Monday, February 12, 2007

Cinta dan kasihsayang keranaNya

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum..

Hampir 2 weeks tak dapat online di desa, jd mohon kemaafan sbb tak ada entry terbaru. Alhamdulillah. dah dapat online,tp internet cm lambat sket..

----------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, 4 weeks in psychiatry posting dapat dilalui dengan izinNya. Setiap posting yang dilalui penuh dengan hikmah dariNya dan ujian2 yang mentarbiyyahkan diri. Mg ilmu yang diperoleh menjadi amal bila bergelar doktor kelak. Doktor yang berkhidmat keranaNya! InsyaAllah.

Sekarang berada di posting baru.. 2 weeks in posting radiology.
Now i'm entering world of films.. xray, ct scan, mri..
Buat sahabat2 1 grup, selamat berposting radiology..=)
(Doakan kami untuk perjuangan seterusnya..)



------------------------------------------------------------------
CINTA dan KASIH SAYANG keranaNYA..


Cinta itu hakikatnya adalah milik ALLAH swt..

DIA memberikan dan mencampakkan perasaan kasih sayang dan cinta dalam hati manusia...

agar memeliharanya dengan baik..

Mengenali TUHAN bermakna mengenali cinta sejati dan hakiki..

Cinta manusia tak selalunya bahagia..

Namun cinta pada ALLAH..

kebahagian akan menjelma..

memberi dan menerima cinta dr manusia kerana ALLAH..

itulah akan melahirkan cinta abadi bersama Pencipta cinta itu..

hanya padaNYA lah segala cinta tertumpah bagi semua makhluk di bumi ini..

kerana DIA lah lahir cinta pada manusia,alam dan seluruh isi bumi..

hanya padaNYA kita berserah agar dikurniakan cinta sejati lahir dr hati yang suci keranaNYA..


p/s: Gambar ini bukan sekadar hiasan. Ini salah seorang mujahid kecil ana=).. namanya Aizat Naseef. Emm..rindu kat aizat. Nenek apatah lagi, sangat merindui aizat. Bla aizat nak balik Semenanjung ni? InsyaAllah, aizat bakal mendapat teman baru, sepupunya.. insyaAllah, bulan Februari ni.

Sejuk hati melihat wajah2 insan2 yang baru menikmati anugerah kehidupan ini. Mereka umpama kain putih yang bersih. Sama2lah kita menjaganya, jangan biarkan ia terconteng dengan kejahilan dan kemungkaran sebaliknya warnalah ia dengan keimanan kepada Tuhan dengan sebaik2nya.

Inilah di antara anugerah Tuhan kepada kita. Fitrah dariNya, kita dikurniakan perasaan kasih sayang dan cinta sesama insan dalam hati manusia. Yang pasti, cinta itu datang dariNya, dari Pencipta cinta iaitu Allah. Maka, peliharalah ia sebaik2nya kerana Allah.. menuju redhaNya..

Kadang terfikir, kenapa boleh fitrah ini sekian lama semakin luntur di dalam hati manusia??Teringat pada sebuah berita pada hari Selasa lepas bertajuk Angkara siapa?, Utusan Malaysia, Selasa, 6 Februari 2007. Sayu hati mengingatinya.. hati ana tertanya, bagaimana semua ini terjadi..?? Adakah manusia semakin hilang rasa kasih sayang dalam hatinya? Atau untuk mengelak malu atau kerana perasaan benci yang membuak2 kepada yang sepatutnya bertanggungjawab sehingga sanggup membuang cinta pada zuriat yang lahir?

Banyak persoalan yang mungkin hadir dalam benak kita.. namun, dalam berfikir mencari puncanya.. ana tersedar.. berlakunya masalah ini bukan atas kesalahan individu, tapi semua pihak adalah bertanggungjawab termasuk kita.. kerana kita adalah ahli masyarakat.. dan tanggungjawab kita juga terpikul untuk membantu masyarakat..

Astaghfirullah.. mohon keampunan dariMu Ya Allah, atas kelemahan diri ini untuk menjalankan amanahMu..

Ya Allah, jangan Kau tarik rasa kasih sayang dalam hati hamba2Mu di bumiMu ini..
jangan Kau pudarkan rasa perikemanusiaan dalam diri kami..
Ya Allah.. pelihara kami dari terus melakukan kesilapan.
Berilah petunjuk kepada kami agar kami terus berada di jalan yang lurus, berada dalam redhaMu..

Astaghfirullah..


(Maaf, ana tak dapat mempamerkan gambar bayi tersebut. Sayu hati melihatnya.. Sila klik di sini untuk membaca berita tersebut)
wallahu'alam

No comments: