Saturday, May 05, 2007

Hadiah buat hati

Alhamdulillah, bi iznillah, dapat pulang ke rumah. Dah tak tertahan rindu kat mak ayah, akhirnya kaki ini meredah jua untuk pulang kerumah.

Alhamdulillah, syukur padaMu, Tuhan pencipta cinta dan kasih sayang .. kerana memberi peluang kepada hamba2Mu ini menyemai kasih sesama insan.. yang segalanya didasari kerana cinta padaMu.. InsyaAllah.

Seperti biasa, bila pulang dari rumah, beroleh kembali semangat yang hilang. Mungkin ini keberkatan yang pada ibu dan ayah. Insan2 inilah yang telah melahirkan dan mendidik anak2nya sejak dari kecil lagi, dengan penuh ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan. Besarnya pengorbananmu wahai mutiara2 hatiku..

Alhamdulillah, sesungguhnya segala kekuatan dan semangat yang hadir ini, adalah kurniaan dariMu jua. Dan ku pohon padaMu agar diriku terus diberi kekuatan dan ketenangan ini meniti hari2 mendatang. Ameen.

Kembali ke kampus hari ini, ana belikan sebuah hadiah buat hati. Emm.. kalau selama ini, fizikal je beroleh hadiah, harini ku hadiahkan sebuah buku buat hatiku. Mg hatiku ini terus subur dalam kecintaan dan ketaatan pada Allah.. InsyaAllah.

Hadiah itu berupa sebuah buku yang bertajuk "Ubat Hati" tulisan Ustzh Nor Bahyah terbitan Telaga Biru. Alhamdulillah, pengisian yang cukup baik dan santai, sesuai untuk umum, sesuai untuk hati. Sekarang ini ana sedang cuba habiskan 2 buah buku. Buku "Tentang cinta" tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi dan buku baruku itu.

Klik sini untuk sinopsis buku "Tentang Cinta"

Klik sini untuk sinopsis buku "Ubat Hati"

Sejak akhir2ni, ana agak susah untuk habiskan sebuah buku yang plain warnanya. Kini citarasa telah dah bertukar kepada buku2 yang lebih banyak warna dan ceria.. mungkin ini sebenarnya daya tarikan yang harus dicuba oleh penulis2 kini. Menjadikan bahan karyanya lebih banyak ilustrasi dan teks yang dipermudah, sesuai untuk orang yang kurang gemar membaca tapi kepingin pada pada ilmu seperti ana ini. He2..=).

insyaAllah, andai ada kesempatan, ana akan sampaikan apa yang ana peroleh dari pembacaan ana di blog ini..

---------------------------------------------------------------------------
Seusai membaca Yaasiin buat hiburan dan ketenangan hati sebentar tadi, ana terpaku pada ayat2 terakhir surah itu. Subhanallah.. Menyedarkan diri bahawa betapa kerdilnya manusia. Bahawa diri ini tak punya apa2 kuasa ataupun kudrat.. dan betapa berkuasanya Allah swt Pencipta kita. La haulawala quwwata illa billah.. Mg kita terus diberi hidayah agar terus merasa bahawa kita hanya sekadar hamba dan Dia yang lebih berkuasa.. Allahuakhbar..

Renungkanlah kalam Allah ini...

Firman Allah swt dalam Surah Yaasiin, ayat 82&83 yang bermaksud:

"Sesungguhnya keadaannya apabila Dia mengkehendaki sesuatu hanyalah berfirman: "Jadilah!" maka terjadilah ia. Maka Maha Suci yang ditanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNyalah kamu dikembalikan."

2 comments:

Dr Kadir said...

Moga hati berbunga ceria menerima hadiah-hadiah tersebut :)

Akak di USM dah tahun berapa yer. teringin utk tambahkan kenalan pelajar perubatan yang berada di Malaysia.tukar2 pendapat ttg sistem pelajaran di sana yang pastinya berbeza dengan di Mesir ni.. key salam ukhuwah fillah

nik_khoir said...

Alhamdulillah, hati memang gembira menerima hadiah dari empunya tuannya. Segala puji hanya bagi Allah kerana yang menggembirakan hati ini pasti DIA, kerana setiap hati adalah milikNya.

Emm..insyaAllah, akak di 4thyear. Masih dlm perjuangan mencari ilmu.. Mg Allah yang Maha Luas IlmuNya, mengizinkan diri ini meneguk walau sekelumit cuma ilmuNya. Mg menjadi bekal buat perjalanan dunia menuju akhirat.

Mg najah dlm imtihan akh.. Doa saudara2 dan doa ibuayah akan sentiasa mengiringi langkah perjuangan anaknya di perantauan..
All d best