Tuesday, December 30, 2008

Ujian tanda CintaNya



~Tidaklah Allah menurunkan cubaan kepadamu melainkan kerana cintaNya padamu.. ~

Ketika ujian sakit itu hadir baru terasa betapa berharganya nikmat sihat yang diberi Allah sebelum ini. Oh, ana memang pelupa, lupa untuk bersyukur padaNya.. Maafkan diriku Ya Allah.



Amru bin Maimun meriwayatkan Nabi Muhammad saw bersabda, "Ada 5 perkara yang sangat berharga yang diberikan percuma oleh Allah swt kepada semua manusia. 5 perkara itu itu perlu dimanfaatkan oleh semua umat manusia dengan sebaik2nya sebelum datang 5 perkara lain. Ia adalah masa muda sebelum datang masa tua, masa sihat sebelum datang masa sakit, masa senang sebelum datang masa susah, masa lapang sebelum datang masa sibuk serta masa hidup sebelum datang kematian."

Hanya berkesempatan membaca berita harini, sayu apabila membaca berita bahawa saudara2 kita di Palestin diserang oleh Rejim Zionis. Oh, melihat wajah2 saudara2 kita di sana, sedih hati ini. Betapa besarnya ujian yang Allah hadirkan buat mereka. Terkini angka kematian mencatatkan 360 orang. Sama2 kita doakan kesejahteraan dan keselamatan saudara2 kita disana.
"Ya Allah Tuhan Penguasa Alam, selamatkan saudara2 seIslam kami disana.. dan hancurkan pakatan Israel laknatullah..Ameen"

Palestin Kini
Rindu Sang Pejuang

Sunday, December 28, 2008

Teman baru

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, biiznillah, ana dapat "teman baru".. hehe, sebuah buku.


Keluar ke bandar hujung mingguni, nak cari sesuatu, dan hampir berputus asa untuk mendapatkan sesuatu yang susah nak dapat ni (emm..), tapi hati tetap berdoa mudah2n rezeki untukku ada. Bila menuju ke kedai terakhir, hati dah berkata, klu tak ada, redha.. InsyaAllah, mungkin rezeki di lain hari. Subhanallah, rezeki dari Allah itu tak disangka2. Alhamdulillah, dapat juga barang yang dihajati.

Dengan hati gembira, ana menuju ke kedai buku jaafar rawas (walaupun hampir terbantut nak ke kedai buku tersebut dek hampir berputus asa tadi). Bertemu adik tersayang kat sana. Rasa2nya ramai juga adik2 ana yang books mania ni ye.. hehe. Rambang mata ana melihat buku2 yang baru terbit. Terutamanya buku2 ulasan tok guru. Yang terbaru adalah buku bertajuk "Kisah Cinta dalam Al-Quran~Mengenal Cinta Meraih Allah". Huhu, rasa2nya dah semakin bertambah my next list buku2 untuk dimiliki. Selain buku tersebut antara buku yang dah lama diidamkan adalah Bunga Kebahagiaan, Muhammad saw~insan teladan sepanjang zaman, Bertemu janji Allah~Menyingkap kisah mahsyar yang menyayat hati, Insan Ingatlah!, Kemuncup dalam perjuangan dan banyak lagi. Bleh lihat buku2 ulasan tokguru di link ini http://anbakripublikasdnbhd.blogspot.com/ .
Juga berhajat untuk memiliki buku tulisan Dr. Danial Zainal Abidin seperti Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, 7 Formula individu Cemerlang dan Tip-tip Cemerlang dari Al-Quran. InsyaAllah, mdh2n suatu hari nanti ada rezeki dari Allah.

At last, ana pilih buku "Tundukkan Hati~Rahsia Keikhlasan Hidup di Dunia Fana". Dan 1 buku istimewa buat seorang shbt, dan majalah kanak2 "Ana Muslim" buat my niece. Dah lama tak belikan Ana Muslim buat KakChik, tapi kena janji rajin2 baca buku sekolah dulu tau..=)


Emm, rasanya saat ni buku Tundukkan Hati ini paling sesuai buat diri. Dalam kekalutan dan stress nak exam, hati perlu diingatkan dengan tujuan dan matlamat hidup, iaitu mencari mardatillah. Beberapa tajuk di dalam buku ini ialah Kejar dunia untuk akhirat, Berusaha mengejar redha Allah, Jgn ikut hawa nafsu jangan panjang angan2, Ayuh!Pupuk cinta pada akhirat, Zuhud:tanda bijaksana, Manfaatkan 5 peluang keemasan, Jadilah manusia yang kaya jiwa dll lagi.. Mdh2n teman baruku ini menjadi pengingat buat diri, tazkirah buat hati. InsyaAllah

p/s: Ayuh! Pupuk cinta pada akhirat ..

Indahnya..


Alangkah indahnya wahai Tuhan
Andai tiap gerak tubuhku.. adalah ketaatanku padaMu
Andai tiap lafaz kataku.. adalah zikir memujiMu
Andai tiap detik hatiku.. adalah tafakur buatMu

Lebih indah lagi wahai Tuhan
Andai bisa kunikmati kasihMu
Andai tetap kudamba cintaMu
Andai terus kuhayati kalimahMu
Agar diriku sentiasa dalam dakapan redhaMu

Pasti terlalu indah wahai Tuhan
Andai Kau membalas cintaku..
dengan kebesaran kasihMu
dengan kesucian sifatMu

tentulah paling indah
Jika cintaku mendapat perhatian
dan Kau janjikan dengan pertemuan
disyurga idaman..


p/s: kasihku padaMu..

Friday, December 26, 2008

Inspirasi perjuangan

Bismillahirrahmanirrahim

1) "Cinta di rumah Hasan al Banna", ditulis oleh Md. Lili Nur Aulia, terbitan Alam Raya Enterprise.


Sebuah buku yang mengisahkan tentang peranan seorang ayah di dalam sebuah keluarga. Imam Hasan Al-Banna, dalam kesibukan dan perhatian besarnya merancang kekuatan binaan umat di zamannya, dia adalah seorang ayah yang begitu besar perhatiannya pada anak2. Buku ini juga menunjukkan bahawa seharusnya tiada pemisahan antara keluarga dan dakwah, sekaligus menjawab pertanyaan, "Mana yang lebih penting, dakwah untuk umat atau membina keluarga?"

~ Sesungguhnya peletak dasar pergerakan dakwah moden seperti Hasan Al-Banna telah memberikan contoh bahawa yang merasakan sentuhan pertama nilai pendidikan seorang da'ie, justeru orang terdekatnya. Jika dia seorang ayah, maka isteri dan anak2nyalah yang akan merasakan sentuhan pertama. Begitu juga apabila dia seorang ibu ~

2) "Sang Murabbi- Mencari Spirit yang hilang", terbitan Majelis Budaya Rakyat, Indonesia.


Menceritakan kisah perjalanan dan ketokohan seorang murabbi-Syaikh Tarbiyah Ustaz Rahmat Abdullah. Sinopsisnya boleh dibaca di sini http://sangmurabbi.com/ . Banyak manfaat yang diperoleh dari filem ini, tentang cabaran dan konsistensi dalam dakwah.

~ Allah memberikan ganjaran yang sebesar2nya dan darjat yang setingi2nya bagi mereka yang sabar dan lulus dalam ujian kehidupan di jalan dakwah. Jika ujian, cubaan yang diberikan Allah hanya yang mudah2 sahaja tentu kita tidak akan memperoleh ganjaran yang hebat. Disitulah letak hikmahnya yakni bagi seorang dai'e harus sungguh2 dan sabar dalam meniti jalan dakwah ini. Perjuangan ini tidak bisa dijalani dengan ketidaksungguhan, azam yang lemah dan pengorbanan yang sedikit ~

~ Di antara sekian jenis kemiskinan, yang paling memprihatinkan adalah kemiskinan azam dan tekad bukan kemiskinan harta. Kemiskinan azam akan membawa kepada kebankrupan dari segi harta. Azam dan kemahuan yang kuat kelak akan membuat kita berilmu dan kaya. Tidak mungkin seseorang bisa keluar dari kejahiliahan dan memperoleh darjat tinggi disisi Allah tanpa tekad, kemahuan dan kerja keras ~

p/s: Hidup dalam perjuangan Islam.. Mg Allah thabatkan hati2 kita.. InsyaAllah

Thursday, December 25, 2008

Bunga putih itu..


