Bismillahirrahmanirrahim..
Saat ini, hanya satu ucapan yang yang sentiasa berlegar2 di hatiku..
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Syukur padaNya atas segala nikmat... Nikmat kehidupan, nikmat ilmu, nikmat persahabatan, nikmat kasih sayang dan paling penting nikmat Iman dan Islam. Syukur kerana masih terpelihara dalam kesucian Tauhid padaNya.. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Allahu Rabbi..
Syukur padaNya, kerana dalam kelemahan diri, kekurangan diri melaksanakan amanah dan ketaatan padaNya, Dia masih memberi nikmat yang melimpah ruah pada diri ini..
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Di kesempatan ini, ana ingin berkongsi pesanan dan ingatan dari seorang kakak yang ana kasihi kerana Allah.. =)
Kak, bertemunya kita kerana Allah. Mg ukhwah ini terus subur mekar dihiasi haruman kasih sayang... syukran kak Noorul kerana masih sudi mengingatkan adikmu ini.. yang seringkali alpa, yang kadang terlupa mengucapkan syukur padaNya..
Tuhan menganugerahkan kita kasih dan sayang..
Tuhan menganugerahkan kita kegembiraan..
Tuhan menganugerahkan kita bermacam2 nikmat yang kita kecapi tiap2 hari..
Tanpa kita sedari..
Tuhan telah menghantar kita seseorang yang membuat kita tersenyum..
Tuhan menghantar kita berita gembira..
Tuhan sayang pada kita, dengan itu Dia beri kita bermacam2..
Tuhan beri kita erti kasih dan sayang..
Tuhan beri kita musibah dan dugaan..
Sebenarnya ada hikmah disebalik apa yang telah kita lalui..
"Anggaplah setiap takdir itu sebagai didikan terus dari ALLAH dengan penuh kasih sayang "
Subhanallah
No comments:
Post a Comment