Alhamdulillah.. mingguni adalah minggu pertama ana berada dalam posting psychiatric.
Emm.. posting ini satu pengalaman baru buat ana. Dalam tanggungjawab berada dalam bidang perubatan ini, ana benar-benar bersyukur. Benarlah kata sesetengah orang, berada dalam bidang perubatan ini dapat mendekatkan kita padaNya dan menambahkan keyakinan kita pada kekuasaanNYA, kebesaranNya. Allahuakhbar..
Di hari pertama, ana bertemu pesakit pertama ana bersama sahabat2. Subhanallah, pertama kali melihatnya, teringat pada adik kesayangan ana.
Adik ini hampir sebaya dengan adik ana. Diagnosed to have OCD (obsessive compulsive disorder). Melihat dirinya, sayu hati terasa. Hari kedua bertemu dengannya, ana lihat adik sedikit gelisah. Rupa2nya baru bertemu dengan ibunya sebentar tadi. Kata ibunya, adik ini ingin sekali pulang ke rumah, tapi perlu kebenaran dari doktor terlebih dahulu. Jika keadaannya semakin baik, insyaAllah, barulah dibenarkan pulang. Entah kenapa, air mata ana menangis melihat dirinya...
Mudah benar mata ini menangis.. Itulah diri ana. Hati ini begitu mudah tersentuh melihat kesedihan insan lain. Sewaktu menghantar dirinya kembali ke ward selepas teaching, ana berpesan padanya agar rajin2 makan ubat, banyakkan mengingati ALLAH dan jangan tinggalkan solat. Dan ana ingatkan dirinya agar sentiasa berdoa padaNya.. dan dalam hati ana berdoa.. "Mudah2n Allah sembuhkan dirimu wahai adikku.."
No comments:
Post a Comment