Bunga itu..
putih, bersih dan menenangkan hati..


p/s: huhu,actually suka sangat ngan wallpaper ni.. =)

Tuesday, December 23, 2008

(^_^)









"Senyumlah dikala gembira..
kerana itulah sebaik2 utusan
yang menggambarkan ketenangan dihati.
Senyumlah dikala duka..
kerana itulah yang menggambarkan
kerelaan hati menempuh dugaan Allah!"


p/s:Kuatkan semangat.. Senyumlah wahai hati, usah berduka kerana Allah sentiasa bersamamu..

Sunday, December 21, 2008

Pilihan

Bismillahirrahmanirrahim

1) Firman Allah swt yang bermaksud:
"..Ajaklah mereka bermusyawarah di dalam urusan mereka.."
(Surah Ali-Imran:ayat159)

2) Firman Allah swt yang bermaksud:
"..Dan urusan kaum muslimin selalu diputuskan dengan musyawarah antara mereka.."
(Surah Asy-Syura:ayat 38)

3) Dari Jabir radhiallahu 'anhu mengatakan: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajari kami shalat istikharah dalam menghadapi semua urusan, sebagaimana mengajari kami surat Al-Qur'an. Kata beliau: "Apabila salah seorang dari kalian mempunyai rencana ingin melakukan sesuatu, hendaklah dia melaksanakan ruku' dua raka'at yang selain fardhu, kemudian hendaklah ia membaca:

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pilihan yang tepat kepada Engkau dengan ilmu yang ada pada-Mu, dan memohon kekuasaan-Mu dengan kudrat-Mu. Aku memohon kepada-Mu sebagian karunia-Mu yang agung, karena sesungguhnya Engkau Maha Kuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau Maha Tahu sedangkan aku tidak mengetahui, dan Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib.
Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini lebih baik bagiku, agamaku, dan kehidupanku, serta baik akibatnya di dunia dan akhirat, maka takdirkanlah dan mudahkanlah urusan itu bagiku, kemudian berkatilah bagiku didalamnya. Dan jika Engkau mengetahui bahwa urusan itu berbahaya bagiku, agamaku, dan kehidupanku, serta buruk akibatnya baik di dunia dan di akhirat, maka jauhkanlah urusan itu dariku, dan jauhkan aku dari urusan itu. Takdirkanlah kebaikan untukku dimanapun juga dan jadikan aku ridha menerimanya."
(Hadis Riwayat Bukhari)

~Dipetik dari Riyadhus solihin bab Istikharah dan musyawarah~

Membuat pilihan sememangnya sukar bukan. Hati akan resah, fikiran akan selalu memikirkannya, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.. diri akan bermusyawarah dengan keluarga dan sahabat2 bertanyakan pendapat.. dalam sujud dan doa, hati akan meminta dengan sungguh2 moga dibukakan pintu hijab agar beroleh petunjuk pada jalan yang baik buat diri.



Bila berada dalam keadaan seperti ini, ana dapat rasakan bahawa ini juga salah satu ujian dari Allah buat diri. Allah ingin melihat bagaimana hambaNya ini.. apakah diriku telah meletakkan Allah sebagai sebaik2 tempat pergantungan dan harapan? ..tempat diriku mengadu dan merintih memohon yang terbaik dalam hidup?.. tempat kumeminta petunjuk dan hidayah?

Ujian ini membuatkan ana sedar, bahawa diri ini hanya hambaNya. Tidak mampu untuk kumelihat apakah yang bakal berlaku pada diri di masa hadapan. Dan hanya sesungguhnya Allah Maha Tahu.. Dia yang telah menetapkan takdirku.. dan Dia juga yang akan melindungiku dan memberikanku yang terbaik untukku.. Subhanallah, dalam ujian ini tersimpan hikmahNya.
Mg apa yang diberikanNya adalah yang terbaik buat diri ini. InsyaAllah... Ameen ya Allah.

Kredit to VOI blog atas ilmu yang di kongsikan ini - "KELIRU" . Especially to the article's contributor (^_^). InsyaAllah, musyawarah + istikharah + tawakkal 'alallah. Mg Allah memberikan yang terbaik buat kita semua. InsyaAllah.


"..Kemudian,apabila engkau telah membulatkan tekad,
maka bertawakkallah pada Allah.
Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakkal"
(3:159)



p/s: "Ya Allah..Mohon dengan sangat....."

Tuesday, December 16, 2008

Cerita Raya

Bismillahirrahmanirrahim

Cerita semasa raya

Alhamdulillah, lebaran haji kali ini, sekali lagi semua ahli keluarga dapat berkumpul. Cuti sekolah plus cuti raya aidiladha. Ana kira pastinya ibu dan ayah yang paling gembira apabila melihat anak2 semua dapat pulang ke pangkuan. dan ana..cukup "bahagia" juga..huhu.

Cuti raya aidiladha ana tak lama, namun alhamdulillah, bersyukur dengan apa yang diperoleh kan? Hari raya ke2 sudah perlu pulang ke kampus, walau hati keberatan, walau abang cakap "xyoh la balik lagi", namun 1 hari pengajian sebagai medical student itu cukup berharga.


Menu raya wajib kami ialah ketupat pulut daun palas. Emm, nampaknya tahun ni bertambahla orang yang mahir membungkus ketupat ye.. he2. Boleh la k.nik letak jawatan membungkus ketupat raya nanti. Raya kali ini kami juga membuat hidangan istimewa.. nasi dagang dan laksa lemak. Yum..yum. Juga sempena solat hajat buat kakak iparku dan kakakku.. bakal mendapat permata hati! InsyaAllah, mg dipermudahkan kelahiran.
Alhamdulillah, ana berpeluang juga makan daging korban walau sempat menjamah sedikit sahaja. Apapun, bersyukur padaNya!

Cuti kalini pun kena motivate kat abang bila ana mengadu cabaran sebagai medical student dan doktor kelak (insyaAllah). Nasihat yang ana peroleh, jadikan cabaran itu sebagai amanah dan sebagai tanggungjawab, dan paling hebat jika kita dapat menjadikan cabaran itu sebagai JIHAD!
Sesungguhnya perjuanganku to being a dokturah, tiada daya dan kekuatan melainkan dari Allah..

Alhamdulillah, mdh2n Allah swt memberkati kita sekaliannya di hari lebaran ini.. menyuburkan kembali kasih sayang dan mg ia kekal hingga ke syurgaNya kelak. InsyaAllah..

Cerita selepas raya

Pulang ke kampus kali ini, kebanyakan kami, 5thy student sudah mula menghitung hari. Countdown towards imtihan PRO3... Bahang exam semakin terasa, apatah lagi apabila kini kami akan mula mengisi borang2 untuk penempatan bertugas dan temuduga.

Balik raya ni, ana develop viral fever URTI. Syukur, demamnya hanya mild. Awal2 demam, "syahid" awal juga dimalam hari tanpa sempat mengulangkaji pelajaran. Alhamdulillah, keadaan bertambah baik sekarang. Emm, being a medical student, nak minta cuti 1 hari pun susah.. bukankah 1 day class for us is very valuable...

Exam dah dekat.. jadi.. nak study dulu (^_^).. Huhu, maaf, entry kali ini hanya sekadar bercerita..
Hingga bertemu lagi. InsyaAllah

p/s: Doakan kami sekaliannya, agar perjuangan ilmu kami sentiasa diberkatiNya. Beroleh yang baik dalam imtihan kelak.
Mg ayat ini sentiasa menjadi ikrarku..
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah Ta'ala".
InsyaAllah

Wednesday, December 03, 2008

Berkorbanlah..

Bismillahirrahmanirrahim.




Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt, kerana masih diizinNya, untuk terus berada di perjuangan kehidupan. Syukur juga kerana hingga saat ini hati ini tetap dalam iman dan Islam. Hati kita ini milik Allah, begitu mudah dibolak-balikkan, hanya rahmatNya juga yang mengizinkan kita untuk sentiasa dalam petunjukNya..
Maafkan hambaMu ini atas kelalaian dan kealpaan diri, yang pastinya ada, kerana diri ini hanya insan yang lemah. Ighfirli ya Allah..

Alhamdulillah juga, kerana masih diberi peluang menulis di saat2 sebelum pulang ke rumah kasihsayangku untuk cuti hari raya aidiladha. Alhamdulillah, it's holiday.. (Yippie!!!)

InsyaAllah, kesempatan yang ada ini, ana ingin sama2 membawa diri ini, juga sahabat2 sekalian, menghayati hikmah dan kebesaran Allah di hari raya yang bakal kita sambut minggu hadapan, pada hari Isnin, 10 Zulhijjah 1429H. InsyaAllah.

Hari Raya Aidiladha, di dalamnya terdapat 2 ibadah yang dituntut Islam iaitu ibadah haji di Makkah dan juga ibadah korban, dan kerana itulah juga hari raya ini juga dikenali sebagai hari raya korban dan hari raya haji. Terdapat satu peristiwa bersejarah yang dikaitkan dengan hari raya ini dan juga ibadah korban iaitu ketika Nabi Ibrahim a.s diperintahkan Allah supaya menyembelih anaknya Ismail a.s. Sesungguhnya peristiwa bersejarah ini harus kita jadikan iktibar dan semangat dan juga ibadah korban yang disarankan didalam di hari raya ini harus kita dalami hikmahnya.

Di dalam surah As-Saafaat, ayat 99-102, Allah telah menceritakan kisah ini, dengan firmanNya yang bermaksud:

"Dan Nabi Ibrahim pula berkata: “Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Ia akan memimpinku (ke jalan yang benar)."Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!”.Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.
(Surah As-Saafaat:ayat 99-102)
Subhanallah..betapa kuatnya keyakinan Nabi Ibrahim as menuruti perintah Allah tanpa ragu.. walaupun Nabi Ismail a.s itu adalah anak yang ditunggu2nya selama ini, dan setelah anak itu mencapai usia dewasa, anak itu bakal disembelihnya. Dan anaknya Nabi Ismail a.s juga tanpa ragu, tidak membantah, meminta ayahnya menyempurnakan perintah Allah itu. Subhanallah, hebatnya ketaatan dan kesediaan mereka untuk berkorban kepada Allah! Marilah kita ambil iktibar dan contoh sejarah ini wahai sahabat2 sekalian.

Di dalam satu riwayat, ada diceritakan, sewaktu peristiwa penyembelihan itu berlaku, Nabi Ibrahim a.s menghampiri anaknya lalu meletakkannya di atas tempat sembelihan. Sedang isterinya, Siti Hajar menoleh ke belakang supaya dia tidak nampak penyembelihan yang akan berlangsung. Nabi Ismail a.s meminta ayahnya meletakkannya secara mengiring atas pipinya, supaya dia tidak melihat ayahnya, begitu juga supaya ayahnya tidak bertentangan mata dengannya ketika dia disembelih. Dan pada saat ini, sewaktu Nabi Ibrahim a.s mula untuk menyembelih anaknya, kekuasaan Allah swt telah berlaku. Pisau tajam yang digunakan telah gagal melukai leher Nabi Ismail walaupun berkali-kali diasah dan walaupun berulangkali penyembelihan cuba dilakukan.

Subhanallah.. Allah telah menilai kesungguhan dan ketaatan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, juga tawakkal mereka dengan berserah sepenuhnya kepada Allah, lalu Allah swt telah membalas mereka dengan balasan yang baik, setimpal dengan ketaatan mereka!

Firman Allah swt lagi yang bermaksud:
"Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami), Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu".

Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: "Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!".Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
(Surah As-Saafaat:ayat 103-110)

Demikianlah sebuah kisah yang dinukilkan dalam Al-Quran, buat iktibar dan peringatan kepada kita semua. Ambillah hikmahnya, mudah2n hari raya aidiladha yang bakal kita sambut menjadi lebih bermakna dan mudah2n semangat pengorbanan ini terus hidup dalam perjuangan kehidupan kita sehari-hari. InsyaAllah.

