Hari ini.. 4 Januari 2007 Masihi bersamaan 14 Zulhijjah 1427 Hijrah.
4 hari telah kita melangkah ke tahun baru 2007 Masihi..
bila tahun bertambah nilai angkanya, umur pun bertambah..
Masa terus berlalu.. umur semakin meningkat.. namun, bagaimana pula dengan ilmu, iman dan amal diri??
Tazkirah buat peringatan dan renungan bersama..
Mari kita berjanji setia hanya kepada Allah
Petikan dari buku "Rahsia merawat dosa hati" oleh Dr. Muhammad Sa`id Ramadan Al-Butiy
Saya menyeru anda supaya berjanji setia kepada Allah dengan azam beriltizam sepanjang hayat kita. Janji setia inilah yang menjadi rahsia kebahgiaan kita di dunia, yang memberikan cahaya ke dalam kubur kita, lidah yang membela kita pada hari berhisab, dan kaki yang mantap ketika melalui titian.
Mari kita mengikrarkan janji setia seperti dibawah ini:
1. Kita akan bangun sebelum fajar pada tiap-tiap hari-jika selama ini kita asyik terlambat bangun pagi-dan mari kita mulakan lembaran hari tersebut dengan menunaikan sembahyang Subuh berjemaah yang pertama di masjid yang terdekat. Sesudah itu kita pun bermunajat kepada Allah dan berzikir hinggalah terbit matahari di ufuk timur.
2. Bahawa kita akan bergegas – ketika mendengar seruan azan- tidak kira di mana kita berada dan tidak kira dalam keadaan bagaimana menuju masjid yang berdekatan atau yang mungkin, kemudian menunaikan sembahyang fardhu bersama jemaah yang pertama. Ingatlah, orang Islam yang berlindung di rumah Allah (masjid) 5 kali sehari semalam, tidak akan dapat dipengaruhi oleh kekacauan dunia
3. Bahawa kita berusaha sedaya upaya untuk menghindari habis umur kita kepada yang selain dari ketaatan kepada Allah swt. Dengan kata lain, hanya kepada ketaatan, mencari rezeki yang halal, belajar, atau istirehat setelah keletihan.
4. Apabila sudah malam dan semua orang pergi tidur, maka kita harus sedar barangkali itulah pembaringan kita yang terakhir tidak bangkit lagi esok harinya, atau mungkin sudah sampai di situlah tempoh kita di dunia. Umur yang sudah digunakan kepada perkara-perkara dosa dan tidak berfaedah, ketika hendak tidur itu, hendaklah meminta ampun kepada Allah dengan hati yang sungguh-sungguh dan perasaan amat menyesal. Kemudian bacalah ma’uzataian, surah al-ikhlas, al-kafirun dan zikir2 yang warid dari Nabi saw. Sesungguhnya setiap kali Rasulullah saw hendak tidur, beliau berdoa:
Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan dan minum yang memberi kecukupan dan menidurkan kami, kerana ramai manusia yang tidak pernah merasa cukup dan tidak pula mempunyai tempat berteduh (tempat untuk tidur selesa)
5. Jika datang kepada anda nikmat dan kesenangan dunia, musibah atau keburukannya, maka janganlah lupa akan hakikat yang ada pada pada seluruh alam dan makhluk; bahawa tiada yang memberi, tiada yang menegah, tiada yang memberi manfaat dan tiada yang mendatangkan mudarat (kepadamu) melainkan Allah azza wa jalla. Sedangkan manusia, tidak berkuasa ke atas diri mereka, lebih-lebih lagi ke atas orang lain. Kemudian gantungkanlah hati dan tetapkan keyakinan pada hakikat itu, bersabar akan cubaan, bersyukur kerana nikmat, dan merendah diri di hadapan pintuNya
6. Apabila anda selesai sembahyang dan wirid-wiridnya, maka jangan berpindah dari tempatmu sebelum anda menadahkan tangan kepada Allah swt. Berdoa dengan perasaan gerun dan takut yang terbit dari lubuk jiwa disertai dengan perasaan hina dan rendah ketika anda meminta setiap hajat, supaya terhindar dari segala ketakutan, dan mintalah kepadaNya supaya diampunkan segala dosamu. Sembahyang yang tidak disudahi dengan pengakuan hamba akan kehinaan dirinya kepada TuhanNya adalah tidak baik.
7. Jika anda merasa orang lain marah kepadamu, maka bersungguh-sungguhlah untuk menyakinkan dirimu bahawa keredhaan Allah jauh lebih penting daripada sibuk memikirkan tentang kemarahan mereka. Ketahuilah yang demikian itu lebih baik bagimu daripada memperolehi keredhaan manusia tetapi dimurkai allah.
8. Jika hatimu tergerak untuk menyebut-nyebut keburukan saudara seagama (mengumpat), segeralah ingat bahawa anda juga mempunyai aib dan keburukan yang tidak sedikit yang jika Allah mendedahkannya maka anda akan menjadi topik perbualan orang lain. Jika anda ingat akan yang demikian, maka dengan sendirinya, anda akan malu kepada Allah utuk menyebut-nyebut keburukan orang lain. Sepatutnya anda bersyukur kepada Allah kerana Dia tidak membuka ib dan kekurangan anda kepada masyarakat
9. Jadikanlah saham yang anda laburkan untuk hari esok anda di hadapan Allah adalah hati yang bersih dari sebarang penyakit dan kotoran. Kerana, ketaatan yang sedikit kadang-kadang sudah memadai jika ditambah dengan hati yang bersih dan ketaatan yang banyak pasti tidak mencukupi jika disertai hati yang kotor dan jiwa yang dengki.
10. Jika hatimu tergerak untuk memperbuat sesuatu yang haram atau tertarik untuk melakukan yang mencatatkan janji setia ini, maka ingatlah (jika anda benar-benar beriman kepada Allah) pembaringan maut, kerana mengingati mati akan menyebabkan orang yang banyak maksiat berusaha menguranginya, dan orang yang sedikit taatnya membanyakkannya.
Dan, berdoalah kepada Allah swt, untuk saudaramu supaya Dia menunjukinya iltizam dalam janji-setia ini. Dan saya jua berdoa kepada Allah untuk anda seperti demikian.
Dan segala puji dan sanjungan hanya kepada Allah Tuhan alam semesta.

No comments:
Post a Comment