Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, syukur.. biiznillah, kita berpeluang bertemu lagi. Bertemu sebagai tetamu Ramadhan..
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.. Subhanallah, betapa besarnya kekuasaanMu Ya Allah, betapa pengasih dan penyayangNyaMu.. syukur kerana masih memilih diri ini untuk berada di dalam bulan keberkatan ini. Pada hari pertama berpuasa, terasa sebuah ketenangan dihati.. mungkin ini berkat sebuah bulan yang dilimpahi penuh dengan rahmatNya.
Kesempatan kali ini, ana ingin berkongsi ilmu dengan sahabat2 dari sebuah buku bertajuk "Bekalan di sepanjang dakwah" oleh Ustaz Mustafa Mashyur. Sesungguhnya jalan dakwah adalah jalan kehidupan seorang da'i kepada Allah swt... Dalam bermusafir dijalan ini, kita perlukan bekal agar terpelihara dari tergelincirnya kita dari jalan ini dan agar kita dapat meneruskan perjalanan menuju matlamat yang dicita2kan. Sesungguhnya bekalan yang terbaik ialah bekalan IMAN dan KETAQWAAN kepada Allah!!
"..dan dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik2 bekal itu ialah taqwa."
(Surah al-Baqarah: ayat 197)
Di dalam buku ini membicarakan beberapa perkara yang boleh kita jadikan bekal sebuah perjuangan.. diantaranya alquran, sirah, ibadat(solat, puasa, zakat, haji), qiamullail, zikir dan doa, mengikut sunnah, jihad fisabilillah, persahabatan dan amal salih.
InsyaAllah, sempena bulan Ramadhan ini, ana kongsikan hasil ringkasan pemahaman ana pada tajuk "Dalam ibadat puasa terdapat bekalan".
~Orang berpuasa itu akan mendapat pakaian taqwa yang merupakan perisai untuk mempertahankan diri. FirmanNya dlm surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud.. "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
~Puasa adalah ibadah yang istimewa kerana ia dinisbahkan secara khusus kepada Allah swt.
Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw bersabda :
"Allah Azza wa Jalla berfirman : "Setiap amal anak Adam (manusia) itu membawa manfaat bagi dirinya sendiri kecuali puasa, karena puasa adalah untukKu dan aku sendirilah yang akan membalasnya.
Puasa itu adalah perisai. Apabila ada hari puasa salah seorang diantara kalian, maka janganlah ia berkata kotor dan gaduh. Jika seseorang memakinya atau memusuhinya, hendaklah ia mengatakan : "Sesungguhnya aku sedang berpuasa".
Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam genggamanNya, bau mulut orang yang sedang berpuasa bagi Allah lebih harum daripada bau minyak kesturi.
Orang yang berpuasa mengalami 2 kegembiraan, iaitu kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu Rabbnya karena besarnya pahala puasa".
(HR. Bukhari dan Muslim)
~Kewajipan berpuasa terikat pada bulan Ramadhan. Bulan ini seolah disebut sebagai syurga yang amat luas. Seorang muslim yang merentasinya umpama berjalan di tengah2 padang pasir KEHIDUPAN yang bahang panasnya tidak terperi dan terpaksa menempuh pelbagai fitnah, maka puasalah yang menjadi bekalan dan memberi kebaikan kepadanya.
~Di dalam bulan ini terdapat kebaikan yang banyak dan berganda. Pada bulan inilah Al-Quran diturunkan, dan pada bulan inilah terdapatnya malam Lailatulqadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan. Jika kita mengetahui kebaikan bulan ini, nescaya kita mengimpikan agar sepanjang tahun dijadikan sebagai bulan Ramadhan!
~Pada bulan ini, pendampingan kita dengan al-quran akan bertambah, bertambahnya kita membaca, mengamal dan menghafal alquran.Inilah sumber bekalan yang sebenar. Kita juga akan melakukan qiamullail pada setiap malam selama sebulan. Dengan ini, ia membiasakan diri kita untuk melaksanakannya dan bersabar serta merasai kenikmatannya seterusnya menjalinkan hubungan berterusan, rasa khusyuk dan tunduk kepada Allah. Amalan iktikaf yang disunatkan, jika diamalkan juga akan medekatkan diri kepada Allah.
~Amalan puasa ini banyak kebaikan yang memberi bekal buat hamba2Nya.
1. Puasa menghasilkan sifat ikhlas dan mengelokkan ingatan hati kepada Allah, kerana ia adalah rahsia antara hamba dengan Tuhannya.
2. Puasa menghasilkan mujahadah terhadap keinginan nafsu dan jasad seterusnya akan membantu seseorang muslim untuk menegah diri dari melakukan perkara yang haram walaupun pada waktu2 lain selepas ini.
3. Puasa menghasilkan kesabaran. Ia akan membantu kita bersabar mengharungi halangan dalam jalan dakwah.
4. Puasa mendidik dan membendung anggota badan, lantas membentuk peribadi Muslim yang sebenar.
5. Puasa membentuk budi pekerti yang lemah lembut terhadap orang jahil. Sekiranya seseorang itu mencetuskan kemarahan, orang berpuasa itu akan cuba menahannya dan dengan lembut berkata: "Sesungguhnya aku berpuasa". Akhlak yang baik akan dapat dibentuk dan ia merupakan impak yang besar pada kemaslahatan dakwah.
6. Puasa mendidik hati mengasihani golongan miskin dan mereka yang memerlukan bantuan.
7. Semasa berpuasa, perut yang dikosongkan dan pemakanan yang dikurangkan akan menjadikan kedudukan roh itu lebih tinggi, hati menjadi jernih, lalu hijab dan tarikan duniawi akan terhindar dari diri.Hati akan menjadi terang dan nafsu pun bersedia untuk menjalani proses tazkiah yang akan melahirkan kebahagiaan dan keselesaan ruh dan perasaan taqarrub padaNya.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Sesungguhnya syaitan berjalan di dalam diri anak Adam melalui salur darah, maka sempitkanlah laluannya dengan berlapar. "
(Muttafaqqun 'alaih)
8. Puasa pada hari yang amat panas dapat mempersiapkan diri seorang Muslim dengan kesabaran dan kesanggupan mengharungi medan jihad, peperangan dan pertarungan dengan musuh atau menghadapi situasi sukar di dalam bidang dakwah.
9. Puasa mengajar seorang Muslim bergembira dengan taufik dan pertolongan dari Allah untuknya melaksanakan ibadat dan mengikhlaskan diri kepada Allah swt.
10. Puasa mengukuhkan pengertian jama'ah di dalam diri. Semua kaum muslimin diseluruh dunia berpuasa pada bulan ini.. sama2 merasai kebaikan puasa, lantas melahirkan perasaan kesatuan sesama Muslim.
~Rahmat Allah, dipermudahkan kita dengan membolehkan meninggalkan puasa sekiranya sakit atau bermusafir dengan menggantikannya atau membayar fidyah. Keringanan ini kerana Allah menyukai sesuatu yang baik buat kita, lantas Allah meringankannya sedikit sehingga kita tidak meninggalkannya langsung dan tidak mendapat kebaikan dan bekalan darinya.
~Puasa menghubungkan Muslim dengan alam semesta.. dimana dalam alam semesta ini wujudnya bulan..yang menjadi petunjuk untuk mengetahui permulaan Ramadhan dan Syawal. Dalam penciptaan Allah, ada tanda kebesaran dan kekuasaanNya!
~Puasa membiasakan Muslim menepati masa. Orang berpuasa akan meneliti waktu agar berbuka di awal waktu dan berjaga-jaga agar tidak makan setelah masuk waktu fajar.
~Puasa juga memberi kesihatan yang baik kepada jasad!
Sesungguhnya semua ini adalah bekalan dan kesan tarbiyyah dari puasa. Mereka yang benar niatnya dan berpuasa sebagaimana yang dikehendaki Allah dan diajar oleh Rasulullah akan senang melaksanakan ibadah ini.
Namun, pada hari ini, bulan puasa telah menjadi bulan menjamah dan memperbanyakkan makanan, juga menjadi bulan yang melekakan dan berjaga malam dengan perbuatan sia-sia. Keadaan ini tidak diredhai Allah dan RasulNya, jadi kita mestilah berusaha membetulkannya.
Semoga Allah swt memanfaatkan kita dengan Ramadhan dan bekalan puasa.. InsyaAllah..
Allahu'alam.
No comments:
Post a Comment