Friday, May 11, 2007

Renungkanlah adikku sayang..

Wahai adikku sayang..
Wanita ibarat epal,
Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi,
kerana ia berguguran di tanah.

Tapi epal yang tidak mampu dibeli, berada di puncak.
Susah dipetik, susah digapai.

Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik.
Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah.
Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya.

Wahai adikku sayang..
hakikatnya epal itu terlalu tinggi kerana elok sifatnya,
sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya,
Begitu jualah wanita-wanita solehah..
Hanya pemuda-pemuda sejati yang benar-benar hebat sahaja boleh memperolehi.
Mungkin bukan di dunia tetapi mungkin di akhirat yang kekal abadi

Biarlah jodohnya bukan di dunia, asalkan cinta Ilahi mengiringinya.
Tidak semestinya wanita itu disunting di taman dunia,
tapi lebih bermakna bila Allah sendiri mengarahkan hamba yang disayanginya untuk menyunting di taman akhirat kelak.
Jadi sedarilah bahawa Allah telah menjadikan wanita dalam seribu satu keindahan.


Renungkanlah wahai adikku sayang..


Mg kita semua dlm pemeliharaanNya, sebagaimana DIA memelihara wanita2 solehah. Ameen

No comments: