Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu`alaikum.
Sekian lama blog ini kesepian, dari diari kehidupan ana. cukup banyak untuk ana bicarakan.. tetapi segalanya tak terluah dengan kata2.
Hikmah di sebalik segala detik kehidupan=).. sms misteri, nasihat ibu, senyuman ayah, gelak ketawa mujahid2 kecil ana, bahagia bersama keluarga, nasihat sahabat2.. diselang seli dengan tangisan mata, sepi dan kesedihan sekeping hati.. bersama amanah seorang pelajar, dan membawa amanah perjuangan... semuanya hadir.. menjadikan erti kehidupan ini lebih bermakna, menjadikan kanvas hidup ini lebih berwarna..
Ya, setiap yang berlaku ada hikmahnya.. kita hanya perlu menyelaminya dengan hati yang tawadhuk&ikhlas.. ALLAH swt takkan bebankan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu, Dia takkan biarkan hati kita bersedih tanpa sesuatu hikmah.. kerana Dia Tuhan yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih pada hamba2Nya.. Ya ALLAH, peliharalah diriku sebaik2nya..
Cume yang boleh kuluahkan dikesempatan ini.. ucapan Selamat hari Raya Aidiladha ingin kuucapkan buat sekalian saudara2ku.. yang kukasihi kerana ALLAH..bersaudaranya kita atas aqidah yang satu..
Allahuakhbar..Allahuakhbar..Allahuakhbar..Wa lillahilhamd
No comments:
Post a Comment