ALHAMDULILLAH, syukur pada Allah swt di atas nikmat kehidupan...terutamanya nikmat Islam dan iman.
Musafir kita di dunia ini hanya sementara.. akhirat jua adalah kampung abadi. Sesungguhnya daripada Allah kita datang, dan kepadaNya kita kembali. Hari jumaat malam baruni ana mendapat berita kematian bapa saudara ana..pulangnya ke rahmatullah bertemu Al-Khaliq..
Pertemuan terakhir ana dengan arwah ketika hari raya lepas. Sempat ana mengucup tangannya..tanpa ana sedar bahawa itulah pertemuan yang terakhir..

Al-fatihah buat arwah. Semoga Allah menempatkan arwah di tempat orang-orang yang beriman..InsyaAllah.
Benar, kematian itu akan hadir tak terduga, kerana itulah kita diingatkan agar sentiasa bersedia untuk bertemuNya..
Bila bercakap tentang kematian cukup menginsafkan diri. Astaghfirullah..
Menyedarkan bahawa kita hanya hambaNya, yang padaNya terletak segala ketentuan kita. Cukuplah kematian sebagai peringatan..
Firman Allah swt yang maksudnya:
Katakanlah(wahai Muhammad): Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu. Kemudian kamu akan dikembalikan kepada ALLAH yang Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata. Lalu ia memberitahu kepada kamu, apa yang telah kamu lakukan (serta) membalasnya.
(Al-Jumuat: 8)

No comments:
Post a Comment