Assalamu'alaikum wbt buat sahabat-sahabat pengunjung sekalian. Selamat menyambut tahun baru 1428H. Tahun 1427H telah berlalu.. Mg kehadiran 1428H ini menjadikan kita hambaNya yang lebih bersyukur.
InsyaAllah, bersama kita berazam untuk melakukan yang terbaik dengan kesempatan yang masih diberiNya ini. Sesungguhnya hidup matiku hanya untuk Allah. La ilahaillallah Muhammadurrasulullah..
Part 1
Alhamdulillah, biiznillah hujung mingguni ana berpeluang pulang ke rumah.. rumah kasih sayangku. Tenang hati ini melihat senyuman ibubapaku, gelak ketawa mujahid2 kecil ana. Subhanallah, begitu indahnya perasaan ini..
Apabila ana tiba di rumah, ayah terus memberitahu ana bahawa ibu ana bakal ke johor malam ini. nak menemani kakak ipar ana yang bakal melahirkan cahaya matanya. doktor cakap dijangka dalam 3 minggu lagi. Abang ana pula berada di kota Marudu sabah, menjalankan amanah sebagai pendidik. He2, cikgu baru..
Itulah pengorbanan seorang ibu. Yang sanggup berkorban untuk anak2nya. Nampak sedikit gelisah di raut wajah ibu ana, khuatir berada di tempat orang. InsyaAllah, semoga Allah menjaga ibu dan kakak ku.Dan hadirnya pengorbanan seorang ayah.. terpaksa berjauhan dengan ibu ana. He2, insyaAllah, 3 minggu lagi ibu balik ye ayahku.. Agak berat hati juga nak tinggalkan ayah sorang2 kat umah. Ana dan adik ana pun dah berangkat pulang ke madrasah menuntut ilmu harini. Alhamdulillah, kata ayah, nak duduk kat umah kakak ana, sementara ibu ana berada di johor. Emm.. itu lebih baik kan? sekurang2nya kakak ana dan mujahid2 ana bleh tengok2kan atuknya ni. InsyaAllah, ada keizinan dan kesempatan masa yang diberiNya, anak ini pulang ye..
Hidup ini memerlukan pengorbanan. Pengorbanan dari insan bergelar hambaNya. walaupun kadang sukar untuk berkorban, kadang pedih yang tak tertanggung.. insyaAllah, bersama niat yang ikhlas, semoga pengorbanan ini menjadi satu ibadah, sebagai tanda ketaatan dan cinta dari seorang hamba kepada Tuhannya. InsyaAllah.
Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk berkorban demi agamaMu, demi cintaku kepadaMu.. Ameen
Part2
No comments:
Post a Comment