Alhamdulillah, syukur pada Tuhan sekalian 'alam.. diatas limpah rahmatNya, nikmat Islam dan Iman, rezeki kurniaanNya dan peluang kehidupan yang masih diberi. Mari sama2 kita lafazkan syukur ALHAMDULILLAH..
Exam end posting baru berakhir.. InsyaAllah, next week akan bermula posting baru. 6weeks more to go.. moga terus diberi kekuatan oleh Allah.
Emm.. bila akhir posting, hati selalu meminta2 untuk merasai sebuah ketenangan. Ketenangan berada di tepi pantai..entah sejak bila.. ana sangat menyukai ketenangan berada di pantai.. pemandangannya yang luas mata memandang, airnya biru mendamaikan, angin bayunya bertiup lembut, pasirnya halus dirasa.. cukup menyejukkan hati..
SUBHANALLAH.. saat itu memang hati cukup kagum dengan kebesaran Tuhan yang menciptakan alam ini.. terasa betapa kerdilnya diri ini.. seorang hamba sedangkan Tuhan yang menciptakan diri ini Maha Berkuasa..
ALLAHUAKBAR.. melihat ciptaanNya dan mengingatiNya ini cukup memberi ketenangan..
Firman ALLAH yang bermaksud:
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda2 bagi orang2 yang berakal, iaitu orang yang mengingati Allah sambil berdiri, atau duduk, atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dn bumi seraya berkata: “Ya Tuhan Kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka”
(Ali Imran: 190-191)
(Ali Imran: 190-191)
"Perhatikanlah kejadian alam ini.. dan kau akan rasai kebesaran ALLAH!"
Suatu senja ditepi pantai =)
Tapi adakalanya impian tak tercapai, masa tak mengizinkan buat kali ini.InsyaAllah, mg diberi peluang oleh Allah suatu hari nanti.Takpe, tengok wallpaper laptop pun jadilah ye.. huhu
InsyaAllah, moga diizin Allah untuk pulang ke rumah kasih sayangku hujung minggu ini. Rindu untuk melihat wajah tenang ibu ayah.. malah kepingin untuk melihat gelagat anak2 saudara yang cukup menghiburkan hati. Seronok melihat anak2 kecil membesar.. hati mereka masih bersih, mereka tidak pandai untuk menipu atau menyembunyikan sesuatu, dan inilah saat mereka akan cuba mempelajari semua perkara yang masih baru dalam hidup mereka..kerana itulah anak2 yang sedang membesar ini,harus diasuh dan diberi pendekatan yang berhikmah oleh ibubapa dalam menghasilkan sebuah acuan yang sebaik2nya.. dalam melahirkan bakal generasi muslim yang sejati!! InsyaAllah..
Alhamdulillah, a twin delivered during my O&G posting..
Seronoknye kecik2 dah berteman kan..
Miss my rumah kasih sayangku..
No comments:
Post a Comment