Berkorbanlah, dengan hati IKHLAS. Mudah2n ibadah korban yang bakal dilaksanakan dan ibadah2 kita yang lain diterima Allah. InsyaAllah.



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan."
(Hadis riwayat At-Tirmizi)


Allah swt berfirman dalam surah Al-hajj, ayat 37 yang bermaksud:

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu.
Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.
(Surah Al-Hajj:ayat 37)


Disini juga ana sertakan amalan2 sunnah untuk dilakukan di bulan Zulhijjah. Syukran VOI yahoogrups atas ilmu yang disampaikan. Terima kasih ya Allah, atas ilmu ini.

1) Berpuasa sunnah pada 9 Dzul Hijjah

"Adalah Rasulullah saw berpuasa pada 9cDzulhijjah, hari `Asyura, tiga hari pada setiap bulan, Isnin pertama setiap bulan dan Khamis." (HR Abu Dawud dan an-Nasai, di nilai Sahih oleh Shaikh al-Albani).

2) Menyembelih Korban

"Maka sholatlah untuk Rabb-mu dan berkorbanlah." (Surah Al- Kautsar: ayat 2)

"Barangsiapa yang memiliki kelapangan (harta) namun tidak mahu berkorban, maka janganlah dia sekali-kali mendekati tempat sholat kami." (Shahih Ibnu Majah (no. 2532)).

3) Solat Eid di pagi 10 Zulhijjah

Dari Abi Sa'id al-Khudri r.a beliau berkata :Rasulullah saw keluar pada hari Adha atau Fitri ke musholla (tanah lapang)…" (HR al-Bukhari).

4) Bertakbir pada hari Tasyri' (10, 11, 12, 13 Zulhijjah)

5) Mereka yang mahu melakukan korban, sunnah tidak memotong kuku dan bulu di tubuh sendiri dari awal bulan Zulhijjah hingga 10 Zulhijjah.

Diriwayatkan dari Ummu Salamah Radhiyallahu `anha dari Nabi saw beliau bersabda:
"Ertinya : Apabila sepuluh hari pertama (Dzulhijjah) telah masuk dan seseorang di antara kamu hendak berkorban, maka janganlah menyentuh rambut dan kulitnya sedikitpun" (HR Muslim).

EID el ADHA buat sekalian umat Islam..



Sama2 kita hayati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s, juga pengorbanan Rasulullah saw dan para sahabat.
PENGORBANAN mereka hadir kerana keyakinan mereka yang teguh pada Allah! Sejauh manakah keyakinan kita?
Berkorbanlah dengan hati ikhlas.. mengharap hanya redha dariNya.. InsyaAllah.

Wallahu'alam. Ilalliqa'

Monday, December 01, 2008

Misteri..

AsSiddiq (Abang) bersama Adik AsShafie
dan Ashraff (AbeNgoh) bersama Adik Amsyar
di hari raya AidilAdha tahun lepas

Bismillahirrahmanirrahim..

Huhu.. sebuah misteri telah menyelubungi laman ini..
apabila 2 anak saudaraku.. Ashraff (a.k.a AbeNgoh) dan As-Siddiq (a.k.a Abang), muncul di shoutbox blog ini. Hairan bin ajaib, mimpikah ini?
Emm, xpe, xpe.. nanti 2 hari lagi balik rumah (InsyaAllah), misteri ni akan terungkai! Siapakah di sebalik misteri ini.. Hehe.. kita tengok siapa yang kena.. (^_^).
Apapun, terima kasih kerana sudi datang menjenguk ke sini.

InsyaAllah, esok imtihan end posting.. doakan kami disini ye.. mg kami sekalian dipermudahkan Allah. k, nak baca buku ni.. ilalliqa'

p/s: to abengoh dan sidiq.. cuti sekolah ni kena rajin baca buku, solat jangan tinggal, jaga adik elok2, jangan main air hujan.. ha.. satu lagi, jangan main tenet...huhu..
doakan moknik ye, berjaya menggapai impian..
=) misssssssssss u all. dah xsabar nak kelik umoh nih.. hehe