Pulang dari oncall petang pukul 7mlm tadi, sambil meredah hujan rintik.. hati ana berbunga riang apabila melihat sebuah pelangi terbentang di depan mata. Subhanallah, begitu cantik lukisan alam ini, begitu indahnya ciptaanMu.. Hati yang agak lesu kesedihan seharian hari ini tersenyum melihat keindahan itu.. Terima kasih ya Allah..
Hari ini yang berlalu, menguji diri ini. Bangun untuk menunaikan subuh pagi tadi, ana hampir2 terjatuh. "Giddiness" ana datang lagi. Ana selalu mengalaminya tanpa ana ketahui puncanya. Malah memang sukar untuk menafsirkan apakah giddiness itu kepada orang lain.
"Although a clear distinction between vertigo and non-specific giddiness or lightheadedness is useful in pinpointing diagnosis, many patients are unable to accurately describe the sensation that they are feeling."
Kepala ana pening, rasa nausea, berjalan rasa nak jatuh. Keadaannya akan bertambah apabila bangun dari sujud atau tidur. Mungkin kerana agak kepenatan beberapa minggu ini. Seusai morning ward round, ana mengambil peluang untuk berehat melelapkan mata sambil berdoa mg keadaan bertambah baik.
Bangun dari rehat, alhamdulillah, keadaan bertambah baik. Ana mengikuti kelas seterusnya disebelah tengahari, cuma saat memulakan kelas itu, air mata ini mengalir perlahan2. Ana tahu, ia sedikit sedih kerana tidak berpeluang menimba ilmu bersama2 shbt2 tadi kerana keadaan ana yang tidak mengizinkan. Ana tahu, diri ini ingin sekali menimba ilmu sebaik2nya.. lalu kupujuk hati, bersabarlah menerima ujian yang Allah berikan ini. InsyaAllah, mg Allah akan buka peluang untuk dirimu menuntut ilmu pada waktu lain. Bersabarlah.. dan jangan ragu2 padaNya pada saat kamu diuji Allah.
Syukur, hatiku mudah dipujuk. Sambil mengesat air mata yang berjuraian itu, ana kembali menumpukan perhatian pada kelas yang diberikan. Kdg2 ana rasa hati ana ini begitu mudah tersentuh. Mg hatiku lebih kuat selepas ini..InsyaAllah.
Teringat sebuah kata2 hikmah..
~Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari,
kemudian DIA datangkan pula guruh dan kilat.
Kita tercari-cari di mana matahari,
rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah..~
Subhanallah..
No comments:
Post a Comment