Wednesday, December 03, 2008

Berkorbanlah..

Bismillahirrahmanirrahim.




Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt, kerana masih diizinNya, untuk terus berada di perjuangan kehidupan. Syukur juga kerana hingga saat ini hati ini tetap dalam iman dan Islam. Hati kita ini milik Allah, begitu mudah dibolak-balikkan, hanya rahmatNya juga yang mengizinkan kita untuk sentiasa dalam petunjukNya..
Maafkan hambaMu ini atas kelalaian dan kealpaan diri, yang pastinya ada, kerana diri ini hanya insan yang lemah. Ighfirli ya Allah..

Alhamdulillah juga, kerana masih diberi peluang menulis di saat2 sebelum pulang ke rumah kasihsayangku untuk cuti hari raya aidiladha. Alhamdulillah, it's holiday.. (Yippie!!!)

InsyaAllah, kesempatan yang ada ini, ana ingin sama2 membawa diri ini, juga sahabat2 sekalian, menghayati hikmah dan kebesaran Allah di hari raya yang bakal kita sambut minggu hadapan, pada hari Isnin, 10 Zulhijjah 1429H. InsyaAllah.

Hari Raya Aidiladha, di dalamnya terdapat 2 ibadah yang dituntut Islam iaitu ibadah haji di Makkah dan juga ibadah korban, dan kerana itulah juga hari raya ini juga dikenali sebagai hari raya korban dan hari raya haji. Terdapat satu peristiwa bersejarah yang dikaitkan dengan hari raya ini dan juga ibadah korban iaitu ketika Nabi Ibrahim a.s diperintahkan Allah supaya menyembelih anaknya Ismail a.s. Sesungguhnya peristiwa bersejarah ini harus kita jadikan iktibar dan semangat dan juga ibadah korban yang disarankan didalam di hari raya ini harus kita dalami hikmahnya.

Di dalam surah As-Saafaat, ayat 99-102, Allah telah menceritakan kisah ini, dengan firmanNya yang bermaksud:
"Dan Nabi Ibrahim pula berkata: “Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Ia akan memimpinku (ke jalan yang benar)."Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!”.Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.
(Surah As-Saafaat:ayat 99-102)
Subhanallah..betapa kuatnya keyakinan Nabi Ibrahim as menuruti perintah Allah tanpa ragu.. walaupun Nabi Ismail a.s itu adalah anak yang ditunggu2nya selama ini, dan setelah anak itu mencapai usia dewasa, anak itu bakal disembelihnya. Dan anaknya Nabi Ismail a.s juga tanpa ragu, tidak membantah, meminta ayahnya menyempurnakan perintah Allah itu. Subhanallah, hebatnya ketaatan dan kesediaan mereka untuk berkorban kepada Allah! Marilah kita ambil iktibar dan contoh sejarah ini wahai sahabat2 sekalian.

Di dalam satu riwayat, ada diceritakan, sewaktu peristiwa penyembelihan itu berlaku, Nabi Ibrahim a.s menghampiri anaknya lalu meletakkannya di atas tempat sembelihan. Sedang isterinya, Siti Hajar menoleh ke belakang supaya dia tidak nampak penyembelihan yang akan berlangsung. Nabi Ismail a.s meminta ayahnya meletakkannya secara mengiring atas pipinya, supaya dia tidak melihat ayahnya, begitu juga supaya ayahnya tidak bertentangan mata dengannya ketika dia disembelih. Dan pada saat ini, sewaktu Nabi Ibrahim a.s mula untuk menyembelih anaknya, kekuasaan Allah swt telah berlaku. Pisau tajam yang digunakan telah gagal melukai leher Nabi Ismail walaupun berkali-kali diasah dan walaupun berulangkali penyembelihan cuba dilakukan.

Subhanallah.. Allah telah menilai kesungguhan dan ketaatan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, juga tawakkal mereka dengan berserah sepenuhnya kepada Allah, lalu Allah swt telah membalas mereka dengan balasan yang baik, setimpal dengan ketaatan mereka!

Firman Allah swt lagi yang bermaksud:
"Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami), Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu".

Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: "Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!".Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
(Surah As-Saafaat:ayat 103-110)

Demikianlah sebuah kisah yang dinukilkan dalam Al-Quran, buat iktibar dan peringatan kepada kita semua. Ambillah hikmahnya, mudah2n hari raya aidiladha yang bakal kita sambut menjadi lebih bermakna dan mudah2n semangat pengorbanan ini terus hidup dalam perjuangan kehidupan kita sehari-hari. InsyaAllah.

Berkorbanlah, dengan hati IKHLAS. Mudah2n ibadah korban yang bakal dilaksanakan dan ibadah2 kita yang lain diterima Allah. InsyaAllah.



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan."
(Hadis riwayat At-Tirmizi)


Allah swt berfirman dalam surah Al-hajj, ayat 37 yang bermaksud:

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu.
Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.
(Surah Al-Hajj:ayat 37)


Disini juga ana sertakan amalan2 sunnah untuk dilakukan di bulan Zulhijjah. Syukran VOI yahoogrups atas ilmu yang disampaikan. Terima kasih ya Allah, atas ilmu ini.

1) Berpuasa sunnah pada 9 Dzul Hijjah

"Adalah Rasulullah saw berpuasa pada 9cDzulhijjah, hari `Asyura, tiga hari pada setiap bulan, Isnin pertama setiap bulan dan Khamis." (HR Abu Dawud dan an-Nasai, di nilai Sahih oleh Shaikh al-Albani).

2) Menyembelih Korban

"Maka sholatlah untuk Rabb-mu dan berkorbanlah." (Surah Al- Kautsar: ayat 2)

"Barangsiapa yang memiliki kelapangan (harta) namun tidak mahu berkorban, maka janganlah dia sekali-kali mendekati tempat sholat kami." (Shahih Ibnu Majah (no. 2532)).

3) Solat Eid di pagi 10 Zulhijjah

Dari Abi Sa'id al-Khudri r.a beliau berkata :Rasulullah saw keluar pada hari Adha atau Fitri ke musholla (tanah lapang)…" (HR al-Bukhari).

4) Bertakbir pada hari Tasyri' (10, 11, 12, 13 Zulhijjah)

5) Mereka yang mahu melakukan korban, sunnah tidak memotong kuku dan bulu di tubuh sendiri dari awal bulan Zulhijjah hingga 10 Zulhijjah.

Diriwayatkan dari Ummu Salamah Radhiyallahu `anha dari Nabi saw beliau bersabda:
"Ertinya : Apabila sepuluh hari pertama (Dzulhijjah) telah masuk dan seseorang di antara kamu hendak berkorban, maka janganlah menyentuh rambut dan kulitnya sedikitpun" (HR Muslim).

EID el ADHA buat sekalian umat Islam..



Sama2 kita hayati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s, juga pengorbanan Rasulullah saw dan para sahabat.
PENGORBANAN mereka hadir kerana keyakinan mereka yang teguh pada Allah! Sejauh manakah keyakinan kita?
Berkorbanlah dengan hati ikhlas.. mengharap hanya redha dariNya.. InsyaAllah.

Wallahu'alam. Ilalliqa'

2 comments:

BuRuuj said...

berkorbanlah...ternyata setiap saat kita pasti akan mengorbankan sesuatu atau terkorbankan sesuatu. contohnya masa. betul x?

nik_khoir said...

to buruuj (^_^)

benar katamu shbt.namun,tanpa keikhlasan apalah erti sebuah pengorbanan.jd,marilah kita meletakkan Allah sbg tujuan,agar setiap detik yg dilalui menjadi ibadah..InsyaAllah.