Teringat suatu perbualan pada minggu lepas di suatu malam sewaktu oncall..
"Emm.. minggu depan kita oncall dalam bulan poselah ye.."
(Ana agak terkejut.. kita dah nak masuk bulan pose ke?? Terus ana ajukan soalan pada sahabat se‘oncall’ ana) "Bila puasanye? Dah tak lame ke?"
"InsyaAllah, hari ahadni. Jumaat ni kan tengok anak bulan.."
Astaghfirullah.. pada waktu itu, dalam hati ana beristighfar panjang. Tanpa ana sedari, bulan Ramadhan yang mulia semakin hampir. Kadang-kadang ana terfikir, betapa terlalu lekanya diri ini sehinggakan kehadiran bulan penuh rahmat yang sentiasa dinanti-nantikan pun tidak ana sedari. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya di saat ni, dengan izin Allah, ana masih diberi peluang olehNya untuk berada di bulan mulia ini. Harapan hati kecil ini, mudah-mudahan Allah membuka pintu hati ini, membersihkan hati ini dari mazmumah, menjaga diri ini sebaik-baiknya agar diberi kesempatan dan kekuatan untuk melaksanakan amalan kebaikan sebaik mungkin di bulan penuh keberkatan ini. InsyaAllah..
--------------------------------------------------------------------
HARAPAN RAMADHAN
Ku Mengharapkan Ramadhan
Kali Ini Penuh Makna
Agar dapat Kulalui
Dengan Sempurna
Selangkah Demi Selangkah
Setahun Sudah Pun Berlalu
Masa Yang Pantas Berlalu
Hingga Tak Terasa Ku Berada
Di Bulan Ramadhan Semula
Puasa Satu Amalan
Sebagaimana Yang Diperintah Nya
Moga Dapat Ku Lenturkan
Nafsu Yang Selalu Membelenggu Diri
Tiada Henti-Henti
Tak Ingin Ku Biarkan Ramadhan Berlalu Saja
Tuhan Pimpinlah Daku Yang Lemah
Mengharungi
Segalanya Dengan Sabar
Kita Memohon Pada Tuhan Diberikan
Kekuatan
Ku Merayu Pada Tuhan Diterima Amalan
Selangkah Demi Selangkah...Dengan
RahmatMu Oh Tuhanku...Ku Tempuh Jua
HARAPAN RAMADHAN
Ku Mengharapkan Ramadhan
Kali Ini Penuh Makna
Agar dapat Kulalui
Dengan Sempurna
Selangkah Demi Selangkah
Setahun Sudah Pun Berlalu
Masa Yang Pantas Berlalu
Hingga Tak Terasa Ku Berada
Di Bulan Ramadhan Semula
Puasa Satu Amalan
Sebagaimana Yang Diperintah Nya
Moga Dapat Ku Lenturkan
Nafsu Yang Selalu Membelenggu Diri
Tiada Henti-Henti
Tak Ingin Ku Biarkan Ramadhan Berlalu Saja
Tuhan Pimpinlah Daku Yang Lemah
Mengharungi
Segalanya Dengan Sabar
Kita Memohon Pada Tuhan Diberikan
Kekuatan
Ku Merayu Pada Tuhan Diterima Amalan
Selangkah Demi Selangkah...Dengan
RahmatMu Oh Tuhanku...Ku Tempuh Jua
(gambar dari http://seni-kehidupan.blogspot.com)
------------------------------------------------------------------------------------
Firman Allah swt yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"
(Al-Baqarah: 183)
Marhaban Ya Ramadhan..
Selamat Menyambut bulan Ramadhan buat sahabat-sahabat sekalian dan seluruh umat Islam!
=)(3 Ramadhan 1427H)
No comments:
Post a Comment