Di suatu pagi, sewaktu kaki ini melangkah untuk ke kelas,ana bertemu Kak Sufi dalam laluan perjalanan ana.Lalu ana memperlahankan langkah untuk turut sama beriringan dengannya.
"Kak, nak tanye sket boleh?"..kak sufi menunjukkan senyumannya yang sentiasa ceria.
"Dalam hidup ini, ana yakin bahawa setiap yang kita miliki adalah milik Allah. Segala2nya datang dari Allah. Dan pastinya setiap persoalan itu ada penyelesaian, terutamanya berkaitan dengan hidup kita.Islam itu adalah cara hidup yang digariskan oleh Allah, jadi pasti Allah dah beri panduan pada kita kan?".Ana memulakan muqaddimah sebelum bertanya soalan yang sebenarnya berada di benak ana..
"Kak, bagaimana kita nak dapatkan kekuatan dalam diri?. Yang ana tahu, tentang solat malam. Allah memang dah bagitau dalam al-quran, solat malam itu dapat memberi kekuatan kepada kita. Selain itu, apa lagi yang boleh diamalkan ye?"
Kak sufi mula memberikan nasihatnya pada ana. "Amalkan bacaan selawat syifa', dan ayat 1000 dinar. Allah akan memberikan rezeki pada kita pada arah yang tidak kita sangka. Dan satu lagi, amalkan sifat zuhud. Matlamat kita adalah akhirat.Sekalipun pada pandangan dunia, kita adalah umpama orang yang kalah, tapi yang penting apa pandangan Allah pada kita. Sepatutnya kita beruntung kerana di uji Tuhan, kerana di situ kita dapat meningkatkan diri dan kita dapat tahu apakah benar kita orang yang ikhlas dan redha padaNya".
Ana tersenyum dengan katanya.. benar kata kakak, hati ana mengiyakan.
"Emm..apa pula nasihat oni pada kakak?".. "Marilah kita bertawakkal pada Allah!"..spontan ia keluar bibir dari ana, sebelum kami terpisah menuju destinasi masing2..
Tawakkal 'alallah!!
No comments:
Post a Comment