Manusia dalam hidup ini mempunyai cita-cita yang luas, tujuan yang dekat dan jauh. Tetapi jalan menuju ke situ sangat panjang dan banyak likunya. Dalam pada itu, rintangan bukan sedikit, sebahagiannya dari `alam dan sunnah Tuhan di dunia ini, dan sebahagian datang dari bangsa manusia sendiri. Sebab itu, diperlukan perjuangan yang berat dan pekerjaan yang terus-menerus, bagi mengatasi segala kesulitan dan menghilangkan berbagai rintangan, supaya tujuan dan cita-cita dapat tercapai. Maka bagi manusia yang mempunyai tujuan dan cita-cita, perlu ada kekuatan tempat bersandar dan yang dapat menolongnya dalam memudahkan segala kesulitan, mengatasi berbagai rintangan dan menunjukkan jalan yang patut ditempuh.
Kekuatan yang diharapkan ini hanyalah bertemu di bawah naungan `aqidah dan di lapangan iman kepada Allah. Iman itulah yang dapat menolong, memberikan kekuatan jiwa dan jiwa yang kuat.
Orang beriman merasa dirinya dalam kurnia Allah. Dan hanya takut kepada seksaan Allah dan tidak gentar menghadapi sesuatu selain dari Allah. Sebab itu, orang beriman menjadi kuat, biarpun di tangannya tidak ada senjata. Dia menjadi orang yang bercukupan dan kaya, walaupun dalam perbendaharaannya tidak bertumpuk emas dan perak. Dia menjadi mulia, walaupun di belakangnya tidak ada keluarga dan pengikut yang banyak. Dia berdiri teguh dan kuat, walaupun bahtera kehidupan telah bergoncang dan dikepung ombak dari segala penjuru. Orang beriman itu, kerana imannya, dia menjadi lebih kuat dari lautan, gelombang dan angin taufan. Kekuatan serupa ini, yang dipunyai perseorangan, akan menjadi sumber bagi kekuatan masyarakat. Alangkah berbahagianya sesuatu masyarakat, yang mempunyai anggota-anggota yang kuat dan teguh hati! Alangkah malangnya suatu masyarakat yang anggotanya terdiri dari orang-orang yang lemah! Tidak menolong teman, tidak menggentarkan lawan. Tidak dapat bangun dan bergerak dan tidak berkibar benderanya.
Pokok-pokok kekuatan orang beriman
Orang beriman itu menjadi kuat dan mempunyai kekuatan kerana:
a) Mempercayai Allah
“Jika Allah menolong kamu, tidak ada apa yang akan dapat mengalahkan kamu. Dan jika Dia membiarkan kamu, siapakah yang dapat menolong selain dari padaNya? Dan kepada Allah, hendaklah orang-orang beriman itu bertawakkal” (Ali-Imran:160)
b) Mempercayai kebenaran
“Dan katakan: “Telah datang kebenaran dan hilang kepalsuan. Sesungguhnya yang palsu itu pasti lenyap” (Al-Isra’:81)
c) Mempercayai kehidupan yang kekal
Seorang penyair berkata:
Kematian itu hanyalah satu perjalanan, dari tempat yang fana menuju tempat yang kekal abadi.
d) Mempercayai qadar
“Katakan:“Tiadalah akan menipa kamu, selain dari apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hendaklah orang-orang beriman itu menyerahkan diri kepada Allah” (At-Taubah:51)
e) Mempercayai persaudaraan
----------------------------------------------------------------------------------
Buat sahabat2 yang dikasihi..
Kuatkan semangat, jangan mudah berputus asa. Antunna dipilih Allah atas kelebihan yang dianugerahkan Allah. Letakkan pengharapan antunna hanya padaNya...
InsyaAllah, Allah ma’ana.
Ya Allah, jaga sahabat kesayanganku..
Kuatkan langkah kakinya di jalanMu,
Kuatkan jasadnya dengan rahmatMu,
Kuatkan ruhnya dengan RuhMu,
Buat ia tersenyum hingga disyurgaMu kelak kami bertemu..
Kuatkan langkah kakinya di jalanMu,
Kuatkan jasadnya dengan rahmatMu,
Kuatkan ruhnya dengan RuhMu,
Buat ia tersenyum hingga disyurgaMu kelak kami bertemu..
=)
No comments:
Post a Comment