelum ini sebagai seorang yang mengetahui ilmu perubatan, maka dia dipertanggungjawabkan". (Riwayat Abu Daud, An-nasai, Ibnu Majah)

Dr. Danial dalam bukunya ini juga ada menyatakan beberapa kriteria yang perlu ada pada seseorang pengamal perubatan iaitu 1) ilmu agama yang mantap dan melaksanakan kewajipan deen 2) mempunyai kelayakan dalam bidang perubatan dan 3) menghayati akhlak dan etika Islam.

Menghayati apa yang disampaikan dalam buku ini, mengingatkan ana tentang amanah yang sedang dipikul ini. Ya, berjuang dalam bidang ilmu perubatan bukan untuk mencari glamour, gaji tinggi, status tinggi dalam masyarakat, namun hakikatnya ia adalah sebuah amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah buat diri.

Have you learn the medicine from your heart? Ana tak mampu menjawab soalan itu.. masa yang masih ada ini akan ana usahakan yang termampu. Doakan ana sahabat2. Mari kita jadikan belajar itu satu ibadah. Belajar dengan meletakkan Allah sebagai tujuan utama, niat yang sebenar. InsyaAllah...

Alhamdulillah, hari ini Allah izinkan ana menduduki imtihan anest. Doakan ana dan shbt2 disini ya.. moga dikurniakan kejayaan yang terbaik.

InsyaAllah, next week, mula memasuki posting baru.. dan kami bakal bercuti.. Yippie=)!! Dah hampir sebulan tak pulang ke rumah, cukup merindui ibuayah dan keluarga. Emm, 1 week holiday, tapi mungkin masa cuti perlu dipendekkan. Banyak buku2 masih menanti untuk dibaca.=).. Sama2 kita manfaatkan masa sebaiknya.

Rindu kat my little mujahid amsyar.. wait for your auntie ya!

Buat shbt2 tersayang, graduan2 yang bakal berkonvokesyen next week.. ana ucapkan Tahniah di atas kecemerlangan shbt2. Terima kasih Ya Allah, atas anugerahMu kepada sahabat2ku. Doa kukirimkan dari jauh.. agar Allah sentiasa memberi kesabaran dan kekuatan kepada antum menghadapi perjuangan kehidupan bergelar ahli perubatan muslim. Mg semua urusan shbt2 dipermudahkan.

Emm.. klu ada yang bagitau ana, rasa cam tak nak pergi konvo,hehe.. hanya 1 nasihat yang boleh ana bagi.. hadirlah majlis itu untuk ibu dan ayah antum. Percayalah.. mereka pasti gembira dan bahagia melihat anaknya berjaya menggenggam sebuah ijazah setelah antum bertungkus lumus selama ini. Hepi convocation day!

As we go on we remember
All the times we had together
And as our lives change, from whatever
We will still be, friends forever ...

p/s: Rindu kt sahabat2 semua.. Ya Allah, hidup suburkan ukhwah ini selamanya. Ameen..

Nahnu Ansorullah


Derita perjuangan bukan satu kelebihan, tetapi satu latihan...
Gundah perjuangan bukan satu ancaman, tetapi satu didikan...
Mehnah perjuangan bukan satu kegusaran, tetapi satu kekuatan...
Walau perit mana pun perjuangan...
Sesukar manapun perjalanan..
Tabahkan hati..
Kuatkan diri..
Kukuhkan tekad..
Mara dalam perjuangan Islam..
NAHNU ANSORULLAH!!

Wanita Solehah

Assalamu'alaikum.

Buat sahabat2ku muslimah solehah..

Bagaimana ciri-ciri wanita solehah? Yang diimpikan oleh setiap muslimah?
Marilah kita bersama-sama perhatikan kisah dibawah... Moga ada manfaat buat kita ke arah memperbaiki diri menjadi hambaNya yang lebih baik. InsyaAllah.

(Kisah ini diolah oleh ana dengan menambah hadis dan ayat2 Al-Quran yang sesuai)
-------------------------------------------------------

Seorang gadis kecil bertanya kepada ayahnya,
"Ayah,ceritakanlah padaku perihal muslimah yang sejati"

Si ayah pun menolehkan mukanya seraya melontarkan senyuman manisnya ke arah anak kecilnya itu.

"Anakku...Seorang muslimah yang sejati bukanlah dilihat dari kecantikan dan keayuan paras wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang teramat kecil sahaja.

Tetapi, muslimah yang sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik."

"Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian. (Hadis riwayat Muslim)


Si ayah terus menyambung.

"Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersonakan, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya.

Firman Allah swt yang bermaksud:
"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, "Hendaklah mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya". Yang demikian agar mereka lebih mudah untuk dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik), sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun, Maha Penyayang."(Surah al-Ahzab, ayat 59).

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak manakah kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu."

Firman Allah swt yang bermaksud:
"Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (Surah An-Nahl:ayat 97).

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujjah kebenaran."

Firman Allah swt yang bermaksud:
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Surah Al-Ahzab : 32)

Si ayah diam sejenak sambil melihat kepada wajah manis puteri kecilnya itu.

"Lantas apa lagi ayah?" Sahut puteri kecil terus ingin tahu.

"Ketahuilah wahai puteriku...

Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.

Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatiran dirinyalah yang mengundang orang lain jadi tergoda.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN-nya. Dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan."

"Dan ingatlah anakku...Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul."

Firman Allah swt yang bermaksud:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka (tidak berzina atau mendekati zina)." (Surah An-Nuur : 31)

Setelah itu si anak kembali bertanya, "Siapakah yang memiliki kriteria seperti itu ayah? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampukah dan layakkah saya ayah?"

