Alhamdulillah, berpeluang membaca 2 buah novel islamik milik sahabat. InsyaAllah, 2 buah novel ini sesuai untuk dibaca oleh pengemar2 novel. 1 lagi alternatif yang sesuai diberikan untuk mad'u kita yang gemarkan novel..
a) Novel karangan Zaharah Muhammad
http://bintimuhammad.wordpress.com/
"Usah berlari ke kaki langit, untuk mengejar mentari.
Kerana mentari dan kaki langit bukanlah dua sudut yang bercantum.
Penyatuan itu hanyalah ilusi mata.
Itulah tanda kebesaranNya dan kita perlulah redha.
Jangan dicari dan dimimpikan pada yang tak pernah ada.
Mimpikanlah Dia,
carilah Dia yang sentiasa wujud tanpa ada kesudahannya."
b)Salah satu lagi novel karangan Habirrurahman El-Shirazy.
"..Namun,
Jika kau mencintai Allah, pasti diterima.
Jika kau mencintai Allah,
engkau tidak akan pernah merasai kehilangan.
Tidak akan ada yang merebut Allah yang engkau cintai itu dari hatimu.
Jika kau bermesraan dengan Allah, hidup bersama Allah,
kau tidak akan berpisah denganNya.
Allah akan setia menyertaimu.
Allah tidak akan berpisah darimu.
kecuali kau sendiri yang berpisah dariNya.
Cinta yang paling membahagiakan dan menyembuhkan adalah
Cinta kepada Allah 'Azza wa Jalla."
----------------------------------------------------------
Emm.. melalui blog "Bingkisan Nurani" , ana dapat tau Filem Ayat-Ayat cinta dah berada dipasaran sekarang. Preview filem ini bleh dilihat di http://www.ayatayatcintathemovie.com/ .
p/s: He2.. ana tak begitu gemar baca novel sebenarnya. 1 hari bleh je abis 1 novel, baca by page to page.. bukan words to words.. he2. Tapi untuk tahu isi kandungannya kenalah baca dulu kan? Apapun, these books sangat bagus. Tentang filem tu, xleh nak komen.. sebab tak tengok lagi .. =)
~Jadikan Cinta kita kepada Allah melebihi segala-galanya kerana sesungguhnya kecintaan kita kepada dunia adalah sementara. Maka sandarkan sebuah cinta itu hanya kepada yang Utama!~
No comments:
Post a Comment