Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, Aidilfitri menjelma jua.. syukur, atas nikmat yang dikurnia Allah ini. Hari yang penuh dengan kebesaranNya. Takbir, tahmid dilaungkan dengan penuh meriah di mana2 jua.. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Terasa kebesaran Allah, Tuhan Maha Mencipta dengan kerahmatanNya meneduh seantero alam. Mudah2n pengakhiran Ramadhan ini, kita beroleh keampunan dariNya. Menjadi titik permulaan untuk terus melaksanakan kebaikan di bulan2 seterusnya, hasil tarbiyyah selama sebulan. Moga Allah menerima segala amalan kita semua. InsyaAllah.
Raya tahun ni, hanya keluarga kakak yang berada di Sabah tak berpeluang pulang ke kampung (chek, jangan sedih2 ye). Alhamdulillah, semua keluarga dapat berkumpul walaupun bukan pada hari raya pertama, sekurang2nya ibu ayah dapat bertemu dengan dengan anak2nya.. sekurang2nya ana dapat bertemu anak2 saudara ana yang comel2 semuanya kan. Hehe.. emm, ni pun dah mula rindu kat keletah diorang.. Subhanallah, semakin dewasa diri ini, semakin matang diri ini menilai erti sebuah kasih sayang keluarga. Tempat bermula dan tumbuhnya kasih sayang tanpa syarat di hati ini. Alangkah indahnya andai kasih sayang ini dapat kita semai hingga ke syurgaNya kelak.. Moga Allah berkati kita sekaliannya. InsyaAllah..
".. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur."
(Al-Baqarah:185)
Alhamdulillah.. terima kasih ya Allah.
p/s: mari sama2 kita tambahkan amal kebaikan.. berpuasa sunat enam hari di bulan syawal. InsyaAllah. Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa berpuasa ramadan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti puasa setahun" . (HR Muslim dan Imam Ahmad).
No comments:
Post a Comment