Sunday, December 03, 2006

"Belajar rajin-rajin"

Assalamu`alaikum shbt2 sekalian.

Alhamdulillah, biiznillah, dapat balik umah gak mingguni. Walaupun agak keberatan untuk pulang, desakan hati untuk pulang membawa diri ini pulang jua...
Bila sampai ke rumah, rupa2nya abe nik dan kchek sekeluarga pun dah pulang sempena cuti sekolah ni.

Emm.. akhirnya terubat jua kerinduan pada Mek Ayah, family dan mujahid2 kecil ana. Alhamdulillah, tenang melihat wajah kedua ibu-bapaku.. Syukur Ya Allah ats anugerah ini..Teringat pesan mek selepas ana bersalaman dan mengucup pipinya pg td..lembut suaranya, sambil tersenyum.."Belajar rajin-rajin". Terasa hangatnya tangan seorang ibu yang penuh kasih sayang. InsyaAllah.. diri ini akan cuba berusaha sedaya yang termampu untuk buat yang terbaik. Mg Allah beri kekuatan pada diri ini..

Arini agak penat gak setelah seharian menemani kakak2ku jalan2.. sempat gak menjenguk adik sewaktu kami solat di masjid Muhammadi. Alhamdulillah, sakit perutnya dah berkurang.. semalam, adik ana mengadu, sakit perut.. "Doc, nak wak cmne..scot perut(fullness of stomach)".

Mlm pun dah semakin panjang.. InsyaAllah, esok start posting bru..posting paedatric. Semoga segala urusan dipermudahkan Allah..

"Dan kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia 2 tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada 2 orang tuamu. Hanya kepadaKu kembalimu."
(Surah Luqman:ayat 14)

No comments: