Tuesday, June 12, 2007

La tahzan

~Jangan Bersedih~

‘Wahai manusia,
setelah lapar ada kenyang,
setelah haus ada kepuasan,

setelah berjaga malam ada tidur nyenyak
dan setelah sakit ada kesembuhan.

Setiap yang hilang pasti ketemu,
dalam kesesatan akan datang petunjuk,
dalam kesulitan ada kemudahan, dan

dalam setiap kegelapan akan muncul terang-benderang.

Sampaikan khabar gembira:

kepada sang malam hari;
bahawa si fajar akan datang mengusirnya,

kepada insan yang dilanda susah;
bahawa pertolongan akan hadir

sekilas cahaya mahupun
sepantas kedipan mata,

dan kepada orang yang dianiaya;
bahawa kelembutan dan dakapan hangat
akan segera tiba.

Ketahuilah, sungguh-sungguh;
setelah datang kesulitan tetap akan
muncul kemudahan.’

~’Aidh al Qarni~

Penghibur hatiku..


Firman Allah swt yang bermaksud:

"Maka sesungguhnya setiap kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain). Dan hanyalah pada Tuhanmulah engkau berharap."
(Surah Al-Insyirah:ayat 5-8)

"Dialah yang telah menurunkan ketenangan di dalam hati orang2 mukmin untuk menambah keimanan mereka (yang telah ada)."
(Surah Al-Fath: ayat 4)


La tahzan, ALLAH ma'ana..

No comments: