Saturday, November 28, 2009

Salam Aidiladha 1430H



Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar..
Hari kebesaran kita semua tiba lagi. Syukur atas kesempatan yang masih diberi Allah buat kita sekalian. Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua.. terutama buat yang tersayang sekeluarga di kampung.. Juga buat adik tersayang di bumi Anbiya'. Salam kemaafan di pohon dan sekalung kerinduan diberi buat semua.

Tahunni, ini kali kedua ana beraya dalam sebuah musafir. Apatah lagi bila semua ahli keluarga berkumpul untuk Hari Raya dan cuti sekolah. Emm.. cuma dua orang anak bongsu ni yang masih dalam musafir tak dapat bersama. Uh..sedihnya.. Apapun, InsyaAllah, mudah2n ada izin dari Allah suatu hari nanti untuk kita berkumpul semua..

Syukur Alhamdulillah, Hari Raya kali ini masih dirasai sambutannya. Terima kasih buat makcik&pakcik sekeluarga, teman2 disini-housemate dan Mr.akauntan kami.. Mengenali kalian dan kehadiran semua memeriahkan hari raya ini.. sekurang2nya terubat juga hati yang merindu.. Malah raya kali ini berpeluang makan buras&pulut serta hidangan masyarakat Bugis disini.. Sedap.. alhamdulillah..

Alhamdulillah.. di hari kebesaran ini, mari kita semua perbanyakkan Takbir memujiNya. Juga menghayati ibrah semangat tadhiyah Nabi Ibrahim sekeluarga. Moga hati kita turut sama berazam untuk berusaha menjadi hati yang sedia berkorban demi Tuhannya semata.. Allahuakbar..

"Allah Maha Besar..Allah Maha Besar..Allah Maha Besar
Tiada Tuhan melainkan Allah

Allah Maha Besar..
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah
Allah Maha Besar..Allah Maha Besar..Allah Maha Besar
Allah Maha Besar dan Maha Agong dan segala puji bagi Allah

Maha Suci Allah pada pagi dan petang

Tiada Tuhan melainkan Allah

Tiada yang kami sembah kecuali Allah

Dengan ikhlas kami beragama kepadaNya

Walaupun orang-orang kafir membenci

Tiada Tuhan melainkan Allah sendiriNya

Benar janjiNya

dan Dia mengurniakan kemenangan kepada hambaNya

Dia mengusir musuh NabiNya dengan sendiriNya

Tiada Tuhan melainkan Allah

Allah Maha Besar

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah

Allah Maha Besar..Allah Maha Besar..Allah Maha Besar

Tiada Tuhan melainkan Allah

Allah Maha Besar
.. Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah"

InsyaAllah, esok hari Raya ke-3.. kami bakal ke Felda Umas.. ziarah menjalin silaturrahim Islam.
Esok juga, ada debaran pada hati ini.. ada hati-hati yang bakal bertemu. Namun redha sebuah hati meyakini pada takdir Tuhan yang terbaik untuk hamba2Nya.
Menanti esok.. andai peluang kehidupan masih disisi.. InsyaAllah.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

p/s: Selamat Hari Raya Aidiladha 1430H buat semua saudara seIslamku

Sunday, November 22, 2009

Kita hanya milikNya semata..

Bismillahirrahmanirrahim..

Firman Allah swt yang bermaksud:
"Tidak ada satu musibah pun yang menimpa di muka bumi dan tidak pula pada dirimu melainkan telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sungguh, yang demikian itu sangat mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) agar kamu tidak berdukacita terhadap apa yang luput darimu dan supaya kamu tidak terlalu bergembira terhadap apa yang Dia berikan kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri."
(Surah Al-Hadid : 22-23)


Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun..
Ada air mata yang menitis dimata ini apabila membaca sebuah emel dari seorang adik menyatakan perkhabaran pulangnya ke rahmatullah seorang hamba Allah..Almarhumah Nurul Zalikah.. Beliau telah di diagnose menghidap penyakit Hodgkin Lymphoma sejak 2007. Seorang pelajar Al Quran dan Al Hadith di UM, juga seorang yang aktif dalam PMAPIUM, GAMIS, Nisa' dan Muslimat. Seorang ahli muslimat yang banyak menggerakkan usaha dakwah dan tarbiyah. Beliau pulang ke sisi Allah pada hari Jumaat, 13hb November 2009. Mari kita sedekahkan Al-fatihah buat al-marhumah.

Ana tidak mengenali al-marhumah.. tapi.. beliau adalah saudara seIslam ana. Hati ana terusik sedih bila membaca perkhabaran pemergiannya.. mungkin kerana usianya sebaya ana.. namun, beliau pulang terlebih dahulu menemui Al-Khaliq..

Tersentak hati ana, kerana mengingatkan.. masa ana juga pasti akan tiba suatu hari nanti.. terkedu mengingatkan.. banyaknya dosa-dosa disisi.. bersediakah diri ini menemui Allah..?
Ya Allah.. cukuplah kematian itu sebagai peringatan buat hamba2Mu..

Emel yang ana buka, sekali lagi menyentap hati ana, apabila membaca perkhabaran seorang sahabat ana.. yang pernah bersama senyum tawa, menangis bersama.. yang tangannya pernah menyuap kami penuh ukhwah.. yang sama2 pernah berjanji untuk teruskan perjuangan bersama2.. namun kini Allah sedang memberinya ujian, beliau kini dirawat di unit rawatan rapi dengan alat bantuan pernafasan. Luluh hati ana apabila mendapat perkhabaran yang sebenar setelah menelefon sahabat ana di semenanjung. Ya Allah, selamatkan sahabatku.. selamatkan dirinya yang kukasihi kerana Allah..

Hatiku terkedu.. terduduk ia bermuhasabah. Takut itu datang menyelinap diri ini.. Dan perlahan-lahan akhirnya hati ini akur.. Ya Allah, memang benar.. hakikatnya kami milikMu semata.. Nafas yang kami miliki, tenaga yang kami gunakan, jantung kami yang berdegup, rezeki yang kami miliki.. semuanya milikMu ya Allah.. kami hanya hamba.. yang ditakdir berada dibumiMu.. membawa tanggungjawab amanah yang besar, disamping rahmatMu yang begitu banyak melindungi dan mengasihi kami..
namun Ya Allah, mengapa hati ini kadang-kadang masih alpa, masih tidak mahu tunduk.. sukar untuk bersyukur.. susah untuk merendah diri.. sedangkan dia sedar.. Daripada Allah dia datang.. dan suatu ketika nanti kepadaNya jua dia bakal kembali..

Ya Allah, ingatkan hatiku yang leka, bangunkan hatiku yang alpa. Ampuni segala dosa-dosaku ya Allah..




p/s: doakan keselamatan dan kesejahteraan sahabat ana..

Sunday, November 15, 2009

Di laut biru itu..


Suatu ketika dulu..
Di laut biru itu..
Di situ bermula..

Pada angin lembut yang menyapa..
Deru ombak yang berdesir..
Pemandangan indah yang menenangkan..

Ada hati-hati yang berkumpul..
Menyingkap hikmah penciptaanNya..
Ada hati-hati yang bertemu..
demi kasih mereka kepadaNya..
Membawa cita untuk mendaulatkan syariatNya..

Di situ..
Hatiku mula mengenali..
Sebuah ukhwah bertaut atas nama cinta padaNya..
Sebuah tanggungjawab diri bergelar khalifahNya..

Dan akhirnya..
dalam musafirku ini..
Di laut biru ini jua..
Hatiku ini bertemu kembali..
Sebuah naungan ukhwahfillah yang dicari..
Moga bersatu hati-hati ini..
Demi memikul amanah perjuangan agama suci..
Demi menggapai redha Tuhan yang diimpi..
insyaAllah..

Allahu rabbi..
Thabatkan hati-hati kami ya Allah..

Saturday, November 14, 2009

Anugerah kehidupan


Tataplah hidup ini dengan penuh cinta dan harapan...

Hidup adalah anugerah Allah kepada makhlukNya. Justeru, terimalah hadiah dari yang Maha Esa, ambillah dengan senang dan bangga.

Sambutlah waktu pagi yang cerah dan senyum yang indah. Sambutlah malam yang tenang dan sunyi. Sambutlah siang yang bercahaya dan bersinar. Minumlah air yang jernih sambil memuji dan bersyukur. Hisaplah harum bunga dengan bertasbih. Dan renungkanlah alam raya sambil mengambil pengajaran yang berharga darinya.

Nikmatilah anugerah apa sahaja yang ada di bumi, di kelopak mawar, di panasnya matahari dan lain-lain. Jadikan anugerah itu sebagai penyokong untuk taat, bersyukur dan memuji Allah.



Berhati-hatilah, janganlah sampai anda diliputi oleh kedukaan, kebingungan dan keadaan yang tidak menentu kerana nikmat-nikmat ini, sehingga anda menjadi orang yang keras kepala dan bongkak. Ketahuilah bahawa Allah tidak menciptakan nikmat-nikmat ini kecuali dijadikan sebagai cara untuk menyembahNya..

~Petikan dari buku "Jadilah wanita paling bahagia"
Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni
~

"Ya Allah..
kurniakanlah kebaikan bagiku dalam beragama, yang merupakan kunci kehormatan bagiku.
Kurniakanlah kebaikan bagiku di dunia yang merupakan tempat aku menjalani hidup. Kurniakanlah kebaikan akhirat bagiku yang merupakan tempat aku kembali.
Jadikan kehidupanku senantiasa lebih baik. Jadikan kematian sebagai kebebasan aku dari segala keburukan..


Ya Allah..

Jadikan umur terbaikku di penghujungnya,
Jadikan amal terbaikku di penutupnya
dan jadikan hari-hari terbaik ku saat bertemu dengan Mu..

Ameen.."

14 November 2009, 26 Zulkaedah 1430H
Alhamdulillah..