Saturday, October 11, 2008

"Verses of Love"

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah, masih diberi peluang kehidupan untuk terus mengumpul bekal kebaikan. Alhamdulillah, masih berada dalam nikmat IMAN dan ISLAM.
Terima kasih Ya ALLAH..

Ana bukan ingin menulis tentang filem "Ayat-Ayat Cinta" tetapi ingin membawa sahabat2 semua menghayati ayat-ayat yang begitu dekat dengan diri kita semua, yang dihadiahkan Allah kepada hambaNya, yang menjadi mukjizat kekasihNya, yang dijadikan panduan dalam hidup kita.



Alhamdulillah, tarbiyyah Ramadhan menjadikan diri ini begitu ingin dekat dengan ayat2Nya. Semuanya bermula pada Ramadhan tahun lepas, apabila diri ini berazam untuk membaca alquran dan terjemahannya selepas setiap kali solat, walaupun hanya 1 ayat. Syukur, Allah bagi kekuatan melaksanakan azam itu, dan dapat diamalkan juga selepas berakhirnya bulan Ramadhan. Namun, selepas beberapa bulan, amalan itu menjadi semakin hambar.. oh, diri ini gagal untuk istiqamah ya Allah.

Ramadhan kali ini, Allah hadirkan semula perasaan itu.. Merasai betapa indahnya ayat2 Al-Quran itu, cukup menenangkan hati, cukup memberi manfaat dan panduan diri. Bagi mereka yang fasih dalam bahasa Arab pasti akan lebih menghayatinya. Diri ini berharap moga kenikmatan berdampingan dengan Al-Quran yang Allah kurniakan ini kekal dalam diri. InsyaAllah, mari kita sama2 istiqamah sahabat2 semua..

Sebuah pengalaman ana di bulan Ramadhan ini, sewaktu pulang dari solat sunat tarawikh. Bertemankan cahaya bulan yang indah, dihiasi suasana malam yang tenang.. waktu itu ana mengeluh.. mengeluh kepenatan mungkin, mengeluh memikirkan apakah nasibku di masa hadapan nanti. Lantas, ana teringat pada sebuah terjemahan ayat dalam surah Al-Maarij yang dibaca sewaktu tadarrus kami..
"Sungguh, manusia itu diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan, dia berkeluh kesah." (ayat 19-20)

Setibanya ana di bilik, ana terus membuka Al-Quran tersebut dan membaca surah tersebut.
"Maka, bersabarlah kamu dengan kesabaran yang baik." (ayat 5)

Apabila di baca lagi ayat2 dalam surah ini, berjuraian air mata ku...
(Ingatlah)pada hari langit menjadi seperti tembaga cair,
Dan gunung-ganang pula menjadi seperti bulu (yang berterbangan).
Dan sahabat karib tidak bertanyakan hal sahabat karibnya, (kerana tiap-tiap seorang sibuk memikirkan hal keadaannya sendiri),
Sedang mereka saling melihat. Pada hari itu, orang yang berdosa ingin sekiranya dia dapat menebus (dirinya) dari azab itu dengan anak-anaknya sendiri,
Dan isteri serta saudaranya,
Dan kaum keluarganya yang melindunginya,
Dan juga sekalian makhluk yang ada di bumi, kemudian mengharapkan (tebusan) itu dapat menyelamatkannya.
Sama sekali tidak!
Sungguh, neraka itu api yang bergelojak,
yang menggelupaskan kulit kepala.
(Ayat 8-16)

Astaghfirullah.. ana bermuhasabah, teresak2 menangis , bertanya pada diri.. bagaimana keadaan diriku ini pada hari akhir kelak, hari yang tiada naungan selain naungan Allah?..

Dan sesungguhnya ayat2 inilah juga yang telah menitiskan air mata seorang shbt sewaktu kami bertadarrus bersama2 di malam hari.. sungguh sayu keadaan waktu itu.

Marilah shbt2 ku, juga diriku.. sama2 kita menghayati dan mengamalkan ayat2Nya. Menjadi penyejuk hati tatkala hadir api kemarahan, menjadi pembakar semangat tatkala putus asa, menjadi jawapan dan panduan tatkala hilang punca.. malah amatlah baik andai kita mampu menjadikannya teman setiap masa.
"Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku dalam keadaan muslim, dan gabungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh".
(Surah Yusuf:ayat 101)
p/s: "Ya Allah, dengan Al-Quran, kurniakanlah kasih sayangMu kepadaku. Jadikan Al-Quran ini sebagai imam, cahaya, hidayah, dan sumber rahmat bagiku. Ya Allah, ingatkan ku apabila aku terlupa, ajarkan padaku apabila aku tidak memahaminya. Kurniakanlah kepadaku kenikmatan membacanya, sepanjang waktu, baik malam atau tengahari. Jadikanlah Al-Quran ini bagiku sebagai hujjah, ya Rabbal 'Alamin.."

2 comments:

Muhammad Ibn Ismail said...

slam ukhuwah,
sy diselatan semenanjung sukar rasanya (atau sy yg masih belum diizinkan) bertemu rkn yg seiring dgn islam baik dr bicara hidup mahu politiknya. islam perlu kebebasan berilmu, dn sahabat seperjuangan. akhirnya sy memilih membaca blog spt ini dr berbual rancak bersama rakan2. emm tp x tau pula sy bagaimana cara nk berbual di maya intrnet ni. em hijaunya sy dlm ilmu allah yg satu ni. hrp dpt ukhuwah dn tunjuk ajar dr saudari dn rkn yg lain. insyaallah. wassalam

nik_khoir said...

to muhammadshaifulbahri

Salam ukhwah juga buat saudara.Alhamdulillah,teknologi IT yang pesat seumpama blog ni ada kebaikan dan keburukannya.Apapun,sebagai hambaNya yang diberi akal untuk menilai,gunakanlah ia dengan cara yang baik.Mg Allah buka pintu kita untuk menilai mana maklumat yang haq dan batil.Jadikan usaha penulisan dan pembacaan dalam laman2 web yang bermanfaat sebagai salah satu cara untuk berdakwah dan juga untuk menambah ilmu.Carilah kebaikan dimana jua,namun sandarkan ia untuk mencari redhaNya.

Ana pun masih baru disini,hanya sekadar memberi sedikit kebaikan selagi Allah masih mengurniakan peluang.Mg saudara juga terus berusaha memberi kebaikan walaupun sedikit cuma.. moga ia disertakan dengan hati yang ikhlas,dan kita mohon moga Allah memberikan pahala kebaikan di akhirat kelak.InsyaAllah.