Sunday, May 18, 2008

Dari hati seorang muslimah

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum shbt2 pengunjung sekalian..
Alhamdulillah.. marilah kita perbanyakkan syukur padaNya atas segala anugerah dariNya.

Emm..walaupun ini saat2 terakhir sebelum bercuti (hehe, actually x ada istilah cuti for medical students), masih berpeluang untuk menghantar entry. Sudah lama ingin menghantar entry tentang perkara ini, tapi xberpeluang. Namun, message dari seorang adik dan shbt tersayang baru2ni membuatkan ana teringin jua untuk menulis tentangnya. Alhamdulillah, diberi peluang olehNya untuk menulis.. entry ini juga sebagai hadiah buat shbt2 muslimat yang dikasihi sebelum ana bercuti!!

----------------------------------------------------------------------
Catitan 1 (Buat Adikku yang dikasihi)

Adikku,
Ingat kah dirimu pada hadis yang cukup dikenali buat muslimat, yang berbunyi..

"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah" (Hadis riwayat Muslim).



Ya, menjadi wanita solehah adalah impian setiap muslimah. Perhiasan yang di jaga Allah ini, bukan sebuah perhiasan yang dipamerkan kecantikannya untuk tatapan manusia tetapi sebuah perhiasan yang tersimpan rapi dalam jagaan Islam.

Jadilah bunga yang indah berpagarkan duri.
Jangan biarkan dirimu menjadi bunga
yang hanya indah tetapi sayang tidak berduri.
Duri mawar itu ditasybihkan
dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya'.




Jagalah auratmu, perhalusi akhlak muslimah mu, pertahankan al-haya'(sifat malu) dan tampilkan ketegasanmu. Secara zahirnya pasti kita semua tahu apa yang telah diwajibkan kepada kita.. namun hanya iman yang menentukan adalah kita melaksanakan perintah Allah sebaik2nya. Al-Haya' iaitu sifat malu adalah sebuah benteng pertahanan maruah kita yang telah dihadiahkan oleh Allah buat mereka yang bergelar wanita. Peliharalah ia sebaik2nya.. kerana tanpa sifat itu, maka pelbagai kerosakan yang boleh berlaku pada kita.

"Sifat malu dan iman itu seiringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka keduanya akan hilang." (Hadis riwayat Baihaqi)

"Malu itu datangnya dari iman dan iman itu membawa ke syurga dan sebaliknya adalah membawa ke neraka." (Hadis riwayat Bukhari).

Adikku,
Katamu wanita adalah fitnah dunia.. oleh itu, marilah kita perbaiki diri dan menjaga diri agar kita tidak menjadi bahana itu kepada dunia. Sesungguhnya segalanya bermula darimu.. tegakkanlah Islam dalam dirimu, insyaAllah akan tertegaklah Islam di sekelilingmu. Pasti adik tahu, tanggungjawab mengamalkan Islam itu bermula dari diri kita, lalu akan sampai kepada keluarga, masyarakat dan seterusnya pada sebuah negara.

"Maka takutlah kalian dari fitnahnya dunia dan takutlah kalian dari fitnahnya wanita."

Ya, pastinya dalam menjalankan amanah sebuah kehidupan, sebagai penuntut ilmu, sebagai da'ie.. pasti kita tidak lari dari keperluan berikhtilat. Usah khuatir, kerana Islam itu tidak jumud, dibolehkan kita untuk berikhtilat pada beberapa perkara iaitu dalam menuntut ilmu, jual beli, membuat amal islam dan amal perubatan.

Namun, jangan sesekali kita menyalahgunakan perkara yang dibolehkan ini. Jaga dirimu dik.. ya, muslimat itu lembut hatinya, namun tegas dalam mempertahankan syariat Islam. Ikhlaskan hatimu dik.. jangan biarkan hasutan syaitan meluputkan pahala kebaikan yang kau cari.Adakalanya keperluan dan tanggungjawab memerlukan kita bermusafir sendirian. Namun, sebaik2 muslimah adalah apabila musafirnya berteman mahram. Seandainya keperluan memerlukan, bertawakkallah pada Allah dan mohonlah perlindungan dariNya kerana hanya Dia sebaik2 pelindung. Lafazkan doa "bismillahitawakkal tu 'alallah" dalam setiap permulaan langkahmu dan berdoalah semoga Allah melindungi dirimu dari bahaya dan fitnah.

