Seusai solat subuh pagi tadi, ana mengambil peluang untuk membelek nota buat kali terakhir sebelum kaki ini melangkah ke medan exam. Namun,tatkala menelaah, rasa ada sesuatu yang kurang.. ana tersenyum, rupa2nya diri ini terlupa untuk menelefon ibu dan ayahku menyatakan bahawa anaknya ini bakal menghadirkan diri untuk peperiksaan pagi ini. Seketika mendengar suara ayah di hujung telefon, hati menjadi sebak..ikutkan hati, ingin menangis diwaktu itu. Mungkin kerana rasa 'takut' sebelum exam itu mula hadir. Itulah rutin ana setiap kali ingin menghadapi exam atau sebarang ujian. Memohon doa dari ibubapa umpama memberi sebuah semangat buat diri ini, kerana ana yakin, pada doa ibu ayah itu ada barokahnya.Subhanallah, indahnya kasih sayang ini...
Ana sayang ibu dan ayah.. Mg kasih sayang ini berkekalan membawa kita bertemu di syurgaNya kelak..
No comments:
Post a Comment