Kita inginkan hari yang lebih cerah,
tetapi Allah lebih tahu hakikatnya hujan perlu diturunkan.
Kita sering mahukan keseronokan, jauh sekali kesusahan,
tetapi Allah lebih tahu kesusahan itu mgajar kita erti kehidupan.
Kita sering inginkan ketenangan, hakikatnya diri ini penuh dengan dosa dan kejahatan.
Tetapi manusia xdpt lari dari kesilapan.
Semua itu bukanlah satu hukuman,
tetapi sebagai tanda ksh sayang agar kita lebih beriman..

Pastinya dalam hidup ini kita sering mahukan kebahgiaan, kegembiraan, senyuman, gelak ketawa.. jauh sekali kesedihan, kesepian, tangisan..
Namun hakikatnya semua itu adalah nikmat dari Tuhan. Nikmat yang diberiNya untuk menguji hamba2Nya.
Antara sabar dan syukur.. kedua2nya adalah pantulan iman seorang hamba yang taat dan redha padaNya. Kejayaan itu ujian,adakah kita bersyukur padaNya atau lupa pada pemberi kejayaan itu.. Kegagalan itu juga ujian..adakah kita sabar dan redha pada nikmat yang diberi oleh Pencipta kita yang tahu bahawa itulah yang terbaik buat kita di saat itu..
Tahun ini, beberapa kali ana terjatuh dalam perjalanan perjuangan.. Alhamdulillah, syukur padaNya. Rebah ana, masih dibangunkan kembali olehNya. Kadang diri ini khuatir, andai ana rebah, ana tak mampu bangun lagi. Namun, janji Tuhan tetap pasti.. bahawa Allah akan menguji hambaNya sesuai dengan kemampuannya.
Ya ALLAH, Bangunkan hambaMu ini andai diri ini terjatuh dalam perjalanan perjuangan..Hanya Engkau yang dapat memberi kekuatan padaku menghadapinya..
Bila diri ini merasa lemah, hanya padaNya tempat pengaduanku.. kerana DIA sebaik2 pengaduan, sebaik2 pengharapan..
Bertemu ibuayah jua pengubat duka ini.walau sekadar melihat wajah,sekadar mendengar suara..luka ini terubat jua.Mungkin inilah kekuatan sebuah kasih sayang yang ikhlas dari hati.Cintanya seorang anak itu ikhlas kepada ibubapa yang menjaga dirinya sejak dari kecil, dan cintanya ibuayah tanpa mengharap balasan kepada anak sepenuh hati, tanpa mengira paras rupa,harta dll..
Sesungguhnya inilah kekuatan kasih sayang yang dikurnia oleh Tuhan Pencipta dan Pemberi kasih sayang itu.. Allah swt..
Ana bakal imtihan lagi ahad dan isnin ini.. doakan ana dan sahabat2 di sini.. Doakan mg kami sentiasa diberi petunjuk hidayah dariNya, diberi kekuatan dan ketabahan hati menempuh perjuangan ini.. Doakan kami agar matlamat perjuangan kami ialah mencari redhaNya.. kerana akhirat itu tujuan yang pasti..
Firman ALLAH swt dalam Surah Ali-Imran ayat 139-143 yang bermaksud:
Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu (pula) bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman.
Jika kamu (dalam perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya mereka (pada perang Badar) itu mendapat luka yang sama. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran), dan agar Allah membezakan orang2 yang beriman (dengan orang2 kafir) dan agar sebahagian dari kamu dijadikanNya (gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang2 zalim.
Dan agar Allah membersihkan orang2 yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang2 kafir.
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang2 yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang2 yang sabar.
Dan kamu benar2 mengharapkan mati (syahid)sebelum kamu menghadapinya; maka (sekarang) kamu sungguh telah melihatnya dan menyaksikannya.
Benarlah kata2 Allah yang Maha Agung..
Ya Allah, thabatkan hatiku di jalanMu..

No comments:
Post a Comment