Friday, June 15, 2007

Mencari hikmah perjalanan

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULILLAH, syukur pada Allah atas segala nikmat dan anugerah2 dariNya dalam hidup. Syukur kerana masih berada dalam pemeliharaanNya, masih menikmati nikmat terbesar dalam hidup yakni nikmat ISLAM dan IMAN.. marilah kita bersama2 melafazkan syukur padaNya, Tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasihani.

Sekarang hampir 2 weeks in paeds posting.. InsyaAllah, next week adalah minggu yang terakhir dan juga minggu imtihan buat kami. Ana dan sahabat2 bakal imtihan hari selasa dan rabu ini.. exam clinical long case dan mcq. Doakan kami ye shbt2 sekalian.. mg kami semua dibuka pintu hati untuk memperoleh petunjuk dariNya. Mg dipermudahkan dan beroleh najah..InsyaAllah.Hanya pada Allah jua disandarkan sepenuh pengharapan.

Blog ZIKRULLAH ini mengalami sedikit masalah sejak 1minggu ini. Ana tak pasti samada kerana wireless internet disini ataupun masalah setting blog ini sendiri. Tambahan pula ana perlu memfokuskan diri untuk imtihan next week. Emm.. jadi bercadang untuk 'bercuti' sebentar dari mempublish posting =). InsyaAllah, jika semua setting dah ok, ana akan teruskan menulis.

Dulunya tak pernah terlintas untuk memiliki sebuah blog.. tapi, alhamdulillah hati ini terbuka untuk memilikinya. Blog ZIKRULLAH hanya sebuah blog biasa.. namun, blog ini bukan sekadar wadah untuk menyebarkan indahnya Islam kepada sahabat2 sekalian, tetapi sebenarnya merupakan peringatan buat ana sendiri.. setiap kali ana membuka blog, ana cuba mengingatkan diri..
"wahai hatiku, ZIKRULLAH lah sentiasa. Banyakkan mengingatiNya..jadikan dalam setiap denyut hatimu menyebut namaNya".

Setiap "Diari khoirun" yang diposting juga sebenarnya adalah refleksi diri ini yang cuba mencari hikmah disebalik setiap liku2 perjalanan kehidupan.. Subhanallah, Maha Suci Mu Ya Allah..bukakanlah pintu hatiku untuk melihat setiap hikmah2 dariMu.

Emm..nampaknya mata ini sudah meminta2 untuk mendapat rehat. Malam ini baru pulang dari amanah oncall. Semalam pula tak dapat tidur, menyebabkan pagi ini agak pening2 sedikit apabila bangun dari tidur. Kelas hari ini pun agak penuh. Apatah lagi diri ini terpilih untuk buat short case dengan Prof- "I like to choose someone who look quite". He2..namun Alhamdulillah, banyak belajar hari ini. Thanks Prof..

Sebenarnya, hormon di dalam badan kita mempunyai kitaran (rhythm) yang tersendiri, jd klu kitarannya terganggu, functional badan agak not well. Tp, klu dah biasa, ia akan membentuk kitaran yang baru..Emm.. 1 hikmah yang diperoleh.. mereka yang sudah biasa bangun malam, akan mudah bangun malam juga (dengan izin Allah). Jd, sm2 kita rajin2 kan Qiam.. insyaAllah, bila dah biasa, xbegitu susah untuk bangun. Bukankah setiap apa yang diajarkan dalam Islam itu ada tujuannya? itulah tarbiyyah untuk mendisiplinkan diri dariNya.. malah ganjaran yang besar pula diberikanNya kepada kita..=)

K, ana mengundur diri dahulu.. InsyaAllah, mg bertemu di lain masa. Ilalliqa'. Fi amanillah..

p/s: doakan ana dan shbt2 disini..=)ukhwahfillah


1 comment:

Fazilah said...

Ukhti fillah.

Please, in the name of Allah,
doakan ana antara manusia yang istiqomah untuk solat malam.

Moga-moga, amanah yang dipegang ini, dihargai.Inilah anugerah.Tak semua miliki.Tak semua hargai bila dimiliki.Dan ana takut,menjadi kedua-dua tersebut.

~hinanya daku...~