Si ayah memberikannya sebuah buku dan berkata, "Pelajarilah mereka! Supaya kamu berjaya nanti. InsyaALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah yang sejati dan wanita yang solehah kelak. Malah, semua wanita boleh."

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan tertulis ISTERI RASULULLAH.

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu,
berpuasa sebulan (Ramadhan),
menjaga kehormatan dan taat kepada suami,
dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

p/s: Mari kita jadikan wanita2 solehah, serikandi Islam sebagai contoh tauladan wanita solehah.

Friday, August 01, 2008

Allah itu Maha Penyayang

Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang kepada hambaNya..
Jika Allah sayang pada seseorang, maka Dia beri iman.
Jika Allah sayang lagi, Allah bagi kekuatan padanya utk amal agama dgn sempurna.
Dan jika Allah sayang lagi, Allah akan susahkan hambaNya dlm kehidupan
terutamanya dalam urusn menjaga dan menegakkan agama Allah.
Itulah berkat kasih sayangNya.
Berjuanglah dan jangan putus asa selagi masih ada masa..
Sayang Allah janjinya pasti!!

Ada kehidupan yang abadi..

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Syukur atas nikmat yang masih diberiNya.. nikmat Islam dan iman. Nikmat peluang kehidupan yang penuh dengan anugerah2 dariNya.. Alhamdulillah.

FirmanNya yang bermaksud:
"Apa jua nikmat yang kamu peroleh, maka ia datangnya daripada Allah."
(Surah An-Nahl: ayat 53)

Sekarang, di kelantan musim buah-buahan.. buah rambutan dan durian. Alhamdulillah, inipun satu nikmat yang diberiNya kan.. Tapi sedih juga, sekalipun menetap disini, masih tak berpeluang untuk merasai makan durian bersama keluarga.. really miss my home..

Ana masih berada di posting anaesthesiology. Alhamdulillah, banyak belajar ilmu baru. Learn about airway management, how to intubate patient, medications in anaest and others. Kami belajar di intensive care unit (ICU) dan operation theatre (OT). Alhamdulillah..

Sekarangni terasa masa begitu pantas berlalu. Diri ini seolah-olah mengejar masa yang terlalu cepat meninggalkan diri. Benarlah, tanggungjawab yang kita ada ini lebih banyak dari masa yang kita ada. Atau mungkin diri ini sudah merasa bahang imtihan professional dan juga merasa bahawa diri ini perlu melengkapkan diri sebaik2nya untuk bergelar ahli perubatan kelak.. Oh, mg setiap masa yang dimiliki ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. InsyaAllah.

Kesempatan ini, ana ingin mengajak diri dan shbt2 untuk mengingatkan kembali tujuan kita berada dalam perjuangan hidup ini.. matlamat dan arah perjalanan hidup kita.. Sedikit perkongsian hasil dari kuliah "Beriman di Hari Akhirat- Ruh dan Jasad". Alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas ilmu ini.


Mari kita hayati firmanNya yang bermaksud:
"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui"
(Al-Ankabut:ayat 64)

"Kesenangan didunia ini hanya sedikit dan akhirat itu lebih baik bagi orang2 yang bertakwa dan kamu tidak akan dianiaya sedikit pun"

(An-Nisa':ayat 77)

Ya, hanya satu destinasi yang pasti bagi setiap manusia dan makhlukNya iaitu akhirat kelak.. Akhirat itu pasti,ia bukan rekaan manusia. Setiap dari kita apabila tamat riwayatnya di dunia ini, kehidupan kita akan disambung di negeri abadi yakni akhirat kelak. Disinilah kelak, segala perbuatan yang kita lakukan bakal dihakimi dan diberikan balasan sesuai dengan apa yang telah kita perbuatkan.

Sebagai muslim, kita seharusnya yakin bahawa kita akan hidup kembali di alam akhirat. Dengan adanya keyakinan inilah, kita akan berfikir dengan sedalam2nya agar setiap perbuatan yang kita lakukan bermanfaat, agar kita tidak sesekali membuat perkara2 yang boleh membawa kemurkaanNya berupa maksiat dan perbuatan2 buruk. Mereka yang masih sanggup melakukan perkara2 kejahatan ini adalah mereka yang tidak ingat bahawa dirinya bakal dihakimi dan diberi balasan kelak. Oleh itu, menjadi tanggungjawab semua, pemimpin negara, ibu-bapa, guru-guru, masyarakat untuk saling ingat-mengingatkan tentang kehidupan akhirat nanti agar tidak berlaku lagi kehidupan yang penuh kacaubilau dan maksiat.

Hidup kita diakhirat nanti, sebagaimana kehidupan kita di dunia ini..iaitu hidup dengan ruh dan jasad kita. Dan beroleh kebahagiaan atau kesedihan hanya bergantung pada amalan kita di dunia sekarang.. Antara syurga atau neraka, hanya ada 2 kemungkinan, tidak ada diantara keduanya. Oleh itu, masa yang masih ada ini, kita gunakan sebaik2nya.. mg rahmat Allah dan belas ihsanNya mengizinkan kita untuk beroleh bahagia di negeri abadi nanti.. InsyaAllah.

"Hai orang-orang yang beriman, mengapa apabila dikatakan kepada kamu," Berangkatlah (untuk berjuang) di jalan Allah, kamu merasa berat dan ingin tinggal tetap di tempatmu? Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini(dibanding dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit."
(Surah At-Taubah:ayat 38).


~Allahughoyatuna.. Allah matlamat kami!~