Sunday, October 21, 2007

Selamat Hari raya

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah.Kaifa halukum shbt2 di alam maya sekalian? Harapnya belum terlambat untuk diri ini mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" buat semua. Bagaimana dengan hari raya antum pada tahun ini? Setiap dari kita, pasti mempunyai makna tersendiri pada hari raya. Mungkin hari raya adalah hari berkumpulnya sekalian ahli2 keluarga, hari bermaafan sekali setahun, hari makan kuih raya, hari ziarah sahabat dan lain2 lagi..walau apapun makna yang ditafsirkan, mg kita turut menafsirkannya dengan nilai iman..

Raya ana tahun ini, bukan semua adik-beradik ana dapat pulang. Berayalah kami-ibuayah, ana, my youngest brother and my sister's family. walaupun begitu, kemeriahan raya tetap dirasa. Tautan kasih sayang tetap subur dijiwa.. sekalipun yang berada jauh dibatasi lautan(he2, kat sabah je),melaui teknologi kini, yang jauh pun dapat berhubung..itulah kelebihan ilmu teknologi kan? alhamdulillah.

Anas bin Malik berkata; Rasulullah SAW datang ke Madinah ketika itu penduduk Madinah telah mempunyai dua hari besar yang sentiasa mereka rayakan. Lantaran itu Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikan dua hari itu dengan yang lebih baik bagi kamu, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha”(HR: Ahmad, Abu Daud, Nassa’ei dan Al-Baihaqi)

No comments: