Monday, February 19, 2007

KPS

Bismillahirrahmanirrahim..

Fever, runny nose, sore throat.. akhirnya ana akur bahawasanya ana DEMAM. I diagnosed myself to have URTI. Allahuakhbar.. di saat ana melaksanakan sebuah tanggungjawab, ana diujiNya. Ana bertanggungjawab sebagai ajk dan fasi program KPS. Ana bersama ukht Farah (pelajar MMP), bertanggungjawab menjalankan bengkel wudhuk, iqamat, bacaan dalam solat dan cara2 bersolat serta menjaga kebajikan, keselamatan dan sebarang permasalahan adik2 di dalam kumpulan ana.

Beberapa hari sebelum program, keadaan ana masih stabil walaupun selalu melelapkan mata pada angka 3 atau 4. Alhamdulillah, bermulalah program KPS. Tanpa kami duga, namun dengan ketentuanNya, bilangan pendaftaran adalah di luar jangka. Peserta hampir 300, manakala fasi yang ada hanya 20. Kami mula melirik sesama kami.. akhirnya kami duduk sebentar, berbincang untuk tindakan seterusnya.

Alhamdulillah, walaupun dalam kekurangan tenaga, kami cuba melaksanakan amanah sebaik mungkin. Pada hari pertama program, keadaan ana masih stabil, dapat berkenalan dan menjalankan bengkel dengan baik bersama adik2. He2, seronok pula bersama adik2. kadang2 pening dengan keletah mereka, namun sejuk hati melihat insan2 yang masih kecil ini. Di usia inilah mereka harus dilatih dengan sebaik2nya untuk mengenal islam, agar merka dapat menjadikan Islam sebagai cara hidup mereka. Mereka lebih selesa memanggil kami "ustazah" atau "cikgu" daripada panggilan kakak. Ana juga belajar bagaimana untuk memujuk kanak2. Fuh.. we have to use psychological technique to persuade them.

Ana diuji Allah pada malam hari pertama program, badan ana mula panas, sakit tekak dan pening2. Atas nasihat sahabat2, ana berehat sepanjang malam. Alhamdulillah, pada pagi hari kedua, keadaan ana baik sedikit, setelah berehat semalaman. Ana meneruskan amanah yang dipertanggungjawabkan. Terasa sedih juga, bila ada sahabat2 mengingatkan kami tentang tanggungjawab kami sebagai fasi. Inilah saat kita memberikan ilmu kepada adik2 sebaik mungkin agar menjadikan solat sebagai tanggungjawab yang harus dilaksanakan sempurna mungkin. Hampir menitis air mata ana saat itu kerana ana dapat rasakan bahawa ana kurang fokus disebabkan masalah kesihatan ana ini. Ana cuba kuatkan diri untuk membuat yang terbaik dalam 2 bengkel yang masih ada.

Namun, pada tengahari tersebut, cuaca yang terlalu panas membuatkan keadaan ana bertambah teruk. Ana usahakan untuk menunjukkan keadaan yang baik dan mengajar adik2 walaupun ada adik2 yang perasaan keadaan ana berlainan dari semalam. Alhamdulillah, 2 bengkel pada hari itu dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Keadaan ana yang bertambah teruk memaksa ana untuk ana pulang ke kampus merehatkan diri. Terasa amat berat dan serba salah di saat hendak meninggalkan kem tersebut memandangkan kekurangan tenaga.

Maafkan ana sahabat2.. InsyaAllah, Allah bersama antunna semua. Mg program penutup pada hari ini berjalan lancar.
Maafkan K.Oni adik2 tersayang.. K.Oni terpaksa pulang lebih awal. Mg adik2 beroleh kebaikan di dalam program ini dan moga adik2 menjadi hambaNya yang lebih baik kelak. InsyaAllah.

Mg esok hari keadaan ana lebih baik dan mengizinkan ana pulang ke rumah kasih sayangku.. rindu untuk bertemu insan2 tersayang

Lagu tema KPS




Ya Allah, jadikan diriku, ahli2 keluargaku dan zuriatku.. hamba2Mu yang mendirikan solat&sentiasa menjaga solat. Ameen

No comments: