Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Di dalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga
Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah
"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat ke atas Nabi.
Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu dan berilah salam dengan penuh kehormatan keatasnya"
(Al-Ahzab:56)
(Al-Ahzab:56)
Ya Rasulullah, kekasih Allah, terimalah kami sebagai ummatmu.
No comments:
Post a Comment