Wednesday, March 05, 2008

Kembali ke asal

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah, biiznillah, dapat pulang kerumah setelah 3 minggu menanti.Emm..seronok melihat keletah my boys..he2, my nephews. Amsyar dan AsShafie dah menjangkau 3 tahun, aizat plak nak masuk 2 tahun. Riuh rendah rumah neneknya dengan aksi2 mereka. Almaklumlah, cucu keturunan ahli seni pertahanan diri kan.. kalau dengar bunyi orang bersilat, mereka pun turut menunjuk aksi mereka.Sekarang pun, dah pandai menunjukkan muka kesian if diorang nak ape2..dan ana dan my youngest brother aka "Adik" lah satu2nya yang "available" untuk melayan my nephews ni.Very cute boys..


Amsyar dengan aksinya

Kadang2 cemburu juga dengan Adik yang telah memiliki motornya sendiri. Every week balik umah!Tapi elok juga Adik selalu pulang ke rumah.Sekurang2nya dapat membantu ibu dan ayah menjaga cucunya.Adik ana juga dikenali sebagai PakSu selalu menjadi "tumpuan" anak2 saudara ana.Kadang-kadang 2 orang nephews dalam dukungannya.Emm.. good uncle ya!.. Alhamdulillah, pandai juga Adik bermain dengan budak2 kecik ni..

InsyaAllah,alhafiz to be, “Adik”-edited picture.He2, identiti dirahsiakan.

Ana kini mulai sedar,bahawa diri ini sudah menginjak dewasa. Adik ana juga semakin “gentleman”. He2.. Dulu, rasanya kami di occupied dengan keadaan yang ana istilahkan sebagai "sindrom anak bongsu"- mudah merajuk, jarang bercakap, jarang menampilkan diri kat relatives..budak2 paling kecil in family kan, tak leh masuk campur dalam urusan keluarga. Selalu juga apabila ana ingin masuk bersama dalam perbincangan keluarga, kakak ana hanya memandang dengan senyuman tanpa memberi penjelasan.

Kini ana faham, apabila sampai masa, bila kita sudah dewasa, tanggungjawab as a part of family semakin besar. Sekarang, ana dan Adik la yang menjadi tempat mendengar ibuayah if ada problems. Tambahan pula,semua adik beradik lain berada jauh dan dah punyai tanggungjawab dalam keluarga sendiri. Emm..ana pun dapat tanggungjawab baru.. jadi health consultant dalam family..He2, tapi terpaksa bukak buku dulu untuk memberi penjelasan. Train to be a doctor lagi kan..=)

Pulang ke rumah minggu lepas, sempat melawat Siti AsSyafiqah yang baru berusia D8OL(day 8 of life). The 15th one! Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik. Emm..lapang hati bila pulang ke rumah. Benar sebagaimana kata Ustaz Hasrizal dalam program yang diikuti, kita akan beroleh tenang apabila kembali ke asal.

Kembali ke rumah, ke sebuah keluarga di mana disitulah kita membesar, disitulah kita mengharung detik2 kehidupan sehingga kini, disitulah ada wajah2 insan tersayang yang cukup membuat hati tenang walaupun tanpa luahan permasalahan kepada sesiapa. Cukuplah dengan mencium tangan ibuayah dan memandang wajah mereka, hilang segala kerisauan hati. Ini baru pulang kerumah... bagaimana pula andai kita kembali ke asal yang sebenar2nya.. sewaktu diri kita benar2 dekat dengan Allah.. kembali ke asal ini bermakna apabila kita dekat kepada Allah, disitulah kita akan memperoleh ketenangan yang sebenar...

Ingatkah kita sewaktu di alam roh.. bila kita bersaksi bahawa Allah lah Tuhan kita, sebagaimana firmanNya dalam surah Al-A'raf, ayat 172..

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman), "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab, "Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi".(Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, "Sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini".

~Kembalilah kepada Allah setiap masa.. pasti hatimu beroleh tenang!!~

No comments: