Friday, September 08, 2006

Salam Ukhwahfillah

Assalamu`alaikum wbt..

Ana al-faqirah ilallah..
Saudara seIslam antum sekalian. Ismi ‘kebaikanku’.

Alhamdulillah, syukur pada ALLAH kerana diberi peluang dan kekuatan untuk memulakan blog sendiri. Mudah-mudahan blog ini menjadi satu wadah untuk berkongsi ilmu walau secebis cuma dari seorang diri yang amat dhaif disisi ALLAH disamping menyebarkan salam ukhwah untuk mengenali saudara-saudaraku dan mengukuhkan ikatan ukhwah islamiyyah. InsyaALLAH.

Meniti sebuah perjalanan kehidupan, ada suka ada duka. Terkadang hati tersenyum indah atas kebahgiaan dan kejayaan yang diperoleh. Terkadang hati menangis merasai perit kesedihan dan kegagalan. Namun semuanya adalah warna kehidupan. Andai hidup ini satu sahaja warnanya, pasti ia hambar.. warna-warna suka duka inilah menjadikan hidup ini lebih bermakna buat seorang insan.

Begitulah ketentuan Al-Khaliq kita, sebagimana firmanNYA:
'Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan sedangkan mereka tidak diuji? '
(Al-Ankabut:2)

-Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari, kemudian DIA datangkan pula guruh dan kilat. Kita tercari-cari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah..-
Subhanallah..

Sahabat-sahabatku sekalian,
Ingatlah Allah sentiasa dalam hatimu... Marilah kita bersama-sama zikrullah...
'Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram.' (Ar-Ra'd:28)

No comments: