Adakalanya hidupku umpama tiada arah tujuan.. hati dirundung kegelisahan.. akal menafsir tiada pedoman.. dada sesak tak berpenghujung..
Mungkin inilah saat waktu iman diuji.. tiada siapa yang dapat membantu melainkan diri kembali padaNya.. air mata melimpah ruah..mengapa perlu diuji diri ini dengan keadaan seperti ini? Mengapa diri ini yang mengaku untuk sentiasa melaksanakan ketaatan padaNya boleh tersasar terjerumus pada jalan yang gelap..?? Hanya 1 jawapan..tepuk dada tanya iman.Muhasabahlah selagi masa masih ada.. agar kau tidak menyesal di hari akhir nanti.. Astaghfirullah..
"Ya Allah, Engkau telah menciptakanku, sedang aku ketika itu belum merupakan sesuatu yang disebut.
Engkau yang memberi kepadaku akan setiap perjalanan kehidupan dengan urusan yang mudah.
berupa pendengaran, penglihatan, hati dan kelebihan yang banyak.
Engkaulah yang memberi petunjuk kepadaku ke jalanMu dengan perantaraan Rasulullah yang membawa berita gembira dan pemberi peringatan.
Aku bersalah, aku berdosa dengan kekecewaan sepanjang masa..
kemudian aku teringat dan bertaubat dengan kehendakMu dengan taubat yang sebenar-benarnya.
Disinilah aku sujud dalam pengabdian padaMu dengan menangis dan menyesal dan memohon ampun kepada Tuhan yang Maha Pengampun.
Dengan penuh kerendahan, akulah seorang yang memohon taubat dariMu.
Ya Allah, janganlah Engkau menolak aku dan mereka yang berada disekelilingku.. jangan biarkan kami terus dihumban kecewa.. atas kesilapan dan kealpaan diri sendiri..
Masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang soleh yang sentiasa mensucikan Engkau seraya memujiMu sepanjang waktu.
Dan tetapkanlah kami kasih sayang dari sisiMu
Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."
~16/3/08, alfaqirah ilallah, nik_khoir.. ~
Masih mencari cintaNya.. doakan diriku..
2 comments:
salam
smoga ketemu apa yang di cari,
smoga berhasil mendapat apa yang ingin dimiliki...
smoga slalu dikasehi dan dilindungi ALLAH
Salam..
InsyaAllah.. begitu juga dengan saudari..mg sentiasa dalam kasi sayangNya..
"Musafir kita didunia ini hanya mencari cintaNya..
kerana kita tahu hanya 1 yang dapat membawa kita ke syurgaNya..yakni redha Allah!!"
Post a Comment