Friday, July 20, 2007

Wahai mata.. tundukkan pandanganmu..

Seseorang yang sentiasa menjaga pandangan matanya bermakna ia telah melaksanakan titah perintah ALLAH. Manusia hanya akan bahagia seandainya mereka tunduk pada perintah ALLAH. Menundukkan pandangan akan menguatkan hati seseorang dan menjadikan hatinya terasa sangat bahagia. Sebaliknya meliarkan pandangan menyebabkan hati terasa lemah dan menjadikannya tidak tenteram dan resah gelisah sepanjang masa. Menundukkan pandangan membawa kepada kesucian hati dan menjadikannya sentiasa teringat kepada ALLAH.

Bagi yang menuntut ilmu, menjaga pandangan mata akan memudahkan menerima ilmu pengetahuan dan sesungguhnya ilmu terbenteng dari seseorang yang tidak dapat mengawal pandangan dari sesuatu yang haram. Sesungguhnya sentiasa melepaskan pandangan dan meliarkannya itu akan meninggalkan kesan yang sangat negatif terhadap diri seseorang.

~Tulisan Al-Imam Al-Munzir di dalam kitabnya An-Nadhr~

-----------------------------------------------

Alhamdulillah, 2 weeks ana berada di ophthalmology posting. InsyaAllah tinggal 1 week lagi. Learn about the eye.. salah satu anugerah hebat yang dihadiahkan Allah kepada kita. Bersyukurlah padaNya atas anugerah ini.. dan pelihara pandangan kita dari pandangan yang boleh membawa kemurkaan Allah, kerana kelak, mata inilah yang akan menjadi saksi segala amalan kita di dunia ini..

Semoga segala ilmu yang diperoleh menjadi amalan bila bekerja kelak, dan moga amalan itu menjadi bekal di akhirat nanti..Emm, teringat pada ibu yang selalu mengadu masalah matanya. InsyaAllah, nanti anakmu pulang, cuba untuk mengenalpasti apa masalahnya ye.. mudah2n dengan ilmu yang dimiliki, dapat disumbangkan dan memberi manfaat buat semua..

No comments: