Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah.. Segala Puji bagiNya. Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Syukur padaNya atas segala nikmat yang diberi, atas peluang kehidupan yang diberi. Mg umur ini sentiasa dalam ketaqwaan padaNya. InsyaAllah
Alhamdulillah, syukur padaNya kerana mengabulkan hajat hati ini. Biiznillah, ana berpeluang merenung sebuah kejadian ciptaanNya yang cukup menenangkan hati. Setelah memerah fikiran, berusaha utk membuat yang terbaik dalam imtihan, ingin sekali rasanya merehatkan hati, bertafakur mengingatiNya, memerhatikan kejadian alam.. sebuah tanda keagungan dan kebesaranNya. Alhamdulillah, syukur diberi peluang.. melihat lautan yang terbentang luas… Subhanallah, indahnya penciptaanMu. Desiran ombak yang menyapa pantai adalah zikir padaMu, ketaatan pantai pada pasang surutnya.. membuktikan betapa patuhnya makhluk ciptaanMu mengikuti arahanMu, membuat diri bermuhasabah betapa sombongnya manusia pada Tuhan yang menciptakan sedangkan manusia diberi aqal namun seringkali alpa padaNya dan gagal menunaikan perintahNya. Astaghfirullah, mohon keampunan daripadaMu atas segala kelemahan diri ini.
Hujung minggu lepas, ana berpeluang mengikuti sebuah majlis ilmu. Bersama adik2 yang membawa azam yang tinggi, semangat yang menggunung dan ditemani sahabat2 yang disayangi dan memahami menjadikan hari-hari ana di sana sebuah kenangan indah dalam diari kehidupan ini. Kita memberi bukan sekadar untuk insan lain tapi juga untuk diri sendiri. Ana akur pada kata-kata ini. Bersama2 adik2 di kem motivasi ini turut membawa ana mengkoreksi diri. Peringatan2 yang disampaikan diselangi dengan kalam Allah dan ruh Islam mengingatkan diri ini pada amanah ilmu yang sedang dibawa kini..
Semoga kita berjaya menjadi professional Islam yang meletakkan syariatNya sebagai tunjang utama perjuangan hidup kita.. InsyaAllah
Takbir! Allahuakhbar!
Kita adalah umat Islam, Hidup untuk Islam, maka kita haruslah berbeza dari orang yang bukan Islam.
Kita mestilah memberi komitmen yang tertinggi pada Islam dan kita haruslah merasa izzah dengan Islam.
-Fathi Yakan-
No comments:
Post a Comment