Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, syukur pada Allah atas segala rezeki dan anugerah daripadaNya..
Syukur padaNya, ana berpeluang menelusuri sirah perjuangan Rasulullah dalam sebuah majlis ilmu.Subhanallah, Maha Suci Allah yang menjadikan setiap langkah kehidupan Rasulullah sebagai satu sunnah untuk kita hayati dan amalkan.
Di bulan Sya'baan ini ada 2 peristiwa yang berlaku yang begitu besar hikmah untuk kita teliti.
Pertamanya adalah peristiwa pertukaran arah kiblat. Kisah ini dapat kita baca dalam surah al-Baqarah, dimana firman Allah swt ayat 142-144 yang bermaksud:
"Orang2 yang kurang akal di antara manusia akan berkata "apakah yang akan memalingkan mereka (muslim) dari kiblat yang dahulu mereka (berkiblat) kepadanya?". Katakanlah (Muhammad), "Milik Allah lah timur dan barat. Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus".
"Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) "umat pertengahan" agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan manusia) dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatanmu. Kami tidak menjadikan kiblat yang (dahulu) kamu (berkiblat) kepadanya melainkan agar Kami mengetahui siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang berbalik ke belakang. Sungguh, (pemindahan kiblat) itu sangat berat kecuali bagi orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah. Dan Allah tidak akan menyia2kan imanmu. Sungguh, Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang kepada manusia."
"Kami melihat wajahmu (Muhammad) sering menengadah ke langit, maka akan Kami palingkan engkau ke kiblat yang engkau senangi. Maka hadapkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana sahaja kanu engkau berada, hadapkanlah wajahmu ke arah itu. Dan sesungguhnya orang2 yang diberi kitab (Taurat dan Injil) tahu, bahawa (pemindahan kiblat) itu adalah kebenaran dar Tuhan mereka. Dan Allah tidak lengah terhadap apa yang mereka kerjakan."
Peristiwa ini memberi iktibar bahawa sifat pejuang agama Allah, mereka tidak akan mempersoalkan sesuatu perkara andai ia datang dari Allah. Setiap ujian yang diberi adalah proses penapisan untuk menilai siapa sebenarnya pejuang agama Allah.
Peristiwa kedua yang berlaku di bulan Sya'baan adalah peristiwa ummul mukminin, Saidatina Aisyah r.a difitnah oleh kaum munafik. Sesungguhnya amat beruntung Saidatina Aisyah kerana Allah sendiri yang telah menjadi penguambela dirinya bila diturunkan wahyu kepada Nabi Muhammad membersihkan kembali nama Saidatina Aisyah.
Firman Allah swt dalam surah An-Nur ayat 11 yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu (juga). Janganlah kamu mengira berita itu buruk bagi kamu bahkan itu baik bagi kamu. Setiap orang dari mereka akan mendapat balasan dari dosa yang diperbuatnya. Dan barang siapa di antara mereka yang mengambil bahagian terbesar (dari dosa yang diperbuatnya), dia mendapat azab yang besar (pula)."
Berita bohong dalam ayat ini menjelaskan mengenai Saidatina Aisyah r.a, setelah perang dengan Bani Mustaliq, pada bulan Sya'baan 5 H. Dalam perjalanan kembali dari peperangan, mereka berhenti pada suatu tempat.Saidatina Aisyah keluar dari sekudupnya untuk suatu keperluan, kemudian kembali kepada rombongan itu. Tiba2 dia menyedari bahawa kalungnya hilang, lalu pergi mencarinya. Sementara itu, rombongan telah berangkat dengan menyangka bahawa Aisyah masih ada dalam sekedupnya. Kebetulan, shbt Nabi, Safwan ibnu Mu'attal melalui tempat itu dan bertemu dengan Saidatina Aisyah. Lalu Safwan mempersilakan Aisyah mengenderai untanya. Safwan menuntun unta itu sehingga mereka sampai di Madinah. Dan timbullah fitnah atas Saidatina Aisyah, yang diperbesarkan oleh kaum munafik.
Kemudian turunlah ayat membersihkan nama Saidatina Aisyah, sebagaimana dalam surah An-Nur ayat 26 yang bermaksud: "Perempuan2 yang keji adalah untuk laki2 yang keji, dan laki2 yang keji untuk perempuan2 yang keji (pula), sedangkan perempuan2 yang baik untuk laki2 yang baik, dan laki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik (pula). Mereka bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."
Ayat ini menunjukkan kesucian Saidatina Aisyah dari segala tuduhan yang diberikan kepadanya dan Safwan. Rasulullah adalah orang yang paling baik, maka perempuan yang paling baik pula yang menjadi isterinya.Peristiwa ini juga memberi pengajaran bahawa apabila sampai sesuatu berita, hendaklah disiasat dan diperincikan dahulu.
Subhanallah, apabila menelusuri kembali sirah Islam, terlalu banyak pengajaran dan manfaat untuk kita. Sama2 kita terus menyelami sirah baginda, agar menjadi panduan kepada kita.. InsyaAllah
No comments:
Post a Comment