Friday, October 20, 2006

Selamat Hari raya Aidilfitri

Arini 27 Ramadhan 1427H… Ramadhan bakal meninggalkan kita dan Syawal bakal menggamit hadir. Ramai sahabat2 yang dah pulang ke kampung halaman utuk cuti hari raya malam ni. InsyaAllah, ana pulang esok..
Sayu merasakan Ramadhan yang bakal pergi.. marilah kita muhasabah kembali samada azam kita dipermulaan Ramadhan tercapai atau tidak. Masih ada beberapa hari yang tinggal sebagai peluang kita di bulan barokah ini.

Hari raya Aidilfitri bakal hadir..inilah hari-hari yang di nantikan oleh semua umat Islam. Semua ahli keluarga pulang ke kampung halaman, bertemu mereka yang disayangi setelah setahun berpisah mencari rezeki di bandar. Pada hari mulia ini, semua bergembira. Tangan dihulur memohon kemaafan atas segala silap dan salah.
"...Dan perbuatan kamu bermaafan lebih hampir kepada takwa" (Al-baqarah:237)

Ada pendapat yang mengatakan perkataan fitri berasal dari fitrah yang bermaksud naluri atau sifat semulajadi manusia yang suci bersih. Aidilfiri adalah hari kemenangan umat Islam melawan nafsu, membersihkan diri daripada segala dosa dan kembali kepada fitrah asal mereka iaitu beriman kepada Allah dan mentauhidkanNya.

"Sesungguhnya berjayalah orang yang membersihkan dirinya dari belenggu nafsu" (Asy-Syams:9)

Sambutan Aidilfitri dimulakan dengan takbir pada 1 malam Syawal .
Maksud takbir :
"Allah maha besar. Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan yang menyekutukan Allah.

"Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa yang benar janji-Nya, yang memuliakan tentera-tenteraNya (tentera Muslimin) yang menolong hamba-Nya (dengan) mengalahkan tentera Ahzab (tentera bersekutu yang diketuai oleh kaum musyrikin serta kaum Yahudi dan Nasrani) dengan keesaan-Nya."

"Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar Allah Yang Maha Besar dan untuk Allah-lah segala puji-pujian."

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat seluruh umat Islam

Marilah kita sama2 bersihkan hati dan mohon kemaafaan sesama kita.

InsyaAllah..
------------------------------------------------------------

p/s: berita hari ini;11 tahanan ISA termasuk anak MB Kelantan dibebaskan..
Alhamdulillah..

No comments: