Friday, April 06, 2007

MendekatiMu di subuh yang sunyi

Sebuah nukilan dari seorang saudara.. hayatilah ia

Ya ALLAH, Ya Tuhanku,
Di dalam subuh yang bening..
Hanya kedengaran suara unggas dan serangga
Yang memecah kesunyian
Sekali-sekala terdengar dengkuran manusia..
Suara angin yang bertiup lembut, sudah menjadi kebiasaan bagi diriku..
Namun, itu semua tidak pernah membuatkan aku rasa jemu untuk terus terus menghayati dan mengingatiMu..

Alangkah indahnya saat itu..
Tidak pernah aku kecapi nikmat sebegini rupa..
Keindahan dan kebahagiaan berhubungan denganMu..
Terlalu indah&tenang sekali hati ini..
Hanya Engkaulah yang tahu..
Lamunanku lebih indah saat mengadu kepadaMu..
Lebih terasa bahagia bila tenggelam dalam tangisan sendu di hadapanMu..
Maka sesekali hati ini menjadi lebih terkedu..
Bila terkenangkan mati seorang diri nanti..
Siksa azabMu yang tak mampu untuk kuhadapi..
Sengsara mahsyar yang dahsyat..
Bagaimanalah pula nasibku kala melintasi titian siratMu..
Adakah aku akan selamat?..
Atau aku adalah bakal penghuni nerakaMu..
Bila teringatkan semua ini pasti hati ini begitu kecut dan gentar berhadapan denganMu..
Jika hendak dibandingkan aku dengan para kekasihMu, tentulah aku yang paling utama disiksa..
Kerana banyaknya dosaku ini..
Yang pasti, aku mesti melalui saat itu..
Nasibku belum terbela lagi..
Oh Tuhanku..hanya Engkau yang akan membelanya nanti..

Wahai Tuhanku..terkadang apabila aku mendekatiMu..
MenyembahMu dalam rukuk dan sujudku berulang kali..
Memuja dan memujiMu..


Lalu ku cuba menghadirkan hatiku untukMu..
Mengharap sungguh dalam malamku..
Tetapi mangapa hati tidak juga hadir..
Ketika itu hambarnya iman tidak terkata..
Apa yang kurasakan seolah-olah aku hanya sedang bersenam dihadapanMu..
Hati ini tidak juga terasa apa-apa..
Sehinggalah timbul perasaan hina dan kotornya diri ini..
Membuatkan aku tersedar kembali..
Bahawa sesungguhnya aku adalah hambaMu..
Aku tidak layak mendapat anugerahMu..

Pilunya hati ini bila mengenangkan nasib diri yang tidak terjamin..
Lagi berdosa kerana merasa layak meraih cintaMu..
Tanpa disedari airmataku mengalir tiada tertahan lagi..
Hati ini bagai ditusuk..
Hiba, pilu dan sebak..
Keadaanku bagaikan anak kecil yang dahagakan air..
Meronta2 kerana tidak sabar menunggu hadirnya minuman..
Agar dapat mengenyangkan perut..

Suara tangisanku memecahkan kesunyian subuh yang bening..
Maka ketika itu aku merasakan seolah2 Engkau tidak menerimaku..
Yang tidak beradab ini..

Ya Allah..inilah nikmatMu..hambaMu ini harus menerima apa jua pemberianMu..
Kerana disebalik itu ada pemberian yang terlalu istimewa yang kurasakan..
Betapa bahagia dan lapangnya dada ini mendekatiMu..
Kini aku sudah mula memahamiMu..
Semenjak aku berkhidmat kepadaMu,belum ada satu pun perasaan hampa..
Lalu membuatkan aku tidak putus asa terhadapMu..
Semuanya indah..
Apatah lagi apabila hati ini diselubungi rasa cinta dan kasih kepadaMu
Ketika itu aku benar-benar bencikan dunia
Terasa dunia ini tiada reti lagi bagiku
Timbul rasa dihati apalah yang ada pada kenikmatan dunia sementara ini jika hendak dibandingkan dengan rindu dan cinta kepadaMu
Tatkala Engkau cenderungkan hati ini untukMu
Maka aku tidak mahu berjauhan dengan Mu
Aku sentiasa memohon padamu wahai Tuhan
Aku adalah milikmu...

Apalah yang ada padaku
Aku amat berharap agar hubunganku denganMu tetap diteruskan walau apa pun yang berlaku
Kerana Engkau Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Aku redha terhadap apa jua yang Kau lakukan padaku
Asalkan jangan kau menarik rasa nikmat cinta agungMu dan jua RasulMu yang mulia.. daripadaku
Jika tidak apalah erti hidup ini..lebih baik aku menjadi sehelai daun
Ya Allah, kasihanilah aku, bimbinglah aku ke jalanMu, selamatkan imanku di dalam mencari cintaMu..
Aku tidak mahu yang lain selain dariMu...

Ameen..


-khoir-
~Pngemis cinta Ilahi, Perindu syahid abadi~

3 comments:

Ummu Afeera said...

doakan saya juga ye kak..saya masih bertatih mencari makna sebuah kehidupan..

Ummu Yazid said...

sayu rasa hati baca luahan hati ukhti..

terkdang terasa, bukan Allah yg menjauhkan kasihnya dari hambaNya
tapi hambaNyalah yang menjauhkan diri dariNya..
betapa ruginya aku lantaran kasihNya yang sering kuabaikan..

atas hanya satu alasan..kelelahan..
tapi, helaian2 Al quran meredupkan qalbu..
Kisah2 para anbiya' menjadikan hati semakin lembut...
apalah makna kelelahan pada para anbiya'..

menyelusuri sifat rasulullah saw..
gelora hati semakin menggunung..
semakin ingin bertemu dengan Kekasih Allah itu..

namun..
siapalah hamba ini..
andai tiada usaha ke arahnya..

ukhti..
moga tulisanmu ini diberkati...

nik_khoir said...

Assalamu'alaikum..

Adikku ummuafeera..
Shbtku diyana..

Kasihku pada antunna.. pada saudara2 seIslam.. kerana Allah.
InsyaAllah..

Sm2 kita doakan mg kasih dan cinta kita kepadaNya melebihi cinta kita pada dunia ini. Bila cinta Agung ini bertapak di hati kita.. segala sedih, gembira, lelah, derita.. semuanya indah.. kerana semuanya adalah pemberian dari Dia yang kita cintai.. Dia yang menyayangi hamba2Nya sentiasa di sisi kita..
Allahuakhbar.. hebatnya berkasih denganMu kerana Engkaulah pemilik dan pencipta Cinta itu..

Ya Allah, hambaMu menagih cintaMu.. kurniakanlah.. Ameen..