Sunday, September 14, 2008

Sebuah pertemuan



Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, sabtu lepas, Allah izinkan hati2 itu bertemu. Hati2 yang sekian lama mengikat sebuah ikatan ukhwah. Syukur, anugerah ukhwah ini Allah suburkan kembali dengan sebuah pertemuan. Sekalipun tidak semua yang dapat hadir.. rasa rindu itu tetap menemani kami yang hadir.. Tenang rasa hati ini dengan senyuman dan senda gurau shbt2. Makan bersama, istirehat bersama, qiam bersama.. menghidupkan hati kami yang rindu pada tarbiyyah.

Alhamdulillah, seusai kami iftar bersama2 dan solat maghrib, kami menghalakan tujuan kami untuk menunaikan solat isyak dan solat terawih di Qaryah Ramadhan. Syukur, walaupun berada berdekatan, inilah kali pertama ana dapat ke sini, menunaikan solat bersama2 warga Kota Bharu Bandar Raya Islam. Alhamdulillah..

Qaryah Ramadhan MPKB-KBRI
Qaryah Ramadhan MPKB-KBRI dapat sambutan

p/s: Buat sahabat tersayang, Dr.Siti Hafizah dan Dr.Nurul Diyana.. Selamat Berjuang, menunaikan amanah, taklifan dariNya di perantauan orang. Ana pasti merindui antunna. Kuatkan semangat dan yakinlah Allah sentiasa bersama antunna. Go go for dakwah.. kerana itulah tanggungjawab sebenar seorang hambaNya. Allahughoyatuna!

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum shbt, alangkah indahnya saat kita semua bersama. Biarpun seketika, cukuplah dpt menatap wajah shbt2 tercinta.Moga ada kesempatan lagi di lain waktu.Jika bukan di sini..insyaAllah di sana. Ku doakan kalian berbahagia dan terus tabah di jalan ini

BuRuuj said...

selamat berpuasa oni. teringat lak kenangan berpuasa di kmk. seronok kan? huhu....

Anonymous said...

assalamualaikum sahabat syg,
jazakillah for your du'a dear...Kami akan merindui antunna juga, insya Allah, kerana hati kita dipegang olehNya..setakat ni, diyana n fizah di kuching.

Moga segalanya dipermudahkan Allah. Teruskan usahamu meraih yang terbaik drNya..Moga kita kan trus tsabat.

Moga ketemu di Sana, insya Allah :)

nik_khoir said...

To hafizah dan diyana:
Pastinya hati ini turut merindui antunna.InsyaAllah, ada rezekiNya, kita pasti bertemu.. jika bukan disini.. mg disana yang penuh bahagia. Terima kasih atas doamu.
Sm2 kita saling menghadiahkan doa sesama kita sebagai tanda ukhwah ini.. =)

To buruuj@ dila:
Selamat Menyambut Ramadhan juga buat dila.emm, kenangan di kmk, sebuah kenangan indah yang pasti xdapat dilupakan.hehe, teringat time kita makan moreh sama2 after solat tarawikh kat surau kmk =)