Wednesday, September 13, 2006

Jadilah hambaNya yang bersyukur..

Success is no fable
Just work hard..
Anybody can be successful
It’s a matter of wanting to
Then doing what it takes to achieve it!
But one thing for sure,
Allah knows the best!!

Alhamdulillah.. dengan rahmat kasih sayangNya, ana masih diberi kekuatan untuk melaksanakan amanah sebagai seorang pelajar perubatan hingga ke saatni. InsyaALLAH, mudah2n amanah ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
La haulawala quwwata illa billah..
Last 2 days, adalah kali ke2 ana oncall kat labour room bagi posting O&G... dapat peluang untuk masuk OT untuk tengok LSCS (lower segment caesarian section). Melihat kecekapan dr2 dan staf2 membuatkan ana kagum seketika..
Subhanallah.. Maha Suci Mu Ya Allah atas kurniaan ilmu yang Kau berikan kepada kami.. mudah2n kami dapat melaksanakan amanah ilmu ini sebaik mungkin dan mudah2n Kau berikan kekuatan padaku dan sahabat2ku untuk meneruskan perjuangan disini . InsyaAllah..

Pengalaman kat labour room mengajar ana hakikat diri kita yang sebenar. Bagaimana seorang ibu berjuang untuk melahirkan anak, bagaimana seorang bayi berjuang untuk hidup, bagaimana seorang doktor berusaha untuk menyelamatkan nyawa. Hakikatnya kita semua hanyalah hambaNya, dan kita milikNya..
ALLAH, Dialah Tuhan Maha Berkuasa ke atas hamba2Nya. Lahirnya kita ke dunia ini dengan izinNya dan dengan nikmatNya yang begitu banyak. Dan kita punyai amanah untuk dilaksanakan iaitu sebagai khalifatullah dan amanah untuk beribadat padaNya.

Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu”
(Adz-Dzariyat:56)

Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat yang dikurniaNya.. terlalu banyak anugerah darinya dan namun kadang-kadang terlalu sedikit kita bersyukur padaNya..
Marilah sama-sama kita kan syukur padaNya atas segala anugerah dariNya yang begitu bernilai dalam kehidupan kita..
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani agar kamu bersyukur” (An-Nahl: 78)

Amsyar, my nephew..=)

No comments: