Saturday, April 07, 2007

Panggilan ke Sabah..

Bismillahirrahmanirrahim

Menerima sms dari abang ngah, merisik khabar cuti adiknya di sini. Hati pasti berbunga riang, gembira menerima pelawaan untuk melawat tempat orang apatah lagi bersama si mujahid kecil yang baru 3 bulan, Faqeh (mg besar kelak, menjadi seorang yang faqeh dalam agamaNya, InsyaAllah). Abang ngah mempelawa untuk menemani kakak ipar ana di sana, membantu menjaga si kecil. Tapi, setelah melihat pada jadual, umpama tiada peluang untuk ke sana, lantaran amanah akademik dan amanah dakwah islam yang perlu ditunaikan...

Reply-"nanti kaknik oyat semula deh. Kena tengok jadual dulu"- send to Abe Ngoh.

Alhamdulillah, petang ini, Allah rezkikan hujan ke bumi Kelantan, khususnya di usmkk ini. Setiap kali hujan, ketenangan menyejukkan hati ini.. bertafakur melihat kejadian 'alam membawa ana sekali lagi memuhasabah diri. Tentang sebuah harapan, sebuah impian setiap hambaNya. Rumput dan tumbuh2n pastinya kegersangan, kekeringan dek kepanasan mentari.. namun, harapan pada nikmat Tuhan, kasih sayang Tuhan tetap hadir. Dan hari ini Allah membasahkan bumi ini dengan rahmatNya. Alhamdulillah.. itu tanda kasih sayang dariNya.

Begitu juga diri kita, hamba Tuhan yang bergelar manusia.. sebaik2 makhluk ciptaanNya. Walau kita diuji, diberi kesusahan.. malah kadang2 iman kita turun naik.. di saat iman berada di bawah, hati umpama batu yang keras, air mata begitu susah untuk menangis merintih padaNya, jiwa hambar mencari tenang dan khusyuk padaNya.. namun, jangan putus asa wahai jiwa dan hati.. kerana harapan tetap ada, kerana Dia tetap yang Maha Penyayang dan Pengasih pada hambaNya.. teruslah mengabdikan diri padaNya, merayu kasih padaNya, meminta doa padaNya.. pastinya Dia akan menyambut kita dengan kasih sayangNya dan di situlah saat terindah dalam hati manusia..

Ya Allah, bimbinglah kami menuju hidayahMu..


Indahnya HIDAYAH MU..
Sinari ruang kalbu..
Luruh air mataku..
Syukuri nikmatMu..

No comments: