Harini sudah memasuki malam ke 22 Ramadhan. Hanya tinggal 8 hari penuh barokah di bulan ini. Kedengaran kini alunan lagu hari raya, malah seawal 15 Ramadhan radio-radio telah memutarkannya. Ntah.. ana teringin untuk menikmati lagu raya tersebut bagi membangkitkan rasa bahagia menyambut Aildilfitri, namun hati ana meronta-ronta, sedih dan sayu apabila mengenangkan Ramadhan yang bakal berakhir. Kebetulan juga, seminggu ini, dengan urusan tugasan dan imtihan, badan dan fikiran agak penat, membuatkan diri tidak fokus untuk menambah amal ibadah. Mata yang kepenatan, diri yang keletihan.. kadang2 pulang dari solat sunat tarawikh dengan rasa hambar, kadang membaca alquran yang akhirnya mengundang mengantuk, kadang solat malam hanya sekadar rakat yang mampu, kadang kepenatan hanya mengiizinkan diri bangun meneguk air kosong sebagai sahur. Adakalanya diri mengeluh.. penatnya terasa.
Namun, bila bermuhasabah kembali, ana sedar ana harus berubah. Ana rindu pada saat di awal Ramadhan.. Oh.. sayu terasa mengingatkan Ramadhan yang menanti senja akhir ini. Tapi diri masih leka, fikiran masih dioccupied dengan istilah "penat". Ya, ana harus berubah.. Jangan disalahkan tanggungjawab yang harus disempurnakan kerana itu amanah, kerana itu tarbiyyah untuk masa hadapan.. yang harus diperbaiki adalah diri, yang seharusnya bangun berazam menggunakan semaksima mungkin masa berbaki sebaik2nya..
InsyaAllah. "Ya Allah, berilah kekuatan padaku untuk mengharungi Ramadhan ini.. La haula wala quwwata illa billah.. "
Lailatulqadar, malam kemuliaan yang di nanti-nanti mukmin-mukmin yang beriman. Malam berkah yang lebih baik dari seribu bulan. Allah swt telah menukilkan ayatNya yang menerangkan tentang malam ini dalam surah AlQadr,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Qadar.
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.
Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin TuhanNya untuk mengatur semua urusan.
Sejahteralah malam itu sehingga terbit fajar.
(Surah Al-Qadr: ayat 1-5)
Malam ini adalah malam impian. Impian untuk beroleh keampunan dariNya... Mari sama2 kita memburunya..
Saidatina A'isyah ra bertanya pada Rasulullah,
"Apa pendapat kamu Ya Rasulullah jika aku berjumpa dengan Lailatul Qadar dan apa yang hendak aku ucapkan? Jawab baginda : Katakanlah : Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang memberi kemaafan, Engkau mencinta kemaafan, maka maafkanlah aku"
(Hadith Riwayat Ibn Maajah dan Imam al-Tirmidzi).
nik_khoir, ahad 21 Ramadhan 1429H.
p/s: menitis air mata ini tatkala kulafazkan.. "Ya Allah, andai ini Ramadhan ku yang terakhir, jadikan ia Ramadhan yang terbaik dalam hidupku. Ameen"
No comments:
Post a Comment