Ingatlah wahai adikku, keluarnya kita dari kepompong rumah bukan untuk mencari murkaNya namun atas tuntutan agama.

Adikku,
Tundukkan pandanganmu. Sesungguhnya Allah berfirman yang maksudNya:
"Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kehormatannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) terlihat.(An-Nur: ayat 32)

Katamu wanita yang baik ialah apabila dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat dirinya.. ya, itu benar dik. Lantas bagaimana untuk mendapatkannya? Segalanya bermula darimu.. tundukkan pandanganmu, nescaya Allah akan menjagamu dari pandangan lelaki. Pastinya seorang lelaki akan malu untuk memandang seorang muslimah yang tunduk hatinya. Usah khuatir pada jagaan Allah seandainya kau menjaga dirimu. Ihfadzillah, yahfazdka!

Marilah kita teliti sirah2 muslimat dalam kehidupan Rasulullah, juga pejuang2 muslimat yang tegak mempertahankan Islam. Ya, mungkin kita xselayaknya untuk menjadi seperti mereka, namun cukuplah andai kita mencontohi mereka. InsyaAllah.. terakhirnya akak sampaikan sebuah kata2 agar menjadi inspirasi untuk kita mencontohi dirinya jua..

Duhai sahabiah, puteri2 harapan Islam. Ayuh contohi peribadi Fatimah Az-zahrah.
subhanallah, keberkatan mengiringi kehidupannya,
hati tak lekang gemersik syukur,
lidah tak putus mengalun tasbih,
kaki tak henti mengisar gandum,
tangan terus menghayun buaian...
hasil didikan ayahanda tercinta, Rasulullah saw habibullah.
Mudah2n gelaran serikandi mujahidah menjadi milik kita,
menjadi ummi kepada bakal para mujahid wa mujahidah.
InsyaAllah, jika Allah izinkan.
Tarbiyyah membentuk peribadi,
masa kan terus berlalu, zaman sentiasa berubah,
namun syariatNya tetap sama.
Ayuh, berusaha menjadi muslimah solehah!


Catitan 2 (buat sahabatku yang disayangi)

Shbtku,
Ku berikan namamu "Teman Sejati".. masihkah ukht ingat akan nasyid yang selalu kita alunkan? "Selama ini kumencari-cari teman yang sejati buat menemani perjuangan ini". Oh, siapa sangka hadirmu membawa diri ini mengenali apa itu sebenarnya ukhwah.Kita berjauhan, namun Allah dekatkan hati kita. Cerita mu adalah ceritaku dan begitu juga sebaliknya. Tatkala diriku bersedih, kau datang memberi semangat buatku. Nasihatmu selalu menemaniku. Ya, kerana itu kau umpama cermin bagiku.. Sering kau katakan bahawa diriku lebih baik darimu.. namun, hakikatnya diriku banyak kekurangan malah sedikit kelebihannya wahai ya shbt. Tapi, dalam kelebihan dan kekurangan itu kita tetap bersama kerana bukankah persahabatan ini untuk saling melengkapkan?

Shbtku,
Ku tahu hatimu resah, tatkala dirimu meminta nasihat dariku. Dalam hidup ini, akan hadir saat2 dimana kita perlu membuat pilihan. Namun kita sering khuatir, adakah pilihan itu yang terbaik buat diri kita. Sukarnya membuat sesuatu keputusan, terutamanya yang bakal menentu perjalanan kehidupan kita. FirmanNya yang bermaksud:

"..Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagi kamu. Allah Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah:ayat 216)

Ya, "Wallahu yaklam, wa antum taklam." Jadi kepada siapa lagi harus kita sandarkan, melainkan pada Dia yang menciptakan kita! Dia jua yang telah menetapkan takdir buat kita di Lauh Mahfuznya dan takdir Allah itu begitu sempurna buat hambaNya.
"Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan apa yang di janjikan kepadamu." (Adz-Dzariyat:ayat 22)


Malah Allah telah menetapkan beberapa panduan untuk kita pilih.

"Dikahwini seseorang itu kerana empat perkara, harta, kecantikan, keturunan dan agama. Maka pilihlah yang beragama, nescaya beruntung diri."

"Pesan Abu Hurairah r.a. kepada puterinya: 'Pilihlah bakal suamimu orang yang bertaqwa kerana jika dia suka kepadamu, dia mendoakan kebaikan untukmu. Jika dia tidak menyenangimu, dia tidak akan berlaku zalim terhadapmu'

Teruskan doamu sahabat, memohon belas kasihan dariNya agar ditunjukkan jalan yang benar. Sahabatmu ini hanya boleh memberi nasihat sekadar mampu kerana segalanya adalah terletak padamu.. hasil dari petunjuk Allah buatmu. Adakah yang hadir itu benar, adakah masa yang tiba itu sesuai, adakah diri bersedia memikul sebuah tanggungjawab ataupun semua ini sekadar ujian dariNya buat diri? Pasrahkan hatimu memohon padaNya kerana mereka yang berdoa dengan ikhlas akan dimakbulkan doanya. InsyaAllah. FirmanNya yang bermaksud:

"Dan Tuhanku berfirman, "Berdoalah kepadaku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.." (Al-Mukmin:ayat 60)

Shbtku,
Saat ini, mari kita sama2 terus berusaha.. berusaha berdoa dan memperbaiki diri. Melengkapkan diri dengan ilmu, untuk menjadi amal kelak. Bukankah kita yakin pada janjiNya sebagaimana dalam firmanNya yang bermaksud:

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. (An-Nur:ayat 26)


Sekiranya kita melakukan sesuatu kerana Allah, pasti akan ada jalanNya. Jadi sandarkanlah jua urusan ini kerana Allah pasti hatimu akan lebih tenang. Bukankah kita ingin menyahut tuntutan ini kerana ALLAH dan RASULNYA? Ya, itu matlamat utama kita. Menyambung sebuah kesinambungan dakwah agar generasi kita menjadi rantai2 perjuangan. Menjadi sayap kiri perjuangan, dan menjadi ummi buat bakal rijaluddin. Maka, mari kita pelihara diri sebaik2nya dan kembali kepada syariat Islam. Usah terpedaya dengan hiasan2 dan bunga-bunga dari syaitan yang selalu berusaha menjatuhkan sebuah iman dalam hati.

Teringat sebuah kata2 dari sebuah novel Islamik

"Perempuan tidak perlu mendekati lelaki untuk mengetahui siapakah yang Allah takdirkan untuk dia. Yang Allah takdirkan untuk kita akan tetap datang walaupun kita mengelaknya. Peliharalah maruah agar dengannya kita boleh menuntut janji bahawa lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitu juga sebaliknya."

Sebuah doa, sebuah pengharapan.. diberikan HANYA padaNya.. Moga dirimu bertemu kebaikan.. InsyaAllah..

"Ya Allah, aku memohon akan Engkau memilihkan mana yang baik menurut Engkau Ya Allah. Aku memohon memberikan kepastian dengan ketentuanMu dan aku memohon dengan kemurahan Engkau yang Maha Agung, kerana sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Berkuasa, sedang aku tidak tahu, dan Engkaulah Tuhan yang Maha Mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi.

Ya Allah, jika Engkau mengetahui perkara ini baik bagiku, bagi agamaku, bagi penghidupanku, dan baik pula akibatnya bagiku, mudahkanlah ia bagiku dan berikanlah keberkatan bagiku di dalamnya.

Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini tidak baik bagiku, bagi agamaku dan penghidupanku, dan tidak baik akibatnya bagiku maka jauhkanlah hal ini daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya.

Berilah kebaikan di mana sahaja aku berada dan jadikanlah aku orang yang redha atas anugerahMu. Ameen."

Wassalam..

~ikhlas dari nik_khoir 08~

---------------------------------------------

~Mengejar sebuah impian untuk mendapat Cinta dan RedhaNya dalam setiap urusan. Membina harapan untuk menjadi seorang mujahidah..
"Ya Allah, peliharalah kami sebagaimana Engkau memelihara wanita-wanita solehah. Ameen"~

p/s: entry ini hanya dari seorang hambaNya yang terlalu banyak kekurangan, yang masih belajar erti sebuah kehidupan. Ia bukan sekadar ditujukan buat seorang adik, atau buat seorang sahabat.. namun turut ditujukan jua buat diri ini dan shbt2 muslimat sekalian. Allahu'alam.

Beberapa gmbr2 ini diambil dari laman http://testi.iluvislam.com. Kredit for iluvislam dot com =). Ana juga mencadangkan bacaan2 berikut. Klik MUTIARA SOLEHAH

2 comments:

Unknown said...

k.oni,satu coretan yg menyentuh jiwa seorng wanita..syukran..

Anonymous said...

salam..subhanallah..kak oni rupanya sangat pandai menulis. tahniah..=) hope to read more from your site. all the best