Saturday, August 04, 2007

Hargailah dirimu

Biar hidup sendiri dan selesa,
membina pahala,
daripada hidup berdua,
tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka.

Biar hidup seorang,
dan berenang menuju Ilahi dengan selesa dan bahagia,
dari hidup berdua,
dan merasakan diri masih menggoda untuk semua.

Biar hidup sendiri,
dan masih kekal serinya,
daripada dikelilingi lelaki,
tetapi telah hilang maruah diri.

Muslimah terbaik tidak mudah ditemui di mana-mana,
Dia satu dalm seribu,
terlalu sukar untuk mencarinya.

Biar menjadi rama-rama,
dengan sayapnya yang terang dan indah,
daripada sang kalkatu yang menerjah api.

Wahai muslimah, hargailah diri anda, anda yang menentukannya..

Peliharalah kasih sayang antara 2 hati dengan syariat Islam, dengan menyahut sunnah Rasul, yakni dengan sebuah perkahwinan.

=) khoirun blogspot jua mencadangkan bacaan berikut:
Cinta Ilahi bukan lakaran puisi

1 comment:

Unknown said...

kerana dirimu begitu berharga:P...

Terima kasih kerana sudi kongsi puisi ini...huhu, menyentuh kalbu yang sarat dengan rindu...rindu pada kasih sayangNYA.