Friday, April 20, 2007

Mujahidah impian

Wanita yang aku sayangi,
Adalah pencinta Tuhannya
Yang mengalir cinta, takut dan harap
Yang menguasai perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu dari hari ke hari
Sehingga perjanjian antara jasad dan nyawanya berakhir

Wanita yang aku rindui,
Adalah wanita yang di mata dan wajahnya terpancar sinar Nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah

Wanita yang aku cintai,
Yang menutup auratnya dari pandangan lelaki ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi

Wanita yang aku impikan,
adalah yang mendekatkan hatiku yang jauh
kepada Ar-Rahman dan ar-Rahim
Namun aku tidak ada disana
Kerana aku di lamar kebendaan dunia

Wanita yang aku kasihi,
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana yang tidak bermatakan benda

Wanita yang aku sukai,
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Menjadi pelita untuk putera-puteri yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung perjuangan belakang hari

Sesungguhnya..
Wanita yang selalu berada dalam doaku
Adalah diriku, dirimu dan seluruh alam Hawaku..
Jadilah kita wanita MUJAHIDAH yang diimpikan itu!



No comments: