Thursday, February 15, 2007

Disini PerJUANGanku bermula..

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah swt.. Tuhan pentadbir alam.. Tuhan yang maha pemurah lagi Maha Pengasihani. Syukur padaNya atas segala limpah rahmat dan anugerah yang dikurniaNya. Alhamdulillah..

Sejak akhir2ni.. ingatan ana sering teringat kembali kenangan2 di sekolah2 dahulu.
Ntah kenapa..

Apatah lagi, ramai sahabat2 yang dikenali dahulu, kini berjauhan.. membawa cita2 masing2. Hanya doa dan ingatan yang menjadi tautan ukhwah ini. Mg sahabat2 yang disayangi sentiasa dalam perlindunganNya.

.::Ingatlah sahabat2ku, walau di mana kita berada..di situlah Islam kita junjung..InsyaAllah::.

Mungkin jua kerana.. dalam sedar tak sedar, dalam meneruskan amanah perjuangan ilmu ini, ana kini sudah berada di 4thyear,phase3.. orang kata, fasa pre sebelum bergelar seorang profesional perubatan. MasyaAllah, tak terasa masa begitu cepat berlalu.. kadang terfikir, bagaimana diri ini boleh sampai sehingga disini..
Subhanallah, segalanya hanya dengan izin dan pertolonganMu Ya Allah.

Kadang rasa takut itu datang.. takut untuk menghadapi kehidupan mendatang. Apatah lagi tadi "ditakutkan" oleh seorang kakak tentang realiti kehidupan sebenar seorang doktor.
Hati ana berdoa.. mg disinilah medan yang telah Engkau takdirkan untukku, kerana tanpa pertolonganMu, hambaMu ini pasti tidak mampu melakukannya.. La haula wala quwwata illa billah.
Mg disinilah tempat diriku dapat melaksanakan amanah sebaik mungkin... Amanah sebagai hambaMu.. amanah sebagai pejuang agamaMu..InsyaAllah.

Akhir2ni jua, ana menjadi semakin gusar kerana rasa bahawa ana agak sukar untuk fokus atau concentrate pada sesuatu.. umpama ada perkara yang membelenggu minda ini.. hanya pada Allah jua kumohon pertolongan.. agar dikuatkan hati, diberi kefahaman yang benar dan mg ilmu yang diperoleh dapat diamalkan bila berkhidmat kelak.
Berkhidmat untuk manusia.. kerana ALLAH! Allahuakhbar!
Jadikan CiNtA pada Rabbmu awal dari segalanya
Biarkan kekuatan CinTa itu yang mendenyutkan nadi hidupmu
Syukur menjadi deru Juangmu
dan jika bukan kerana CiNtA, tentu lelah kaki ini melangkah..
---------------------------------------------
Disini...

Tahun 1991-1996.. Sekolah rendah













Tahun 1997-1999..



Tahun 2000-2002..



Tahun 2003-2004..















Tahun 2004-now..















....Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah swt....
---------------------------------------------------------------------------
ZiEra, AziMah, AfiFA,
Kelas AbiLiTy, Homeroom AlFaRABi, FeeZaN, IzAh, YaTi, YuSMa,
Kelas AlHanbali, Homeroom H2, ThAh, Rumate(BibAh), NaDiAh, Kelas F, F4, Na, ShiMah, DiLa, SaRaH, AsRien, AcHiK, YaTi,
AyA, JaH, FiZah, KIla, KShidah, CKaM, FiNi, AmNaH, KAna, KCt, KFizah,
dan sekalian sahabat2 yang mengenali diri ini..
dan Guru-guru yang disayangi..
dan ibuayah serta keluarga yang menyayangi diri ini..


Jazakumullahu khairan kathira atas sokongan, atas doa buat diri ini.
Syukran atas didikan, atas nasihat, atas kesudian menerima diri ini.
Doakan diri ini agar terus berjuang dan berusaha yang terbaik untuk mengecap kejayaan yang hakiki dunia&ukhrawi..
iaitu beroleh redha dan cintaNya..InsyaAllah..

Buat sahabat2 seperjuangan sekalian.. dan buat diri ini jua. Yakinlah pada janji Allah swt sebagaimana dalam firmanNya yang bermaksud;
" Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."
(surah Al-Baqarah: ayat 286)

dan firmanNya lagi yang bermaksud;
" Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
(Surah muhammad: ayat 7)

Ya Allah.. terimalah diriku yang dhaif ini sebagai hambaMu..
Di dunia ini perjuangan ku bermula.. moga ia berakhir dengan beroleh redhaMu dan cintaMu..
Ya Allah.. Pelihara diriku.. pelihara sahabat2ku.. letakkan kami dalam jagaan terbaikMu.
Ameen.

No comments: