Sunday, March 11, 2007

Akhirat jua perkampungan abadi..

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, 1 week of my journey in posting surgery.. sehari-hari berlalu begitu cepat. Esok, bermula 2nd week. Ana dan shbt ana, Halawahiman berazam utk belajar dengan lebih baik dalam posting ini;). InsyaAllah, belajar keranaNya. Mg kami diberi kekuatan untuk melaksanakan amanah ini dan smg kami sentiasa dipanduMu menuju jalan kebenaran..

"..Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan taqwa janganlah kamu tolong-menolong dalam membuat dosa dan permusuhan.." (Surah Al-Maidah:ayat 2)

Setiap liku-liku kehidupan ada tarbiyyah dan hikmah yang ingin dikurniaNya. 1 week kat ward 3 utara dan 2 intan banyak membawa ana bermuhasabah diri. Mungkin kerana case2 di sini agak severe, dan managementnya kebanyakannya perlukan surgical procedure..

Mengingatkan ana tentang erti sebuah kehidupan di dunia. Bahawa hidup kita hanya sementara di alam ini, dan perkampungan yang abadi hanya di akhirat sana. Benar, mengingati mati membuatkan diri rasa gerun padaNya, namun.. dalam kekuasaanNya, keagunganNya.. Dia Maha penyayang, Dia Tuhan yang Maha Adil. Di sinilah hadir rasa takut dan harap seorang hambaNya.. Astaghfirullah..



Andai setiap langkah perjalanan hidup ini tidak diniatkan keranaNya, terasa alangkah ruginya.. alangkah sia-sianya.. mungkin kepuasan akan kita perolehi, namun di sisi Tuhan tiada nilainya sekiranya tiada keikhlasan untuk berjuang dalam hidup ini keranaNya.. Ya Allah, Ampunkan segala kelemahanku dan kealpaanku..

Mg Allah snts menjadikan hati ini, hati yang sentiasa yang mengingatiNya, menjadikan setiap langkah hidup ini hanya untuk pengabdian padaNya. Ya Allah, indahnya hidup ini andai segala-galanya keranaMu. Gembira ini, senyuman ini, sayang ini, sedih ini, air mata ini, keperitan ini.. semuanya indah jika mengingatkan bahawa semuanya adalah dari kasih sayangNya..

Ya Allah, jadikan pengakhiran kami dalam husnul khatimah dan jangan Kau akhirinya dengan su'ul khatimah. Dan jadikanlah kami syuhada' dalam perjuangan agamaMu.. Ya Allah, pelihara diriku, kedua ibubapaku, ahli-ahli keluargaku, sahabat2ku dan sekalian umat Islam dari sebarang kemurkaan padaMu. Jadikan kami hamba yang sentiasa taat dan patuh pada setiap suruhanMu dan meninggalkan setiap laranganMu. Engkau Tuhan yang Maha Penyayang, Maha Mengasihani hamba2Mu.. Ampuni kami Ya Allah.. Nastaghfirullah. Ameen

No comments: