Tuesday, December 16, 2008

Cerita Raya

Bismillahirrahmanirrahim

Cerita semasa raya

Alhamdulillah, lebaran haji kali ini, sekali lagi semua ahli keluarga dapat berkumpul. Cuti sekolah plus cuti raya aidiladha. Ana kira pastinya ibu dan ayah yang paling gembira apabila melihat anak2 semua dapat pulang ke pangkuan. dan ana..cukup "bahagia" juga..huhu.

Cuti raya aidiladha ana tak lama, namun alhamdulillah, bersyukur dengan apa yang diperoleh kan? Hari raya ke2 sudah perlu pulang ke kampus, walau hati keberatan, walau abang cakap "xyoh la balik lagi", namun 1 hari pengajian sebagai medical student itu cukup berharga.


Menu raya wajib kami ialah ketupat pulut daun palas. Emm, nampaknya tahun ni bertambahla orang yang mahir membungkus ketupat ye.. he2. Boleh la k.nik letak jawatan membungkus ketupat raya nanti. Raya kali ini kami juga membuat hidangan istimewa.. nasi dagang dan laksa lemak. Yum..yum. Juga sempena solat hajat buat kakak iparku dan kakakku.. bakal mendapat permata hati! InsyaAllah, mg dipermudahkan kelahiran.
Alhamdulillah, ana berpeluang juga makan daging korban walau sempat menjamah sedikit sahaja. Apapun, bersyukur padaNya!

Cuti kalini pun kena motivate kat abang bila ana mengadu cabaran sebagai medical student dan doktor kelak (insyaAllah). Nasihat yang ana peroleh, jadikan cabaran itu sebagai amanah dan sebagai tanggungjawab, dan paling hebat jika kita dapat menjadikan cabaran itu sebagai JIHAD!
Sesungguhnya perjuanganku to being a dokturah, tiada daya dan kekuatan melainkan dari Allah..

Alhamdulillah, mdh2n Allah swt memberkati kita sekaliannya di hari lebaran ini.. menyuburkan kembali kasih sayang dan mg ia kekal hingga ke syurgaNya kelak. InsyaAllah..

Cerita selepas raya

Pulang ke kampus kali ini, kebanyakan kami, 5thy student sudah mula menghitung hari. Countdown towards imtihan PRO3... Bahang exam semakin terasa, apatah lagi apabila kini kami akan mula mengisi borang2 untuk penempatan bertugas dan temuduga.

Balik raya ni, ana develop viral fever URTI. Syukur, demamnya hanya mild. Awal2 demam, "syahid" awal juga dimalam hari tanpa sempat mengulangkaji pelajaran. Alhamdulillah, keadaan bertambah baik sekarang. Emm, being a medical student, nak minta cuti 1 hari pun susah.. bukankah 1 day class for us is very valuable...

Exam dah dekat.. jadi.. nak study dulu (^_^).. Huhu, maaf, entry kali ini hanya sekadar bercerita..
Hingga bertemu lagi. InsyaAllah

p/s: Doakan kami sekaliannya, agar perjuangan ilmu kami sentiasa diberkatiNya. Beroleh yang baik dalam imtihan kelak.
Mg ayat ini sentiasa menjadi ikrarku..
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah Ta'ala".
InsyaAllah

4 comments:

BuRuuj said...

oni...chaiyo'!!!

insyaallah...moga Allah mempermudahkan segala urusan..;)

Anonymous said...

Sedapnya ketupat pulut.Tapi kenapa ketupatnya kurus?

Nafsah Dulajis said...

assalamualaikum wbt
slmt bejuang jg ukhti. 5th year ya, bestnya! :D

jgnla sebut2 mknn msia yg xde kat sini tuh...hurm...T_T

nik_khoir said...

to buruuj:
Syukran shbtku,dila.doakan shbtmu ini sokmo =)

to anonymous:
Opps.. lupe nak tulis,picture ketupat tu ambik dari internet.xsempat nak amik picture raya baruni..ketupat laku sangat. ketupat kami chubby2..hehe

to khairaummah:
wa'alaikumussalam dik.
InsyaAllah,sm2 kita berjuang.
Hehe,xpe,sbr ye dik..nanti dah jadi muslimah dokturah balik berkhidmat di sini jgk kan..(^_^)