Friday, April 20, 2007

"Autumn in my campus"

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.. segala puji bagiNya, Tuhan sekalian 'alam. Dia Maha Penyayang dan Maha Pengasihani pada hamba2Nya. Syukur kerana masih diberikan kesempatan menunaikan ibadat kepadaNya, masih diberi peluang meneruskan perjuangan kehidupan. Alhamdulillah..

Di kampus, "autumn" sudah tiba. Bunga2 pelbagai warna yang mekar di dahan2 mula luruh.. melahirkan sebuah pemandangan indah di mata. Suasana musim luruh ini juga menandakan hampir berakhirnya tahun pengajian. 1st year, 3rd year, final year bakal menduduki peperiksaan besar Professional (PRO) di bulan ini. Sahabat2 psk juga sedang berjuang untuk exam final. Dan sahabat2 4thyear kini sedang berjuang di last posting.. 6weeks more journey..

Dan group ana kini sedang berada di posting medical. Alhamdulillah.

Berada di posting medical ini, agak sibuk kerana posting ini merupakan di antara posting major. Selepas last posting ini, shbt2 4thyear bakal ke elektif dan ada yang akan menyambung posting. Kami masih berada dalam perjalanan perjuangan dan hari2 yang berlalu cukup pantas... masih memikul amanah ilmu yang dipertanggungjawabkan. Doakan kami.. Mg Allah beri kekuatan kepada kami semua...

MA'A TAUFIQ WAN NAJAH

No comments: