Sunday, November 14, 2010

Selamat Hari Lahir.. buatku

Wahai diriku..
Renungilah kata Imam Al-Ghazali rhm ini..

"Pertama telah kupandang makhluk yang banyak ini..

Maka aku saksikanlah bahawa
tiap-tiap mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat.
Sebahagian daripada kekasih itu hanya mendampingi
sampai ke sakit yang membawa maut
dan sebahagian hanya sampai ke tepi liang kubur.
Setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkan kekasihnya seorang diri.
Tidak seorang pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburkan di dalamnya.
Yang demikian tidak kudapati selain amal yang soleh.
Sebab itu,
maka kuambil ia menjadi kekasihku,
supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kubur,
menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri."


"Ya Allah ya Tuhanku, aku memohon kasih sayangMu, dan kasih orang yang mencintaiMu, serta (kasihkan) amalan yang mendekatkanku kepada cintaMu. Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah kasihMu lebih aku sukai berbanding diriku sendiri dan ahli keluargaku dan daripada air sejuk"
(Riwayat al-Tarmizi)

p/s: Selamat Hari Lahir buat diriku.. usia yang bertambah, muhasabahlah, agar iman dan amalmu juga kian bertambah kerana umur yang meningkat itu bermakna bertambah dekatnya usia manusia itu pada sebuah pengakhiran.. Astaghfirullah..

No comments: